Korean Drama : Kingdom - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, January 19, 2021

Korean Drama : Kingdom

 Drama Kingdom ni MY tengok dengan suami masa tengah sakit gigi 3 minggu lepas. Best juga cerita dia, kisah zombie, tapi berlatar belakangkan zaman dulu kala.



Bermula dengan Maharaja dia yang telah mangkat, tapi telah dihidupkan kembali sebagai makhluk yang aktif pada waktu malam. Pada waktu itu juga, zombie ni nak makan darah manusia. Kebanyakan dayang yang dah jadi korban maharaja akan dibenamkan dalam tasik.

Setiap malam, seorang dayang akan dijadikan korban kepada maharaja. Punca maharaja ni dihidupkan kambali adalah, permaisurinya tamak. Permaisuri memfitnah putera mahkota dan menghalaunya keluar dari istana. Permaisuri sedang mengandung dan berharap dapat anak lelaki supaya dapat menaiki takta kerana putera mahkota sedia ada bukan anak dari permaisuri yang sah. 

Di suatu hari, seorang dayang yang mati akibat dijadikan korban kepada maharaja telah dibawa pulang oleh Tabib Lee untuk dikebumikan. Di desanya pula, kemiskinan dan kebuluran sedang melanda. Salah seorang dari penduduk desa tu telah memasak daging budak yang mati tu dan menjamu ke semua penduduk bagi mengelakkan kebuluran. Cuma dua orang je yang tak makan daging tu, pembantu Tabib Lee, Seo Bi dan tukang masak tu, Young Shin.

Semua penduduk desa yang makan daging budak tu, semuanya jadi zombie. Masa mula mula zombie ni aktif waktu malam je, bila siang semua menyorok tempat terlindung dari matahari dan suhu.

Putera mahkota melarikan diri dari istana dan kemudiannya sampai ke desa kecil tempat zombie tadi. Sebab tak tahu kena serangan apa, Putera mahkota dan orang orangnya keluarkan dari tempat zombie tu bersembunyi dan bawa ke pejabat majitstret untuk kenal pasti penyerang. Tapi diorang dah salah faham dan ingatkan Young Shin yang jadi punca serangan orang kampung ni. Sebenarnya Young Shin dah kepung desa tu dengan buluh runcing untuk elak zombie tu keluar.

Mayat yang dikumpul depan pejabat majitret tu pun hidup bila malam menjelma dan menyerang satu daerah. Zombie ni setakat kena cucuk pisau atau pedang dia tak mati...kena tembak kat kepala atau penggal terus kepalanya.

Mula mula zombie tu keluar malam je..lama lama bila tiba musim sejuk, dia keluar siang malam. Masa ni MY tengok sambil terjerit jerit. nasib baik masa tengok ni anak anak kat kampung. Kalau tak... runtuh la rumah berpadu jeritan dengan anak anak sekali...hahaha

memang bestla cerita ni...banyak aksi aksi mendebarkan. nak cerita pun panjang sangat. Tapi mungkin ada Kingdom 3 pulak lepas ni.. Yang My tengok ni gabung season 1 dengan season 2. sebab ending season 2 tu macam sengaja dibuat tergantung. Boleh je buat happy ending patutnya...Tapi saja nak buat kita kacau bilau. Tiba tiba pokok bunga yang boleh hidupkan mayat tu ada orang tanam dan jual pulak... Seo Bi dan Putera Mahkota pergi merantau untuk cari penawar kepada penyakit tu. Takhta diturunkan kepada adiknya walaupun sebenarnya baby tu bukan anak permaisuri pun. 

Bila baby tu dah besar sikit, masa nak ending tu nampak cacing cacing zombie tu berlegar legar kat dalam kulit budak tu. Mungkin sebab Covid ni kot...kalau tak mungkin season 3 dah siap agaknya.

Tajuk Drama: Kingdom

Penulis : Kim Eun hee

Pengarah : Kim seung Hun, Park In je

Bahasa : Korea

Produksi : AStory

Edaran : Netflix

genre : Zaman sejarah, horror, Thriller

Pelakon :-



 
Ju ji hoon sebagai Lee Chang ( Putera Mahkota)


Bae Doona sebagai Seo Bi ( pembantu Tabib)


Kim Sung kyu sebagai Yeong Shin




4 comments:

  1. nampak macam best, suka dengan main actor dia tapi itulah sebab cerita pasal zombie, kena fikir banyak kali dulu sebelum tengok..hehe

    ReplyDelete
  2. Suka gak kalau Ju ji hoon ni berlakon. Tak perasan lak drama kingdom ni.

    ReplyDelete
  3. suka gila cita ni! me tak tgk korea tapi tgk cita ni dub japanese but omggg!! i love it

    ReplyDelete
  4. Harapnya cepatlah diorang buat sambungan dia.. Tak sabar nak tahu apa yang jadi..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad