MY Movie Review : A Perfect Pairing

Tajuk : A Perfect Pairing

Pengarah : Stuart Mc Donald

Pengedar : Netflix

Tarikh Release : 19 Mei 2022

Durasi Filem : 101 Minit

Negara : United States

Bahasa : Inggeris

Genre : Komedi Romantik

Pelakon :

- Victoria Justice sebagai Lola Alvarez

- Adam Demos Sebagai Max Vaughn

- Samantha Tolj sebagai Hazel Vaughn 


Mengisahkan tentang eksekutif wine yang berhenti kerja kerana ideanya dicuri oleh rakan sekerja. Kemudian Lola Alvarez pergi ke Australia untuk bertemu dengan Hazel Vaughn untuk menjadi pengimport wine keluarga Vaughn.

Lola terdengar perbualan antara Hazel dan Max yang mereka memerlukan seorang pekerja. Lola lantas menawarkan diri . Banyak cabaran yang dihadapi oleh Lola tetapi ketua pekerja yang bernama Max sering memberikan tunjuk ajar. Sebenarnya Max ni adik kepada Hazel, merangkap rakan kongsi Hazel. Tetapi, dia lebih suka menternak biri biri dan memencilkan diri dari dunia korporat. Takde orang tahu pun tentang diri dia yang sebenarnya. 

Max dan Lola akhirnya jatuh cinta. Max berterus terang tentang siapa dirinya yang sebenar. Tapi Lola rasa tertipu dan ex bos Lola datang menawarkan kontrak pengimport kepada Hazel. Lola kembali ke LA dan meneruskan perniagaan kecilnya.


Komedi romantik yang tak la best sangat dan tak la bosan sangat. Cuma rasa... diorang ni dengan wine.. Mak aihhh... mace ore kelate denge budu agaknya. eh..kalah la rasanya... Sanggup habiskan duit untuk beli wine mahal mahal... nak raikan kegembiraan pun dengan wine... melayan kekecewaan pun dengan wine... Kalau satu keluarga tu ada memiliki ladang anggur dan anggur tu dibuat wine, kira memang kayalah keluarga tu. Nak nak kalau dah diperam dari zaman tok nenek diorang lagi...

Dalam filem ni juga ada memaparkan golongan yang dimurkai di mana rakan 'jikaroo' Lola tu... adalah seorang perempuan yang beristeri. Siap isterinya hamil lagi. Eh bangcat nauu... perempuan dengan perempuan kot... mana datang benih untuk disenyawakan. Kadang kadang inilah punca malas nak tengok filem ongputih ni. Tak lepas dengan golongan pindah jate tino ni. Ni salah tulis je ni kang..terus keno sound dek gugel. Melanggar pribasi.

Sebab MY dah tertengok, kalau korang terbuka Netflix, takyah tengok pun takpe kot.hihi... tiada sebarang kerugian di situ...hihihi

5 Comments

  1. macam comel je cite ni.. boleh la layan pasni

    ReplyDelete
  2. jalan cerita menarik tp tak sesuai u ntuk tontonan budak kecik lah tu ek MY kalau ada pasal lgbt nih

    ReplyDelete
  3. Okay.. Cancel tengok.. kikiki.. Memang terlalu fokus diorang hal yang satu tu.. semua cerita nak dibubuhnya.. Pening menengok..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)