Korean Drama : Oh My Ghost - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, June 22, 2021

Korean Drama : Oh My Ghost

Mengisahkan Na Bong Sun, seorang gadis yang bekerja sebagai pembantu dapur di Restoran Sun milik Chef Kang Sun woo, seorang chef yang ternama dan hebat. Dalam diam, Na Bong Sun menaruh hati pada majikannya, tetapi personaliti Bong soon sangat lemah, introvert, pemalu dan cemerkap menjadikan dia sering dibuli rakan sekerja. Bong sun ni ada kelebihan, dia boleh nampak roh,

Pada satu hari, tubuh badan Na bong Sun dimasuki roh milik seorang gadis yang bernama Shin Soon-ae. Ini menjadikan personliti Bong-soon tiba tiba berubah menjadi seorang gadis yang yakin, cekal dan manja akhirnya menarik hati Chef Kang. 

Mula mula Soon-ae ingatkan, roh dia tak aman sebab dia masih dara masa belum mati dulu. Rupa-rupanya, dia ada dendam pada pembunuh dia. Tapi dia tak dapat ingat siapa dan bagaimana dia mati dibunuh. Jadi, lama kelamaan, dengan bantuan Bong-sun, Chef Kang dan bomoh perempuan tu, dia dapat rungkaikan kes pembunuhan dia. Ada konflik sikit untuk selesaikan kes ni sebab suspek ada hubungan kekeluargaan dengan Chef Kang. 

Lepas kes pembunuhan tu terungkai, roh Soon-ae pun pergi alam lain. Selesailah urusan roh dia kat dunia. 

Best jugaklah cerita ni...Kelakar ada, sweet ada, family ada, konflik ada, suspen ada la sikit to'et, tapi yang lebihnya..jiwang la. Tu sebab la boleh layan. Kalau dari awal samapai habis bergaduh aje... memang tak kuasa nak melayan. 


Oh my ghost k drama
Jo Jung-suk sebagai Chef Kang. Handsomenya la chef pun...


Tajuk Drama : Oh My Ghost

Pengarah : Yoo Je-won

Tarikh tayangan asal : 3 Julai - 22 Ogos 2015

Pengedar : TVN

Genre : Komnedi ,Romantik, Thriller Drama





7 comments:

  1. hahahah kalau ada Jo Jung-suk memang syok la layan. Sekarang ni tunggu Hospital Playlist 2 habis running

    ReplyDelete
  2. Salah satu kdrama favorite saya! Tengok banyak kali pun tak bosan bosann hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best citer ni.... suami terkejut MY tengok cite hantu. Padahal takde hantu pun

      Delete
  3. aida da tgk! best sgt... enjoy bila tonton.
    sedih sayu pun ada time tgk citer ni. aduhai :(

    ReplyDelete
  4. Ramai pelakon dikenali dan fav jugak ni. Ada masa boleh layan.

    ReplyDelete
  5. Sha layan drama ini dulu sebab ada Jo Jung-suk.. memang kelakarlah.. syok..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad