Semalam,
Pagi Mama Yan story kisah cermin kereta Iswara abah pecah…
Tengahari semalam Mak MY call, bagitau abah MY dah meninggal.
Terus MY call suami ajak balik Raub.
Memulakan perjalan pada pukul 2.30 petang dan sampai Raub pada pukul 7.35 malam.
Syukur alhamdulillah Mama Yan sempat mengucup jenazah arwah abah buat kali yang terakhir.
Sejuk dan harum abah berpakaian baru menuju negeri abadi.
Rabu minggu lepas,
Abah MY call,
“Abah rasa teruk sangat dah jantung ni,
kalau abah mati, kereta proton tu ambik balik.
Bawak balik ke Johor”
MY gelak gelak je… amenda jauh sangat fikir…
Selama ni yang sakit kan mak Mama Yan.
Yang ulang alik hospital mak,
Yang makan ubat, cucuk ubat semua mak.
Yang berkerusi roda pun mak.
Abah, masih gagah angkat getah beku.
Abah, masih gagah angkat kerusi roda mak,
Abah, masih gagah tolak kerusi roda mak setiap kali temujanji hospital.
Rasa tak percaya pula abah yang zahirnya nampak sihat akan pergi dahulu.
Ni gambar arwah abah masa masih menjawat jawatan dalam kerajaan.
Kalau tak silap abah berpencen kerajaan sekitar tahun 1998.
Kemudiannya abah meneruskan perkhidmatan bersama Alam Flora Sdn Bhd.
Ni pula gambar masa arwah abah MY mencuba kurta kiriman MY untuk hari raya 2024,
Kucing memang tak tinggal ye..

Ni pula gambar rumah baru arwah abah.
Selesai urusan kebumi sekitar jam 9 malam.
Balik tu terus uruskan makan minum dan mandi mak pula.
Masa abah meninggal,
Abah dan mak belum sempat makan.
Sepanjang perjalanan dari Johor ke Pahang pun MY tak rasa lapar.
Selesai aje pengebumian abah,
Terus berbunyi bunyi perut MY minta diisi.
Bukan MY aje..
mak pun, pakcik MY pun.
Selagi belum selesai, semua tak rasa lapar
Ya Allah Ya Tuhanku,
ampunilah dosa bapaku,
lapangkan kuburnya dan tempatkan dia di kalangan hamba-hamba-Mu yang beriman.
Aminnn…


Innalillahiwainnalillahirajiun
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aamiin.
Semoga ALLAH ampuni dosanya. Semoga dia dijauhkan dari azab kubur dan api neraka. Semoga ALLAH terangkan kuburnya dan semoga ditempatkan di kalangan para syuhada dan ditempatkan di dalam syurga Firdaus.
Salam Takziah. Semoga dipermudahkan urusan. AlFatihah
salam takziah..al-fatihah utk arwah abah mama yan
ReplyDeleteallahuakhbar...innalillahiwainnailahirojiun..salam takziah..al fatihah
ReplyDeleteSalam takziah MY. Al Fatihah..
ReplyDeleteInnalilahiwainnailayhirojiuun
ReplyDeleteSalam takziah utk Yan sekeluarga.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Ya Allah ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah dia.
Aamiin Ya Robbal alamin.
Innalillahiwainnailaihirajiun. Al-Fatihah. Moga arwah dimasukkan ke Jannah. Amin.
ReplyDeleteإِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
ReplyDeleteSemoga tabah dan bersabar atas kehilangan ini.
Salam takziah Yan.. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diletakkan bersama para solihin, aaminn yra 🤲🏻.
ReplyDeleteإِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
ReplyDeleteSemoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Stay strong ya MY 🤍
salam takziah MY.. al fatihah buat arwah, semoga rohnya abah MY dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...aamiin...
ReplyDeleteInalillahiwainnailahirajiun, salam takziah MY. Moga sabar dan tabah ye, mudah betul pemergian abah MY. Moga rohnya dicucuri rahmat,diampunkan segala doasanya dan diletakkan bersama para solihin.
ReplyDeleteSalam takziah MY. Murahnya arwah abah pergi...
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin hendaknya aamin 🤲🏻
Stay strong.
Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnn
ReplyDeleteSalam takziah, MY sekeluarga. Allah dah gantikan rumah abah dengan rumah yg lebih baik di dunia ini. Semoga roh abah MY dicucuri rahmat, Amiiinnn YRA.
Salam takziah kak
ReplyDeleteMoga Allah meletakkan arwah bersama orang orang beriman dan dilapangkan kuburnya. Aamin ya rabb
Salam takziah MY...Semoga arwah ditempatkan dikalangan oaran2 yang beriman
ReplyDeleteTurut berduka....
ReplyDeleteInnalillahiwainnailaihirajiun. Al-Fatihah dan salam takziah MY...
ReplyDeleteInnalillahiwainnailaihiraajiuun.
ReplyDeleteSemoga arwah tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Semoga Allah tempat arwah abah disebaik2 tempat
ReplyDeleteإِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Salam Takziah buat Kak Yan & family..Semoga arwah ditempatkn brsama org2 yg briman..AMin
ReplyDeleteYa Allah, innalilahi wainnailaihi rojiun.... Saya ikut berdukacita kak. Semoga almarhum Abah diberikan tempat yg terbaik, dilapangkan kubur dan diterima segala amal kebaikan beliau semasa di dunia. Semoga emak kakak diberi kekuatan dan kesabaran setelah ditinggal oleh Abah yaa ..
ReplyDelete