MY Masak Rendang Daging Senang - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, July 26, 2021

MY Masak Rendang Daging Senang

Semangat betul menghapdet blog dalam seminggu ni...
Berderet entry on schedule post.
Entah kenapa tiba tiba urat rajin terlebih timbul...
hahaha..
Rajin la sangat..
Sebenarnya ni tulis masa cuti sekolah seminggu tu..
So MY tak terkejar kejar dengan kelas kat whatsapp, google meet, whatsapp call, Homework anak dan lain lain lagi...
Jadi Mama Yan ada masa sendiri yang boleh digunakan untuk menulis blog dan memberikan sepatah dua kata kat blog kawan kawan...

Padahal masa anak anak ada kelas..
kemain berniat nak settlekan akaun dan submit income tax, submit auditor...
Tapi menulis blog pula...
bila nak settle hal kerja ni azian oiiiiii????

PDPR ni sememangnya satu bebanan yang sangat besar buat para ibu bapa..
kami terpaksa jadi masterjee untuk semua subjek yang wujud kat sekolah anak tu...
Syukurla yang sulung baru form 1..
Kalau dah form 4?
 buatnya anak ambik prinsip akaun ke... ambik kimia ke... ambik sastera ke...
aje tersiat otak MY nak belajar semua tu semula....
Kalau setakat Matematik Moden boleh la Mama Yan kayuh lagi...hihihi

Kali ni MY nak letak resepi rendang daging MY kat blog ni...
Buat panduan MY sendiri je...
Saja spam gambar banyak banyak..
Barulah nampak meriah sikit...


Bahan Bahan buat rendang daging 


1 kilogram daging lembu
30 tangkai cili kering - kisar
5 labu bawang merah - kisar
1 labu bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
5 batang serai - hiris dan kisar
2 inci lengkuas - kisar
1 sudu ketumbar - sangai dan tumbuk halus
1 sudu jintan manis - sangai dan tumbuk halus
1 sudu jintan putih - sangai dan tumbuk halus
santan dari 2 biji kelapa
kerisik dari setengah biji kelapa
2 ruas jari asam jawa (buat pes) 
garam dan gula sebagai penambah perisa
Minyak untuk menumis
Rempah tumis seperti kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang

Cara membuatnya :
1. Buang biji cili kering dan rendam dalam air panas sebelum di kisar. Kemudian kisar cili kering dan ketepikan.
2. Kisar bawang putih dan bawang merah.
3. Hiris serai. Kemudian kisar serai, halia dan lengkuas. 
4. Ketumbar, jintas manis dan jintan putih yang telah disangai, ditumbuk halus. 

5. Masukkan minyak masak ke dalam kuali. 

6. Masukkan rempah tumis kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga.

7. Masukkan bahan bahan yang telah dikisar ; bawang, bawang putih, halia, lengkuas, serai, dan jintan serta ketumbar.
8. Kacau sehingga air blender kering dan bahan kisar nampak masak.

9. Masukkan cili kering dan kacau sehingga cili benar benar masak. Minyak dah bergenang-genang atas bahan tumis tu. Pastikan minyak masaknya cuku ya. Kalau tak, cili tak masak nanti.

10. Masukkan daging dan gaul rata. Bila air daging tu dah keluar, masukkan pula santan. Mama Yan guna santan dari 2 biji tu dua kali perah aje tau. So memang agak pekat.

11. Tunggulah sampai santan mengering. Masa ni boleh taruk garam dan ajinomoto kalau suka. Nak letak daun kunyit pun boleh. Tapi hari tu, daun kunyit MY kepupusan dimakan beluncas. Insyaallah, apabila santan kering, ngam ngam daging empuk. Tapi ingat, bukan untuk ayam jaguh dan lembu tua tak bergigi. 

12. Bila daging dah mula empuk, masa ni dah boleh dah masukkan kerisik, asam jawan dan gula. Tapi kalau belum empuk, tambah la air lagi. Kerisik, dengan gula takleh masuk awal awal. Nanti hangit. Asam jawa takleh masuk sebelum daging empung, nanti daging lambat bertambah tambah lambat empuk. Entah la iye ke tidak petua orang-orang yang lebih tua ni. MY ikut aje.


Akhir sekali, rasalah rendang daging kita ni. Dah cukup rasa masin, manis, masamnya ke belum. 
Sampai nak habis bateri handphone menunggu rendang masak ye..
Mujurlah sempat gambar akhir...
Itupun gelap sikit la..sebab flash kamera dah tak hidup, tak cukup bateri.

Dah letak resepi kat blog ni,
Bila lain kali nak guna senang..
refer je kat blog sendiri..hihihi..
Sekian wassalam















 

10 comments:

  1. cara masak kita hampir sama MY sebab dana pakai rempah sama macam MY cuma kerisik tu kadang ada kadang takde heheheh...
    itulah pdpr ni memang mencabar, nasib la yang ajar AIyan papa nya, kalau la dana yang ajar mau menangis jelah budak tu, mamanya sejenis kurang sabar

    ReplyDelete
  2. Whoa.. nampak sedap... Ni memang rajin.. siap letak watermark kat gambar... saya memang malass la.. hahahahaah

    ReplyDelete
  3. Begitulah KakYan, kalau dah sibuk memang tak sempat nak update apatah lagi nak bagi sepatah dua kata kat blog orang lain. Ada masa kita update, ada masa diam. hihi.
    Sedap rendang daging. Senang cara masak KakYan :)

    ReplyDelete
  4. Sedapnya rendang daging MY.. bahan dan cara memasak pun tak adalah susah sangat..

    ReplyDelete
  5. selalu raya mmg masak rendang sbb husband peminat rendang tp kali ni x buat pulak sbb masak kambing hari tu.. hehehe... betul kan letak resepi kt blog spy diri sendiri senang nk refer nnt

    ReplyDelete
  6. sedapnyee..teringat rendang kita msk ritu kak yan..heheee

    ReplyDelete
  7. ada lg x? sy dah smpi kt pintu pagar ni��

    ReplyDelete
  8. wow sedapnya alahai boleh consider ni daging korban ada lagi

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad