Kek Mentega

 Jumpa resepi kek mentega dalam majalah lama tuan rumah asal ni. So MY pun salin la resipi nya dalam blog. Dah lama salin, dah lama duduk dalam folder draft tu.. Tapi tak buat buat. Kali ni... Cuba jugak la resepi kek mentega yang nampak senang gila di resepi ni.

Malas nak buat sebelum ni bila tengok semua bahan bahan kena sukat pakai timbang. Kalau pakai cawan cawan kan senang sikit...Ni semua nak kena timbang timbang. Lepas tu, MY tak jumpa penimbang MY kat mana. Tu yang langsung tak buat kuih. Lepas dah terjumpa semula penimbang, dan dah beli oven, barulah rancak sikit nak membakar bakar kuih muih ni.


Resepi kek mentega 

Bahan bahan:


330 gram tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

160 gram mentega

200 gram gula 

70 gram telur

250ml susu 


Cara membuatnya


1. Putar telur, mentega dan gula sehingga kembang dan gebu.

2. Masukkan tepung, serbuk penaik dan putar lagi

3. Curahkan adunan ke dalam bekas dan bakar dalam ketuhar yang dipanaskan pada suhu 180 darjah Celcius. Bakar selama 30 minit.




Tapi tak berapa gebu pun ikut resepi majalah ni.

lembut tapi macam basah basah sikit,

kurang berongga.

Takpelah...Yang penting anak anak makan.


11 Comments

  1. Nmpk sedappp, ymmmyy
    butter kek
    susu 250ml, susu cair atau susu pekat ni?

    ReplyDelete
  2. Suka kek2 classic dulu2...cuma x pandai buat...hehehehe

    ReplyDelete
  3. dana suka jenis kek simple gini, tapi itulah belum sampai seru nya nk jadi rajin

    ReplyDelete
  4. Saya peminat nombor satu butter cake!

    ReplyDelete
  5. kak ana suka sangat Yan, makan panas-panas kek mentega ni :) sedapp

    ReplyDelete
  6. Yang penting habis dimakan mama yan.. :)

    ReplyDelete
  7. Bila baca entei kek mentega ni,sambil terbayang bau haruman kek mentega bila dh tgh bakar dalam oven ..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)