Nasi Lemak Wak Kentut Kulai - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, June 23, 2026

Nasi Lemak Wak Kentut Kulai

Hari Rabu minggu lepas kan cuti Awal Muharam,
Jadi kami balik kampung suami hari selasa malam tu.
Tido satu malam je.
Suami balik nak ambil dokumen kat rumah maknya. 
 Masa kat kampung tak buat apa sangat pun. 
Moq tolong sapu daun kering kat halaman,
Kemudian Mama Yan ajar dia bakar sampah tu.
Pungut la daun kering, pelepah kelapa, ranting tu semua bakar.
 
Tak lama lepas Moq membakar sampah,
Hujan pun turun. 
Makanya kami bergolek golek ajelah dalam rumah. 
Kakak ipar masak sup tulang.
Kemudian celur mi dan bihun,
Memang kegemaran anak-anak la..
Ada juga ayam goreng dan babat lembu masak kicap.

Lepas Asar kami pun bertolak pulang ke rumah.
Alhamdulillah, perjalanan sangat lancar.

Keluar di tol Kulai.
Langit kat Kulai pun mendung aje macam baru lepas hujan.
kami pun dah ingat ingat lupa jalan nak ke restoran Nasi Lemak Wak kentut ni.


Dah lama betul tak datang makan kat sini.
Dekat 5 tahun dah rasanya.
Masa mula mula MY dan suami datang makan kat sini,
Mereka berniaga di gerai majlis hujung bangunan sekarang ni.
pernah sekali terserempak dengan Jep dan Shuib Sepah tengah makan berdua.
Nampak memang dorang berdua dah biasa kat sini.
Budak budak kedai pun bercakap secara kasual.
Lagi sekali datang ternampak pulak Mamat Sepah dengan kawan kawan dia.
Kalau Jep dan Shuib jenis cakap berdua slow slow..
Tapi meja Mamat dan kawan-kawannya riuh rendah.
Lepas tu Mama Yan dan suami pun panggil kedai ni kedai nasi lemak sepah.
Dah lama la kisahnya... 
Sekitar 2013 kut.
Sekarang ketiga-tiga mereka dah bawa haluan masing-masing.


Ni antara hiasan dalam kedai

Yang ni memang buat Mijan kagum.
Motor kat dinding.

Kosong je?
Mana sambal?
Sambal dalam mangkuk berasingan.
Lauk lain?
Entah la ada pilihan lauk apa lagi..
Sebab suami yang bangun membeli makanan.
MY duduk je kat meja dengan Sarah dan Mijan.
Bini dan anak perempuan memang selalu dapat layanan istimewa.


Hari tu suami ambil lauk telur goreng dan ayam goreng sahaja.
Dia kata,
kat sini memang ayam goreng yang jadi tarikan utama.
Lagipun, senang ambik lauk ayam.
Semua orang makan.
Sambal dia kategori biasa biasa ajelah.
Nak sesuaikan dengan citarasa rakyat Malaysia.
Semua orang boleh makan.
Tak terlalu pedas dan terlalu manis.
Ucid makan dan macam kuah asam pedas merahnya.
Dia kata tak pedas langsung.
Tapi Aril pulak letak setengah sudu pun tak sampai,
dia kata takut pedas.
Macam macam ragam anak ni.
Yang kuat pedas ada, yang tak boleh pedas langsung ada,
Yang kuat makan ada, Yang super memilih makan pun ada.
 

Kami semua makan habis.
Mijan pun makan habis.
Sarah pun.
Alhamdulillah.
Lauk pauk yang atuk dengan Mak Leha bekalkan?
Balik rumah masuk peti ais la nampaknya.
Makan esok pun boleh.

Kat kedai ni...
Takde orang ambil order kat meja.
Sistem sorang kena tunggu meja,
sorang pergi order makanan dan minuman kat kaunter,
Bayar terus dan ambil makanan terus bawa ke meja masing masing.
So yang lone ranger? kena la pergi waktu tak ramai orang...hahaha
ada kena makan berdiri pula karang.

Tulah untungnya MY ada ramai anak jantan.
sorang bawakan dulang air,
sorang bawakan dulang berisi pinggan nasi,
Sorang bawakan dulang sambal dan ayam goreng...
Mama tinggal ambil gambar dan makan.

Siap makan kami terus gerak balik.
Takde sesi lepak lepak atau bercerita sebab kejar Maghrib kat rumah.

Okay bye..
Jumpa lagi di lain entri.
Wassalam




 

1 comment:

  1. Nasi lemak Wak Kentut ni la yang Kak SA nak cuba tapi x dapat2 lagi....

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad