Hari Isnin baru-baru ni, Mama Yan dan anak-anak selamatkan anak kucing yang dibuang,
Mulanya, dalam perjalanan balik dari sekolah, kami nampak Moq sedang menguis kotak di tepi jalan.
MY berhentikan kereta, panggil Moq naik
Lepas tu Moq kata dalam dalam kotak tu ada anak kucing,
Ucid dan Sarah sibuk suruh MY rescue tapi MY cakap “Malaslah nanti mama yang kena jaga”.
Sesampainya di rumah, hujan pun turun, terbayang bayang pula kucing tu dalam hujan,
Lepas tu terfikir lepas hujan berhenti nanti, entah entah kena makan anjing, tak pun kena makan biawak.
Jalan masuk rumah Mama Yan tu memang banyak biawak sebab ada semak semak kat tanah lapang tu,
Anjing jangan ceritalah, kucing MY dah dua ekor mati dikerjakan anjing liar.
Dalam perjalanan ke sekolah agama,
Kotak berisi anak kucing tu masih ada di situ,
Mama Yan berhenti dan jengah tingkap, kalau anak kucing tu masih ada di situ.
Dengar bunyi kucing mengiau,
Cepat-cepat Sarah dan Ucid turun selamatkan kucing tu bawa masuk kereta.
Kesian pula, dah la hujan lebat, mesti kucing tu basah, sejuk, takut dan keliru.
Sampai rumah terus masukkan dalam sangkar.
Cari kotak dan alas surat khabar lama je. Sangkar pun dah berkarat sebab dah lama tak digunakan.
Buat masa ni memang kucing ni full time dalam sangkar.
MY takut dia kena belasah dengan Oreo.
Mama Yan belikan kibbles dan wet food untuk kitten.
Beli juga susu untuk kitten, tapi dia taknak minum.
Takkan nak belikan botol susu pulak.
Mijan bagi nama kucing ni Tito.
Amenda entah bagi nama kucing pelik pelik..
Dulu Ankun.
Sekarang Tito.
Ayah dia suruh tukar nama Toti.
Mama Yan ingat nak carikan family angkat untuk kucing ni.
Kalau dah sayang nanti,
Sedih pula nak bagi orang.
Ada tak yang nak kucing ni?
Nanti MY poskan… hahaha

.jpeg)
Mulia sungguh... alhamdulillah berbakti pada binatang
ReplyDeleteTq selamatkan dia ❤️
ReplyDeleteKesian anak kucing tu, mujurlah Mama Yan sekeluarga patah balik dan selamatkan 🥹 Dalam hujan lebat pula tu. Semoga cepat serasi dengan rumah baru dan Oreo nanti.
ReplyDeleteLembut hati semua anak2 kakak 🤗❤️. Semoga kebaikan mama Yan dan anak2, dibalas berlipat ganda nantinya. Memang tak akan tega meninggalkan anak kucing tanpa induk begitu. Tega lah yang membuangnya ðŸ˜
ReplyDeletemesti masa kat rumah sebelum budak2 ni bersiap ke sekolah agama hati MY libang libu teringatkan kucing tu. Ammi pun selalu kesian kat anak-anak kucing belakang rumah tu tapi kita bagi makan jelah, nak bela bawak masuk dalam rumah memang tak larat dahlah. cukuplah 3 ekor anak betina yang banyak onar ni.
ReplyDelete