Masa balik kampung hari Rabu minggu lepas sempena cuti Awal Muharam,
Mak mentua ada bagi daging korban.
Dapat banyak sangat katanya.
Maklumlah.. mak mentua kan balu..
Ramai betul yang hantar daging korban ke rumah mak.
Mak pula ambil je.
Takkan nak jual mahal pula,.
Anak anak balik, memang jadi habuan anak cucu la...
Kami pula, satu bungkus daging korban pun tak dapat.
Hahaha...
masa masjid kawasan kami buat korban kami balik kampung.
Menolong di kampung,
Rumah mak di kampung punyala...
Kena pulak kami tinggal di taman yang majoritinya kaun Cina,
Memang orang pun tak tahu ada seketul rumah melayu kat situ.
Jadi untuk tak mensia-siakan ibadah korban mereka,
Mama Yan cepat cepat masakkan daging korban tu hari lusanya tu.
Jadi ni lauk makan tengah hari Jumaat lepas lah kiranya.
Hari Khamis perangatkan lauk sup tulang & daging dari kampung.
kali ni MY masak simple aje..
Tak beria ia pun.
asalkan ada lauk je untuk anak.
Tapi masak lauk apapun kat rumah ni,
Lauk ayam goreng tetap kena ada juga.
satu biji bawang besar, tiga ulas bawang kecil, lima ulas bawang putih dan satu inci halia dihiris.
Kemudian, panaskan minyak masak periuk tekanan dengan menggunakan mode stir fry.
Tumiskan bahan yang telah dihiriskan dsalam periuk tekanan.
masukkan juga satu kulit kayu manis, satu kuntum bunga lawang dan dua ke tiga biji cengkih dan buah pelaga.
Tumis sehingga bawang tu layu kekuningan.
Lepas bawang dan segala awas-awas dah layu,
masukkan daging dengan setengah cawan air.
Ada dalam dekat sekilo juga rasanya daging ni.
Kalau masak pakai api dapur MY tak letak air pun,
Tapi pakai periuk tekanan ni, MY taruk air sikit la.
Kacau kacau...
Bagi air daging tu keluar.
Bila daging dah kecut kecut sikit,
Mama Yan masukkan kicap.
MY guna kicap lemak manis Jalen yang pelekat botol dia tu warna oren tu.
taruk la dalam dua senduk penuh.
lepas tu tak letak geram atau gula dah.
Dalam kicap dah banyak bahan perasa.
Oh ya..
MY juga letak 3 helai daun salam.
Daun salam atau bay leaves ni beli yang kering je.
Ada dalam paket kat bahagian spices.
Kacau kacau sebati dengan kicap.
MY tutup periuk tu.
Setkan high pressure selama 40 minit
Selepas 40 minit,
lepaskan tekanan periuk dan buka.
Yeay... dah siap.
Cuba la rasa sikit.
Dah empuk ke belum.
Dan rasa kadar masin manisnya.
Kalau rasa nak masin lagi,
tambah je la garam.
rasa dagingnya dah cukup lembut ke belum.
Alhamdulillah..
daging korban kali ni senang nak empuk.
Secukup rasa je lembutnya.
Boleh lah keluarkan dari periuk dan hidangkan dalam mangkuk cantik masing masing.
Mama Yan tak banyak mangkuk cantik..heheh..
ni mangkuk tanah liat jenama Claytan.
Mama Yan beli sebiji je di kedai Great zone.
Tujuannya senang panaskan makanan dalam microwave.
lama dah belinya.
10 tahun dah rasanya.
Daging masak kicap ni ada pelbagai jenis dan versi.
macam maca cara dan resepi ada.
Kalau arwah abah MY masak,
Kuah kicapnya lebih cair dan kuahnya agak banyak.
Kalau mak mentua MY pula masak,
Kuahnya tak berapa nak ada.
kering tergolek golek daging tu.
mama Yan masak?
Tengah tengah la..
Ada kuah tapi tak berladung ladung.
sesuai la untuk anak anak sebab daging masak kicap ni tak pedas.
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki buat kami sekeluarga.
Sekian wassalam

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
Sedapkann.. Lin pun sama, biasa masak kicap pedas..
ReplyDeleteAda lagi tu 2kilo daging lom masak hihihihi
Sedapnya daging msak kicap..kalau akak kan..hiris jugak lada benggala, cili padi dan kacang buncis..masuk sekali...senang x yah dah masak sayur lain...nasib baik daging dah habis...hahahahaha
ReplyDeleteBaru teringat daging korban aritu belum masak apa lagi
ReplyDeleteSedap ni sis =)
ReplyDeleteNi kalau lauk ni kan My, tak payah ada lauk lain pun okey, tapi kalau dipadankan dengan ayam goreng, memang sesuai.
ReplyDeleteammi jarang2 masak kicap sebab walaupun saya gelap tapi saya kurang suka makan kicap hahaha..relevan tak?
ReplyDeletesedap tu mkn ngan asi panas2....aritu MIL masak juga menu daging kicap
ReplyDeleteSedapnyaaaaa kak. Kalau kemarin tuh yg saya dapat kambing. Langsung asisten masak jadi Tengkleng, makanan khas Jawa . Semacam gulai tp kuahnya encer. Apapun, bersyukur saja tetap dikasih 😄
ReplyDelete