Sambal Udang - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, June 28, 2021

Sambal Udang

Masa mula mula kahwin,
Jarang sekali dapat makan sambal udang ke...sotong ke... kerang ke...
Selain sebab takde duit nak beli...
Suami Mama Yan juga berdepan masalah alahan makanan laut...
Menikmati makanan laut membuatkan kulit suami MY timbul gatal gatal, kerap bersin, timbul kudis yang bernanah...
Jadi kalau teringin makan udang atau sotong,
Makan aje lah kat kedai...
Tapi harga kat kedai maklum sajalah... 
Mahal sungguh...

sekarang alhamdulillah...
suami macam dah sihat dari masalah alahan makanan laut ni...
Tapi bukan sedikitlah belanjanya...
Rasanya.. beribu juga habis ke klinik pakar di Taman Pelangi, JB tu.

MY suka udang minyak atau udang kertas je kalau buat sambal ni...
Udang besar besar sikit macam udang harimau
Goreng butter sedap kot...hahaha

20210430_161930

MY tak leh terror benar memasak,
Selalunya, kalau MY share resepi kat blog ni, untuk rujukan sendiri pada masa akan datang aje.
Yelah kan..
Kita bukannya food blogger tersohor orang nak datang sini cari resepi...

Bahan-bahan Sambal udang MY:

1 pinggan udang minyak - buang kepala dan kulit
1 biji bawang besar - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
10 tangkai cili kering - kisar
setengah inci halia -kisar
1 helai daun limau purut - takde takpe
1 keping asam gelugur atau boleh guna asam jawa 
Garam & gula

Cara cara membuat sambal udang:
1. Buang biji cili kering dan rendam dalam air panas. Cara mudah buang biji cili kering, masukkan dalam chopper, pusing sekejap. Bila biji dia dah berterabur kat dasar chopper, ambil cilinya sahaja dan rendam dalam air panas seketika

2. Kisar semua bahan bahan yang perlu dikisar iaitu bawang, bawang putih, halia dan cili kering bersama.

3 Panaskan minyak secukupnya. Minyak kena banyak untuk buat sambal tumis ni. Kalau tak bahan kisar susah nak masak.

4. Masukkan bahan kisar apabila minyak dah panas. Masak sehingga naik baunya dan pecah minyak. Macam mana pecah minyak tu? Entahla...selalu dalam blog masakan sebut sampai pecah minyak, so MY ikutlah tumis sampai pecah minyak juga. hahaha... Tapi sambal tumis ni... MY akan tumis dan masak sampai minyaknya nampak timbul bergenang di permukaan tumisan. 

5. Masukkan udang, asam keping, garam, gula dan bahan perisa jika suka.

6. Kacau kacau sampai udang sebati dan masak. Jangan masak lama lama, udang kalau overcooked keras dan tak sedap. Sebaik masak je tutup terus api. Udang tak ambil masa yang lama untuk masak. Bila dia dah bergulung, kepala dan ekor dan bertemu, kira dah masak la tu. 

7. Boleh angkat dan hidangkan dalam mangku lauk kegemaran anda dan ambil gambar untuk dimasukkan dalam media sosial
 
Kalau nak taruk petai pun ngam jugak ni... Tapi MY tak minat sangat petai. Kalau ada atas meja, makanlah. Cuma memang tak beli la...
Okaylah...sebab ni gambar lama... esok rasanya macam kena beli udang untuk repeat.

Sekian, wassalam

 

14 comments:

  1. 1592100123882

    sedapnya sambal udang.

    http://www.kembaraminda7.com/

    ReplyDelete
  2. Kak%252BSeri

    Terbayang sedapnya kalau sambal udang MY ni dimakan bersama nasi lemak

    ReplyDelete
  3. 13166089_985116371536448_3303728653141160938_n

    Udang memang sudah sedia sedap. Masak apa pun tetap sedap.
    Alhamdulillah, berbaloi melabur beribu ringgit, akhirnya sembuh alahannya.

    ReplyDelete
  4. latest

    kalau menu udang ni fav anak...tp tula udang mahal kan

    ReplyDelete
  5. 2017-11-03+07.25.11+1

    memang fav lah sambal udang ni. Kalau letak petai tu dia punya selera mencanak haha

    ReplyDelete
  6. IMG20200203115106

    sedap sambal udang ni, memang favourite! Kesian, rugi kalau alergik kan :)

    ReplyDelete
  7. baseball_1

    Terliur tengok. Tapi saya tak boleh makan udang.

    ReplyDelete
  8. IMG_7572

    Favorite betul sambal udang ni!
    Alhamdulillah suami kakyan dah sembuh, memang betul, memang memakan ribuan ringgit, tapi takpe, demi kesihatan kan.

    ReplyDelete
  9. S__671750

    susahhh kalau org tu ada alahan seafood.. uhuhu like me

    ReplyDelete
  10. sunah-in-busan-korea

    masya Allah...boleh sembuh ek alergi kalo berubat? baru saya tahu kak..saya ada alahan seafood juga tapi bila da besar panjang ni dia macam da berkurang dengan sendirinya...tapi kalo termakan yang tak fresh nanti dia keluar jugak...cumanya jarang-jarang dah berlaku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Snapshot_20240233_190200

      masih ada lagi sikit sikit... tapi tak teruklah..setakat bersin2 tu takpe... jangan naik kudis2 tu je

      Delete
  11. 39846816_10216632032133830_6333715445945729024_o

    Sedapnya sambal udang.. Dah lama tak buat sambal udang.. Alhamdulillah dah sembuh ye elerginya.. Tak tahu pula boleh ubat rupanya elergi ini.. TQ share mama yan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Snapshot_20240233_190200

      Tak sembuh sepenuhnya... masih gatal2 kalau makan sotong kering, udang kering, belacan... tp untuk seafood yang fresh, dahh boleh terima.

      Delete
  12. DP%252520Blog

    Favourite sambal udang ni. Letak petai sedap. tak letak petai pun sedap. Kena elakkan makan kalau allergik. bab allergik tu memang tak tahan kalau gatal gatal.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad