I will follow youuu....

Saturday, February 29, 2020

Jerawat dan puncanya


Mama Yan jarang ada jerawat...
Tapi kalau ada...
Selalunya ada kat dagu dan dahi je..
Kat pipi macam tak pernah rasanya...
Tapi kulit Mama Yan tidaklah flawless
Banyak pigmentasi...

Masa muda remaja dulu selalu ada jerawat kat hidung...
Atas hidung...
Dalam hidung pun pernah juga...
Sakit kemain rasanya...
Nak melombong pun payah...hahaha

Nak check ada rambut keluar dr telekung ke idak je...


Friday, February 28, 2020

Menteri Besar Johor ke 18

Tahniah kepada semua rakyat Johor atas perlantikan Menteri Besar yang baru...

Tahniah juga kepada Dato Ir. Hasni Mohammad...
Selamat menjalankan tugas dan berjaya membawa Johor ke puncak yang gilang gemilang.






ADUN BENUT ANGKAT SUMPAH SEBAGAI MENTERI BESAR JOHOR YANG BAHARU Dato' Hasni Mohammad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di hadapan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini (28 Februari). Berangkat sama, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut itu menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor, yang berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru. ~~~~~ BENUT ASSEMBLYMAN SWORN IN AS NEW JOHOR MENTERI BESAR Dato' Hasni Mohammad, State Assemblyman for Benut, has been sworn in as the Menteri Besar of Johor today (28 Feb). Hasni took his oath of office before HM The Sultan of Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar at Istana Bukit Serene, Johor Bahru. Also at the swearing-in ceremony was HRH Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, The Crown Prince of Johor. #sultanjohor #royalpressoffice #johor
A post shared by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (@officialsultanibrahim) on

YB Dato' Ir Haji Hasni Bin Haji Mohammad berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan Awam dan memiliki kelayakan sebagai Jurutera Profesional (P.E). Sebab tu depan nama dia ada Ir.
Beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa bagi portfolio Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan wilayah Negeri Johor, Ahli jawantankuasa Kewangan Awam Parlimen Malaysia dan Pengerusi di Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia

Mama Yan bukan orang politik atau bijak berpolitik. Tapi kalau boleh, tentulah kita mahukan jawatan peting dalam negeri atau negara yang kita diami dipegang oleh mereka yang benar-benar layak.
Betul tak?

Thursday, February 27, 2020

Petugas Media dilayan Baik di Hadapan Istana Negara

Alhamdulillah...
Sebagai rakyat Malaysia ...
Rasa bangga sangat sangat tengok keprihatinan tonggak negara lepada petugas media.
Walaupun takde kerajaan,
Tapi kita masih punya YDP Agong,
Kita masih mampu hidup aman harmoni..

Mula mula dapat KFC



Team Xiaomi datang bagi powerbank.
Uniknya Malaysia



Paling mahal,
YDP Agong pun join menyuap sama.


Selain Milo, ada lori Saji dan Farm Fresh juga katanya...


Dan yang paling mahal,
Tentulah lunch box berisi lauk gulai tempoyak ikan patin. 



Terima kasih para wartawan dan petugas media yang sanggup berlapar, berpanas, berhujan, tebalkan muka, demi menyalurkan maklumat kepada semua..
Semoga Allah terus menerus memelihara keharmonian negara kita dan melimpahkan rahmat yang tak terhingga kepada YDP Agong & permaisurinya

Amin Ya Rabbal Alamin...

Sijil Taraf Bumiputera : Settled

Alhamdulillahhh...
Bukan nak cakap apa lah...
Setiap kali ada urusan yang Mama Yan upload kat blog entry perkembangannya...
Mama Yan mohon doa dipermudahkan...
Alhamdulillah..
Memang betul² urusan tu jadi lancar...
Adalah doa pembaca blog MY yang diperkenankan tu agaknya...

Alhamdulillah sekali lagi...
Sijil Taraf Bumiputera kami dah settle. 
Dalam proses buat lesen kontraktor...
Pada Mama Yan..
Nak dapatkan BPKU punya taraf bumiputera ni la yang paling susah rasanya...
Masa MY mula mula nak buat dulu...tahun 2017.
Pihak BPKU Johor siap datang pejabat.
Dah la masa tu MY masih bawa adik Mijan pergi pejabat.
Terkejut pegawai tu tengok...ada baby kecik kat pejabat.
Mijan kan masa tu lahir tak cukup bulan.
Mmg sangat kecik la kannn... 



Antara perkara yang BPKU nak tengok masa kat pejabat,
Surat beranak salinan asal pemilik perniagaan,
Sebab nak pastikan betul betul bumi atau tak.

Lepas tu..
Pejabat kena lengkap seperti pejabat.
Bukan kat premis kediaman...
Dan wajib ada papan tanda nama syarikat.

Untuk pembaharuan dah tak susah sangat...
Cuma perlukan pengesahan penandatangan cek dan akuan bersumpah pekerjaan sahaja.
Cuma hari tu sangkut part surat perjanjian perkongsian.
Sebelum ni Sole Proprietor (entah gitu kot ejaannya)
Sekarang partnership dengan suami..
Tp diorang nak surat perjanjian yang ada state berapa peratus pegangan setiap ahli kongsi.
Surat perjanjian tu pulak nak kena matikan setem kat hasil.

Kadang² tertinggal 1 step akan buatkan 1 urusan tergendala berhari hari lamanya..
Jadi, sebelum buat apa apa,
Patutnya,
Kena baca arahan dulu,
Baca syarat syarat yang perlu dipatuhi,
Kemudian semak lagi...
Takla dua tiga kali kerjanya...

Ni dah lega dah satu bahagian.
Bahagian lain yang bakal menyusul selepas ni..
Satu..Nak buka syarikat sdn bhd
Dua...siapkan akaun 2019
Tiga... income tax 2019...
Hehehe....
Leceh oiii...
Sebab Mama Yan ada beribu ribu keping resit dan invoice. 
Sekarang ni pun rasa dah tak larat nak urus...
Tapi...
Masih trauma nak cari kerani baru...
Mudah mudahan pembaca blog yang baik lagi budiman ni,
Doakan Mama Yan dapat staf yang jujur dan amanah pada kerja.
Dapat yang tak berkira, itu satu bonus lah kan...
Yang berkira pun takpe,
Asalkan rajin, jujur dan amanah...
Aminnn...


Wednesday, February 26, 2020

Beauty Review: Mary Kay Foundation Primer Sunscreen SPF 15

Selepas berkenalan dengan Mary Kay...
Akhirnya...
Mama Yan memiliki primer foundation...
Sebelum ni asyik la tertanya tanya...
Apa benda la primer foundation tu,?


Tahun lepas,
Mama Yan google perkataan primer foundation.
Sebab asyik ternampak orang tulis make up primer je...
Lepas Mama Yan google tu...
Penuh la newsfeed MY baik di Facebook mahupun IG dengan iklan barang kosmetik...
Hahaha...
Buka blog pun sama...
Ruangan iklan Lazada affliate dipenuhi dengan barang kosmetik.
Dah la masa tu  belum sampai seru nak bermekap..
Lagipun takde guidance kan...
Macam mana nak pakai..

Lepas join Mary Kay...
Ooohhh....primer foundation tu...
Memang best la bila pakai.
Rugi tak berkenalan dengan lebih awal lagi...

MY pakai Mary Kay foundation primer ni selepas pakai pelembab,
Lepas dah pakai foundation primer,
MY tunggu seminit,
Lepas tu baru pakai foundation.
Masa tu...nak apply foundation memang smooth,
Memang cepat,
Memang rata dan tak bercapuk,
Muka rasa macam licin betul tauu...

Lagipun, Mary Kay Foundation Primer Sunscreen SPF 15 ni menggunakan formula bebas minyak.
Ia mengandungi Silika : - sejenis mineral ultra halus yang menyerap minyak serta bertindak sebagai peresap optik untuk kulit kelihatan lebih licin dan kurang berminyak. Ia juga bertindak sebagai gam kepada kemasan bedak asas.
Bedak asas atau foundation kita kekal berjam jam lamanya walaupun tengah panas.
Yang lagi best ada sunscreen SPF 15.
Sesuai untuk kegunaan MY seharian...

Kesimpulan dia,
Makeup primer ni memang penting kalau nak dapatkan kulit yang tampak licin walaupun hakikatnya...
Tidaklah selicin mana pun...
Hihihi...
Dan juga kalau rasa susahnya nak ratakan foundation,
Tiap tiap pagi foundation atau krim kuka yang digunakan tak nagi kerjasama...
Tolonglah dapatkan make up primer ni...
Memang beat sangat sangat lah...
Rugi pulak tak pakai sejak dulu...




Sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh ke facebook/IG saya ok.
♡♡♡

Tuesday, February 25, 2020

SAKJ Ibnu Sina - Progress Photo


Ogos 2017

Disember 2017


January 2018

Februari 2018

April 2018


Mei 2018
Jun 2018
Julai 2018

Ogos 2018

Oktober 2018
April 2019
April 2019


tak boleh publish gambar gambar dari dalam site,
Menyalahi etika,
So, untuk kenang kenangan,
Gambar dari luar hoarding aje lah...

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah...
kerana dengan limpah kurnia-Nya kami berjaya menyiapkan sekolah agama kerajaan Johor ni...
Mudah-mudahan dapat projek baru lagi lepas ni...Aminnn




Monday, February 24, 2020

Majlis bacaan Yasin dan Doa Selamat SAKJ Ibnu Sina

Ambik gambar sekeping dua je masa majlis pada 20.2.2020 yang lalu.
Segan pulaks...
Alhamdulillah...syukur yang amat sangat...
Sekolah yang kami bina bermula dari belukar kecil dan gaung..
Akhirnya telah selamat digunakan...





Tetamu semua makan dalam dulang,
VIP makan kat meja..
Mama Yan makan dengan anak 2 orang dan suami,
Meriah betul..
Macam majlis kenduri kahwin dah rupa...
Mudah mudahan...
Setiap kali perjumpaan ibu bapa...
Akan terus begini kehadirannya...
InsyaAllah...
Ni hujan ni...hari kerja pulak tu...
Kalau tak hujan mungkin lebih ramai lagi agaknya...

Licin kami berempat makan,
Tak tahulah sedap sangat atau lapar sangat...
Hahaha...


Sunday, February 23, 2020

Gotong Royong Perdana Sekolah Anak

Semalam...
Kali pertama Mama Yan join gotong royong kat sekolah anak...
Dulu dulu...
Tak pernah pun...hahaha

Aktiviti yang dibuat di sekolah semalam antaranya,
mengecat...
Cuci longkang...
Menebas rumput,
Buat petak, 
Cat tayar, 
Dan lain lain lagi...

Tap ibu bapa macam tak ramai datang...
Kat Johor ni,
Ramai yang masih kena kerja hari sabtu kalau kerja Swasta.
Kalau kerja kerajaan pun,
Klinik pesakit luar hari Sabtu half day ye...
Pejabat Pos pun half day...
Jumaat cuti.
Bukan senang nak cuti cuti ni...

Tapi takpe,
Ada pelatih dari Giat Mara Pontian darang beramai ramai membantu...
Tq adik adik...



Mama Yan tolong menceriakan taman permainan untuk anak anak tadika je ni..
Itupun,
Dari pagi sampai tengahari tak settle2...
Mana nak settle...
Buat kerja dengan anak anak turut serta...
Paham paham aje la kannn...
Hahaha...
Standed la tu...

Apapun...
MY happy sangat dapat menyumbang sedikit tenaga dalam menjayakan program gotong royong ni...
Kat bawah ni gambar taman anak² tadika ...
Jadilaaaa...bayar RM60 sebulan untuk seorang...
Tak boleh la bandingkan dengan tadika yang bayar RM250 sebulan kan..
Yang penting,
Anak anak gembira sekolah kat sini...





Lepas ni...
Nak kena hias koridor kelas pula dengan lukisan mural ke...
Mainan tengteng ke...
Nak bagi sekolah lebih ceria katanya...
Baik cikgu besar...
Selagi terdaya...
Kami cuba...
Untuk anak anak kami juga...

Mengecat tayar, nanti dalam tayar tu guru besar nak letak tanah dan pokok bunga.
Risau jadi sarang nyamuk je ...hahaha


Thursday, February 20, 2020

MY Review: Mary Kay Time Wise Repair Bio-Cellulose Mask

Antara part yang best bila kita buat kerja dari rumah ni...
Sambil-sambil buat kerja kita boleh belek muka kita...
Nak mekap tebal boleh,
Taknak mekap langsung boleh,
Nak pakai mask sambil buat kerja pun boleh...

Hari tu Mama Yan pakai Mary Kay Time Wise Repair Bio-Cellulose Mask...
Pakai sabelum mula buat kerja...
Mask yang jenis kepingan ni senang nak pakai..
Dia tak comot comot ok...
Betul² bersih dan senang digunakan...
Cara nak guna beauty consultant akan ajar.
Tapi kalau korang jenis kepala batu macam Mama Yan...
Suka pandai pandai sendiri dan taknak dengar cakap beauty consultant..
Sila ambil akibatnya seperti yang berlaku pada Mama Yan..hahaha


Sales Director Mama Yan ada bagi video cara nak pakai...
Dalam hati Mama Yan..
Alahai...
Pakai mask aje pun...
Bukannya tak pernah pakai...
Dulu² pakai jenama Watson  elok je takde orang ajar...
Ikut je tulisan kat paket dia tu...

Cara-cara nak pakai mask ni...
Mula bawa keluar mask ni dari paket aluminium dia tu..
Kemudian, kopek satu bahagian protective sheet...
Mask dia kat tengah tengah tu tau...
Atas bawah dia ada macam kertas non woven tu..


Lepas tu,
Tepekkan bahagian mask yang dah kita buka kertas alasnya tu ke muka..
Rata-ratakan sikit kat muka


Bila dah melekat kat muka tu,
Kopekkan lagi selai kertas alas dia tu macam gambar kat bawah ni..


Kalau nak relax betul²...
Bahagian kelopak mata pun boleh tutup macam kat bawah ni...
Tapi kalau Mama Yan buat gini...
Boleh lajak sampai tengahari nanti...
Tak berambik pulak budak tadika tu...


So, Mama Yan kelepet je bahagian kelopak mata tu ke bawah...
Struktur masker ni dia macam kenyal kenyal sikit tau...
Bukan macam tisu basah tu...
Mary Kay menggunakan teknologi inovasi bio-selulosa (bio-cellulose), 
bahan aslinya adalah air kelapa.



Masker ni pakai la dalam 20 ke 30 minit..
Lepas tu..boleh buka ye...
lepas dah buka tu ada tinggalan serum tu kat muka kan..
basah basah lagi muka tu...
kita urut-urut sikit kulit muka kita lepas buka mask tu...



Pakai sekali je dah dapat rasa dah kesannya...
belum lagi pakai betul betul ikut aturannya...
memang akan rasa la kulit semakin tegang...
semakin lembab dan halus.
sebab Time Wise Repair ni memang untuk wanita yang dah mula alami penuaan...
Kalau gadis muda belia...
boleh pilih masker lain yang setiap satu fungsi utamanya berbeza-beza..
ikut keperluan skin kita la kan...
Mama Yan dah mula berkedut...

MY punya pendapat,
tak dapat kulit super flawless dan putih takpe...
dah memang benihnya sawo matang kann...
tapi kalau boleh,
taknak la berkedut awal...hahaha...
Zaman fulltime kat tapak pembinaan dulu takde duit dan malas nak pakai sun screen,
jadi,
kulit memang cepat jadi tua..
Sekarang memang kena usaha gigih sikit la nak repair...

Actually,
Mama Yan masa mula-mula nak pakai mask ni...
Siap buat rakaman video tau...
Acah acah nak buat video product review...

Lepas beberapa saat,,
Lepas pakai pakai,
Apa pasal mask ni pelik bebenau rasanya...
Nipis macam kertas,
Ringan macam kertas,
Lepas tu ambik kotak dia baca...
Berdekah sorang sorang...
Mama Yan tampal protective sheet dia rupanya...
Kertas alas tu je yang ditepek ke muka...
Hahahadoii...
Itulah akibat orang yang berlagak pandai ye...
Konon konon tak payah baca instruction,
Tak payah baca fact sheet,
Tak payah tengok video cara pakai,
SD bagi cara pakai pun tak tengok...
Dah la salah pakai..


Muka terkejut bila baca yang sebenarnya mask tu duduk tengah tengah antara dua helai lapisan kertas alas.
bukannya main cekut tepek kat muka..
Maklumla baru nak berjinak-jinak kann...


cancelled MY punya product review...kahkahkahkah
sengal terok!



Wednesday, February 19, 2020

Gazebo dah siap...

Alhamdulillah..
Pondok gazebo impian suami dah siap...
Tinggal belum pasang lampu dan kipas je..
Lama gak nak siap..
sebab budak kerja asyik kena hantar tempat lain je...
nak kejar siapkan masjid kat Kluang tu..





Ok..raya ni dah boleh makan ketupat lemang kat pondok ni..
Semua pokok pokok dalam pasu tu suami Mama Yan yang tanam..
MY belum dapat seru nak bercucuk tanam...hahaha

Wordless Wednesday: Cendol uolls?



Cendol Gemuk,
Bukit Koman, Raub.

Cendol Kg. Melayu Raya,
Pekan Nanas

Klik! Klik!

Anugerah Entry Popular