Happy birthday Moq

Hari ni hari jadi Moq yang ke 13. Takde hadiah apa apa... Cuma belikan kek Bakers Cottage dan pizza aje. 


Rasa macam baru je naik ambulan dari Hospital Kulai ke Hospital Sultanah Aminah. Masa MY nak bersalinkan Moq dulu, MY pergi ke hospital Kulai sebab taknak bersalin di Hospital Sultanah Aminah yang wardnya crowded, panas dan kotor tu. Tengah sakit sakit tu, tiba tiba doktor kata jantung bayi dah tak stabil. Terus sahaja MY disorongkan ke dalam ambulan. Kelam kabut la suami MY mengejar ambulan yang laju gila tu. 

Sampai aje di HSA, pindah dari stretcher ke katil di labour room, terus aje keluar kepala baby, teran lagi sekali, alhamdulillah... urusan bersalinkan Moq berjalan lancar. Ayah dia sampai, semua dah selesai. baby dah siap bersih bersih dan mamanya dah siap jahit dah. Kecewa betul sebab terpaksa juga bersalin di HSA. Maklumla masa tu tak mampu nak masuk first class. Mampu duduk wad kelas 3 je...

Alhamdulillah..Moq sihat waalfiat dari baby sampai sekarang. Jarang demam atau sakit walaupun lahir di hospital kerajaan, wad kelas 3. Sama aje semuanya lahir kat mana mana. Yang berbeza hanyalah kemudahan dan layanan kepada si ibu. Dan ianya pastilah memberi kesan emosi kepada si ibu.

Tulisan budak kat Bakers Cottage ni memang masalah ... hahaha...
Dia tanya nak tulis happy birthday tak?
"Tak payah dik..."
Tulis 3 ke 4 huruf aje dah huduh gitu...
Kalau panjang2... hilang selera terus dik

Moq dah siap pesan dah .... 
Jangan letak gambar dia yang ni kat facebook atau IG mama...
Ok...mama tak letak di FB dan IG..
Tapi mama letak di blog..hihihi

Selamat hari ulangtahun kelahiran Moq..
Semoga menjadi anak yang soleh dan berakhlak mulia...
Dan menjadi insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara... aminnn


4 Comments

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)