Perutusan Khas Perdana Menteri - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, January 11, 2021

Perutusan Khas Perdana Menteri


1. Perlaksanaan PKP atau MCO untuk tempoh 14 hari, bermula jam 12malam Rabu 13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021.

2. Tiga peringkat:
-PKP kepada Penang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Johor, Melaka dan Sabah
- PKP Bersyarat kepada negeri Pahang, Perak, N.Sembilan, Terengganu & Kelantan
- PKP Pemulihan kepada Perlis dan Sarawak

3. Negeri PKP adalah yang berisiko tinggi. KKM akan membuat penilaian risiko secara betrusan bagi memutuskan PKP akan ditamatkan atau ditangguhkan 

4. Aktiviti sosial melibatkan kumpulan ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perararakan keagamaan, mesyuarat, kursus dan sukan berkumpulan tidak dibenarkan,

5. PKPB aktiviti berkumpulan dibenarkan dengan SOP

6. Rentas negeri tidak dibenarkan seluruh negara

7. Negeri PKP tidak dibenarkan rentas daerah. 

8. OPS sekatan jalan akan berkuatkuasa bermula Rabu 12 malam, 13 Jan 2021.

9. negeri PKP, Terhad 10 km radius sahaja untuk keluar dan 2 orang dalam kenderaan yang sama untuk membeli barang. Langgar boleh kena kompaun RM1000 

10. Lima sektor yang dibenarkan beroperasi (ekonomi perlu)
- pengilangan dan pembuatan, 
- pembinaan, 
- perkhidmatan
-perdagangan & perkhidmatan
- perladangan & komoditi

11. Hanya 30 % pekerja dalam kumpulan pengurusan, sokongan akan ditentukan oleh majikan dengan mengambil kira SOP. Perlu ada penjarakan sosial di tempat kerja.
Tindakan tegas akan diambil kepada majikan jika menularkan COVID

12. MITI akan memperincikan jenis perkhidmatan yang disenaraikan sebagai essential dan akan memperincikan jenis kerja pembinaan yang dibenarkan beroperasi.

13. Sektor yang tidak essential, arahan bekerja dari rumah akan dikuatkuasakan untuk mengurangkan pergerakan dalam komuniti.

14. Bagi nergeri PKP, kedai makan dan penjaja dibenarkan buka tetapi hanya untuk take away.

15. Bagi negeri PKPB dan PKPP kedai makan dan penjaja dibenarkan beroperasi seperti biasa

16. Farmasi, klinik, hospital, bank di negeri negeri PKP dibenarkan buka pada tahap berjaga-jaga seperti pakai penutup muka, sentiasa gunakan hand sanitizer dan jaga jarak fizikal

17.  Tidak perlu keluar rumah jika tiada keperluan mendesak. Just stay at home

18. KPDNHEP jaminan bekalan perunvitan mencukupi. Tidak perlu berebut.

19. Calon SPM 2020 dan 2021 dibenarkan hadir ke sekolah dengan SOP ketat.

20. Negeri-negeri PKP, hanya ahli jawantankuasa rumah ibadat dibenarkan hadir dengan jumlah maksimum 5 orang.

21. Di negeri negeri PKPB masih dibenarkan beroperasi dengan penetapan jumlah mengikut kerajaan negeri

22. Dibenarkan keluar beriadah dengan isi rumah. berjoging atau berbasikal jangan lebih 2 orang.

23. Tempoh dua minggu ini amat penting

24. Ketua komuniti perlu melindungi komuniti masing2 sebagai frontliners bagi mencegah jangitan CoVID 19

25. Jawatankuasa peringkat tertinggi dipengerusikan oleh KSN & menteri tugas tugas khas dibentuk untuk memastikan perlaksanaan dijalankan

26 Kajian klinikal Fasa 3 vaksin Covid 19 akan bermula pada 21 Januari 2021 di 9 buah hospital di Malaysia. 

27. 3000 sukarelawan terlibat dalam kajian vaksin.

27. NPRA mendaftarkan vaksin Pfizer, Malaysia akan terima vaksin tersebut pada penghujung Februari 2021. KKM akan membangunkan pelan vaksin COVID 19

28. 60 hingga 70 peratus rakyat Malaysia perlu menerima vaksin Covid -19 bagi membina imuniti kelompok.

29. Hanya vaksin yang memnuhi ciri ciri keselamatan didaftar dan digunakan di Malaysia.

30. Patuhi SOP yang telah ditetapkan.
Pencegahan yang paling utama adalah dengan diri kita sendiri.



 

6 comments:

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad