Al Fatihah buat abah Mama Yan - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, December 10, 2025

Al Fatihah buat abah Mama Yan

Semalam,
Pagi Mama Yan story kisah cermin kereta Iswara abah pecah…
Tengahari semalam Mak MY call, bagitau abah MY dah meninggal.
Terus MY call suami ajak balik Raub.
Memulakan perjalan pada pukul 2.30 petang dan sampai Raub pada pukul 7.35 malam.
Syukur alhamdulillah Mama Yan sempat mengucup jenazah arwah abah buat kali yang terakhir.
Sejuk dan harum abah berpakaian baru menuju negeri abadi.

Rabu minggu lepas,
Abah MY call,
 “Abah rasa teruk sangat dah jantung ni, 
kalau abah mati, kereta proton tu ambik balik.
Bawak balik ke Johor”
MY gelak gelak je… amenda jauh sangat fikir… 
Selama ni yang sakit kan mak Mama Yan.
Yang ulang alik hospital mak,
Yang makan ubat, cucuk ubat semua mak.
Yang berkerusi roda pun mak.
Abah, masih gagah angkat getah beku.
Abah, masih gagah angkat kerusi roda mak,
Abah, masih gagah tolak kerusi roda mak setiap kali temujanji hospital. 
Rasa tak percaya pula abah yang zahirnya nampak sihat akan pergi dahulu.

Ni gambar arwah abah masa masih menjawat jawatan dalam kerajaan. 
Kalau tak silap abah berpencen kerajaan sekitar tahun 1998.
Kemudiannya abah meneruskan perkhidmatan bersama Alam Flora Sdn Bhd.

Ni pula gambar masa arwah abah MY mencuba kurta kiriman MY untuk hari raya 2024,
Kucing memang tak tinggal ye..

Ni pula gambar rumah baru arwah abah.
Selesai urusan kebumi sekitar jam 9 malam.
Balik tu terus uruskan makan minum dan mandi mak pula.
Masa abah meninggal, 
Abah dan mak belum sempat makan.

Sepanjang perjalanan dari Johor ke Pahang pun MY tak rasa lapar.
Selesai aje pengebumian abah,
Terus berbunyi bunyi perut MY minta diisi.
Bukan MY aje.. 
mak pun, pakcik MY pun. 
Selagi belum selesai, semua tak rasa lapar

Ya Allah Ya Tuhanku, 
ampunilah dosa bapaku, 
lapangkan kuburnya dan tempatkan dia di kalangan hamba-hamba-Mu yang beriman. 
Aminnn…









 

21 comments:

  1. Innalillahiwainnalillahirajiun

    Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aamiin.

    Semoga ALLAH ampuni dosanya. Semoga dia dijauhkan dari azab kubur dan api neraka. Semoga ALLAH terangkan kuburnya dan semoga ditempatkan di kalangan para syuhada dan ditempatkan di dalam syurga Firdaus.

    Salam Takziah. Semoga dipermudahkan urusan. AlFatihah

    ReplyDelete
  2. salam takziah..al-fatihah utk arwah abah mama yan

    ReplyDelete
  3. allahuakhbar...innalillahiwainnailahirojiun..salam takziah..al fatihah

    ReplyDelete
  4. Innalilahiwainnailayhirojiuun
    Salam takziah utk Yan sekeluarga.
    أَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

    Ya Allah ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah dia.
    Aamiin Ya Robbal alamin.

    ReplyDelete
  5. Innalillahiwainnailaihirajiun. Al-Fatihah. Moga arwah dimasukkan ke Jannah. Amin.

    ReplyDelete
  6. إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

    Semoga tabah dan bersabar atas kehilangan ini.

    ReplyDelete
  7. Salam takziah Yan.. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diletakkan bersama para solihin, aaminn yra 🤲🏻.

    ReplyDelete
  8. إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
    Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Stay strong ya MY 🤍

    ReplyDelete
  9. salam takziah MY.. al fatihah buat arwah, semoga rohnya abah MY dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...aamiin...

    ReplyDelete
  10. Inalillahiwainnailahirajiun, salam takziah MY. Moga sabar dan tabah ye, mudah betul pemergian abah MY. Moga rohnya dicucuri rahmat,diampunkan segala doasanya dan diletakkan bersama para solihin.

    ReplyDelete
  11. Salam takziah MY. Murahnya arwah abah pergi...
    Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin hendaknya aamin 🤲🏻

    Stay strong.

    ReplyDelete
  12. Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnn

    Salam takziah, MY sekeluarga. Allah dah gantikan rumah abah dengan rumah yg lebih baik di dunia ini. Semoga roh abah MY dicucuri rahmat, Amiiinnn YRA.

    ReplyDelete
  13. Salam takziah kak
    Moga Allah meletakkan arwah bersama orang orang beriman dan dilapangkan kuburnya. Aamin ya rabb

    ReplyDelete
  14. Salam takziah MY...Semoga arwah ditempatkan dikalangan oaran2 yang beriman

    ReplyDelete
  15. Innalillahiwainnailaihirajiun. Al-Fatihah dan salam takziah MY...

    ReplyDelete
  16. Innalillahiwainnailaihiraajiuun.
    Semoga arwah tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

    ReplyDelete
  17. Semoga Allah tempat arwah abah disebaik2 tempat

    ReplyDelete
  18. إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Salam Takziah buat Kak Yan & family..Semoga arwah ditempatkn brsama org2 yg briman..AMin

    ReplyDelete
  19. Ya Allah, innalilahi wainnailaihi rojiun.... Saya ikut berdukacita kak. Semoga almarhum Abah diberikan tempat yg terbaik, dilapangkan kubur dan diterima segala amal kebaikan beliau semasa di dunia. Semoga emak kakak diberi kekuatan dan kesabaran setelah ditinggal oleh Abah yaa ..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad