Alchemy of Souls Review - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, August 24, 2022

Alchemy of Souls Review

Tajuk Drama : Alchemy of Souls
Pengarah: Park Joon-hwa
Penulis : Hong Jung-eun, Hong Mi-ran
Edaran : TVN
Jumlah Episod : 20
Tarikh Siaran : 18 June 2022 - 28 Ogos 2022
Genre : Fantasy
Bahasa : Korea

Pelakon :

Lee Jae-wook sebagai Jang Uk 
Jung So-Min sebagai Mu Deok
Minhyun sebagai Seo Yul
Yoo In Soo sebagai Park Dang-gu
Yu Jun Sang sebagai Park Jin
Jo Jae-Yun sebagai Jin Mu



Sebenarnya.. Suami MY je yang tengok drama ni mula mula. MY terteman suami tengok masa episod 17 dan 18.. lepas tu terus tunggu episod seterusnya minggu depan pulak. Dah episod hujung hujung baru tengok. Eh.. macam best pulak .

Kisahnya berkisar tentang ahli sihir di sebuah daerah bernama Daeho. Terdapat empat buah keluarga besar dalam ilmu sihir ni iaitu keluarga Jang, keluarga Seo, keluarga Park dan keluarga Jin. Kemudian ada seorang anak kepada pengkaji bintang yang bernama Naksu.

Biasa kalau bergambar, yang tengah tengah tu ketua.
haaa... kalau macam ni, yang tengah tu main hero.
Dua kiri kanan tu co hero.
Dari kiri : Park Dang Goo, Jang Uk & Seo Yul


Naksu ni, dia ingatkan, empat keluarga sihir ni yang bunuh family dia. Jadi dia berdendam dengan semua orang di daerah tu. Dia dibesarkan secara rahsia dalam hutan tebal oleh penjahat dalam cerita ni. Naksu juga diajar dengan ilmu pertahanan diri dan sihir.

Masa Naksu diserang dan diburu, dia tercedera. Kemudian dia berjaya pindahkan roh dia kepada orang lain. Dia cuba pindahkan pada perempuan yang dia temui, tapi, tak berjaya. Sebaliknya, roh dia masuk ke dalam tubuh seorang gadis buta yang bernama Mu-Deok. Mu-Deok kemudiannya dijual le rumah hiburan untuk menjadi gisaeng. GRO la kiranya kat zaman tu. Tubuh Mu-Deok terlalu lemah sehinggakan Naksu kehilangan kuasanya. Tetapi Mu Deok yang asalnya buta boleh melihat dengan kemasukan roh Naksu

Semasa di rumah hiburan tu, Mu-Deok bertemu dengan pewaris keluarga Jang iaitu Jang Uk. Jang Uk dapat melihat tanda pemindah roh dalam mata Mu Deok. Jadi, Jang Uk membeli Mu Deok dari rumah tersebut dan dijadikan orang suruhan.

Bapak Jang Uk ni, pernah buat pertukaran roh dengan maharaja, kemudian, maharaja meniduri ibu Jang Uk ni. Maharaja cakap, kalau dapat anak, anak tu anak baginda dan pewaris takhta. Tapi, tuan Jang ni tak setuju dan dia tak beritahu sesiapa pun pasal hal tu. Lahir sahaja, dia kunci tenaga Jang Uk dan tak izinkan sesiapapun buka kunci tenaga Jang Uk atau ajar ilmu sihir kepadanya. Tetapi dalam diam, Mu Deok mengajar Jang Uk ilmu berlawan dan ilmu sihir selepas kunci kunci tenaga Jang Uk dibuka oleh tuan Heo.

Tanpa sesiapa mengetahui, sebenarnya tubuh Mu Deok yang Naksu tumpang tu, ialah pewaris keluarga Jin. Mu Deok ialah anak sulung keluarga Jin yang telah hilang sejak kecil. Mu Deok dapat kembali kuasa sihirnya selepas dia digunakan untuk menguji batu ais, iaitu alat sihir yang jadi rebutan para ahli sihir.

Tak tahulah macam mana kesudahannya nanti sebab ada lagi 2 episod akan datang hujung minggu ni. Kalau nak tahu kesudahan, kena la tunggu sampai habis sirinya... Ada sesetengah orang anggap spoiler drama atau movie ni penyibuk. Terus rasa potong nak tengok kalau dah tahu kesudahan cerita. Tapi kalau tak nak tahu, buat apa baca plot? kan? Skrol aje laju laju. Orang macam Mama Yan yang suka buku dari belakang ke depan memang tak kisah spoiler ke...Spiller ke ... Tengok aje lah.. Drama je kot... lagipun MY lebih menghargai perjalanan cerita daripada kesudahannya.

Tonton cerita ni dah macam harry porter versi drama korea rasanya... tapi sihir korea takde pakai penyapu atau magic wand. Semua main kuasa air, angin, api...pusing pusing pakai tapak tangan aje...hehehe..

Ada jual kat shopee rupanya tongkat magik ni. Boleh la beli nanti... buat penunjuk ajar anak baca Iqra'.
tak dapat dapat baca, boleh piap sedas.. 


7 comments:

  1. best cita ni..terjebak jugak . x sabar nak tgk endinga weekend ni..

    ReplyDelete
  2. mula2 ingat cita anime fullmatel alchemist rupanya bukan hahahah

    ReplyDelete
  3. Aduh.. Nak kena tengok juga ini.. Sha pun sama macam MY.. Xkisah pun spoiler ini.. Baca je..

    ReplyDelete
  4. Adoi banyak nya drama best. hahaha. Big Mouth tu tak tengok lagi. Yang alchemy ni pun kawan2 dok kata best. Attorney woo pun tak sempat layan lagi haihhh.

    ReplyDelete
  5. baru tengok sampai episod 2, kelakar jugak cerita dia

    ReplyDelete
  6. Baru tengok episod 1 lepas tu tangguh sebab tak mampu nak fikir. Kena cari mood lebih sikit, hihi.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad