Tuesday, January 15, 2019

Jurutera Siswazah

Selepas 12 tahun bergelar siswazah...
Barulah berjaya mendaftar sebagai 'jurutera siswazah'
Lepas beberapa tahun kerja..
Dan beberapa tahun bergelar surirumah...
Lepas tu kerja semula...
Baru la bersungguh sungguh nak daftar...
Daftar nama aje pun...
Bukannya nak ambil exam professional engineer...
Yang tu tak mungkin la kot...
Buat masa sekarang, exam sekolah anak anak lebih penting dari exam mama.


Padahal step nak daftar bukan la susah sangat pun.
Tapi tu la...
Hormon M tu tebal sangat...
Tinggal nak pos hardcopy ke BEM pun malas...
Tu yang tertangguh selama berbelas tahun tu...

Para jurutera yang baru grad,
sila lah daftar ke'jurutera'an kamu ye.
boleh klik link kat bawah ni..


boleh baca manual dekat bahagian 'graduate engineer' tu,
Pada borang A1 tu,
kena ada tandatangan dan cop seorang Profesional Engineer ye.
Pada salinan ijazah pun kena ada signature dan cop PE.
kalau tak,
permohonan tak sah.
dah buang data je.
Lepas dah isi borang secara online,
From A1 dan salinan skroll degree tu nak kena pos ke BEM okay
Jangan buat buat lupa pula...
Selagi tak terima salinan tu..
tak dapat la kita punya sijil pendaftaran tu...

Nanti kalau dah daftar..
nak pergi interview jadi engineer,
mesti ada soalan ni
'Dah berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia?'
kalau dah kan best sikit nak jawab...
Ye dak? Ye dak?
jangan jadi macam Mama Yan...
dah tua baru nak daftar..kihkihkih


sekian, wassalam






3 comments:

  1. Oklah tu Yan .... dpd tak daftar langsung hihi...
    Barulah rasa mcm teriktiraf sikit jadi jurutera ye Yan

    ReplyDelete
  2. Jurutera mama Yan gitew kan..teriktiraf dan diiktiraf itu memberi lebih keyakinan ye dak..hihi..org bukan jurutera bercakap tak berapa nak cerdik..hihi

    ReplyDelete
  3. Setuju dgn Yan...
    "Exam anak2 lebih penting dari exam Mama..".
    Selalu Kak Mirror pun tanamkan dlm diri mcm tu.
    Eh!. Tapi Yan muda lg.. mcm2 miracle boleh berlaku.
    Tiada istilah "tak mungkin".

    ReplyDelete

terima kasih la weiii...

Post Terhangat