Oven Chestar 60 Liter

adunan kek pisangnya dah siap,
Oven Noxxa dah siap panaskan
dah masukkan kat dalam acuan,
sekali tak boleh start bila nak pilih program bake.
Boleh preheat aje.
Perghh... menyirap..
Dah la mahal beribu.. kecik cinonet.. sensitif la pula..
tak tahu apa yang tak kena...

Malas nak fikira panjang panjang..
Start enjin kereta,
Terus pergi kedai elektrik cari oven baru.

Kat pekan kecik ni..
ada sebiji dua je kedai elektrik.
Tak banyak pilihan oven yang ada,
Jadi MY pilih aje la yang ni
Jenama Chester dengan kapasiti 60 Liter.
Harganya RM485

Oven biasa je la...
Ada api atas bawah..
tombol pelaras kepanasan atas bawah dia berbeza.
1 tombol atas untuk suhu atas,
tombol bawah untuk api bawah.
Ada juga kipas.
Lampu dia sentiasa menyala ya sepanjang proses pembakaran dijalankan.

alhamdulillah..
walaupun kali pertama menggunakannya..
Kek Pisang Mama Yan tetap berkembang mekar.
Entah macam mana nak buat supaya dia tak merekah kat tengah gitu.

Ni kali pertama guna oven ni.
Kalau pakai kipas...
Kek jadi lebih kering dan cepat masak.
Kalau tak guna kipas,
Nampak moist sikit.
Mama Yan buat lebih sikit untuk bawa balik kampung.
Pisang kat rumah ni dah banyak yang masak ranum.

Petangnya tu,
Mama Yan pergi kedai kek OBL nak beli Tin kek aluminium pakai buang tu.
Sekali, Kat OBL pun ada jual oven
Jenama The Baker, kapasiti 60 liter dengan harga RM399...
huhuhu..
Kenapalah tak teringatkan kedai OBL ni...
Kalau tak, jimat RM85 hahaha...
Tu namanya memang jodoh MY dengan Chestar, bukan dengan The Baker...


 

3 Comments

  1. dah lama ke pakai oven noxxa tu,, ingat dulu mcm wishlist jugak nak beli.

    ReplyDelete
  2. ah.. sedapnya kek pisang.. tak berjodoh di kedai kedua ye my..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)