Sepetang di Melaka

Hari Jumaat minggu lepas, MY dan keluarga pergi hantar tender di KL.
Bawa sekali mak mentua MY.
Balik dari KL, kami nak singgah Melaka.
Mak mentua MY dah lama sangat teringin nak naik beca kat Melaka.
Selalu sangat keluar di TV katanya, ingin juga naik beca macam dalam TV tu.
Sorang anak MY yang nombor dua tu taknak ikut.
Nak tinggal je kat rumah atoknya.
Dia memang jenis tak suka berjalan,
tak suka crowded,
tak suka berpeluh,
tak suka berpanas,
tak suka bergambar,
tak suka naik kereta enjin Diesel.
Pening melayan.

Lepas selesai hantar tender, terus patah balik.
menuju ke Melaka.
tapi jalan ya ampun.. 
jem melekat sebab ada lori terbalik.
Sampai Melaka dah dekat pukul 2 petang.
Singgah AEON untuk solat dan beli baju Sarah dan Mijan.
Entah macam mana bag Sara dan Mijan boleh tertinggal di rumah.
jadinya lepas mandi kat rumah mil pagi tu,
Diorang berdua pakai semula baju yang sama..
Kesiannn...
Beli la baju dan seluar baru kat AEON dan salin terus.

kami pun terus la makan di Old Town White Coffee AEON tu sebab itulah tempat makan paling senang.
Duduk, orang ambil order.
Malas nak pergi tempat yang kena beratur dan self services.
Suami dah penat sangat memandu dalam traffic jammed

Sekarang semua order pakai menu digital aje dah..
Dah takde buku menu lagi dah.
Nasib baik bawa tab,
besar sikit nak tengok menu dan order

Lepas selesai makan,
Kami terus bergerak ke Taman Rempah untuk naik Melaka River Cruise.
Alhamdulillah..
Jalan dalam bandar Melaka tak sesak.
mungkin waktu orang kerja kot.
kalau naik waktu malam lagi best agaknya.
Meriah dengan lampu lampu.
Takpela.. macam ni pun dah cukup teruja.

Lepas turun dari river cruise,
Terus menuju ke kedai souvenir.
Beli key chain la..
dompet la,
pedang mainan la,
entah apa lagi lah budak budak ni nak..
Layan je la..
Bukan selalu pun kami berjalan.

Next station adalah bandar Melaka,
Nak naikkan mak beca.
MY pun google la kat mana nak naik beca kat Melaka.
Hahaha..
Orang lain dah hafal jalan kat Melaka,
kami terhegeh hegeh cari tempat.
Hihihi...
Google map "bandar hilir melaka"
Alhamdulillah..
Sampai pun kami tempat banyak beca berhias.

hello Kitty
Terus Sarah tarik tangan atoknya ke beca Hello Kitty..
Yelah...
Naikla...
Bukan main senyum girang lagi naik beca hello kitty berdua bercucu tu.

Abang, Aril dengan Ucid naik satu beca..
Beca Squid Game

My Little Pony
Belanja la sekeping gambar suami tanpa emoji,
Dah mengalahkan baby Bilal pulak nak tutup tutup muka.
Mama dengan ayah dengan Mijan naik satu beca.
Yang kecik kat tengah tu mogok.
dia nak naik yang squid game tu,
Tak nak naik yang Little Pony.
Aduh dikkk..
Kita ni berkejar dengan masa.
Belasah la apa apa beca pun.
Janji terdaya beca tu nak bawa mama awak ni

Dia tak puas hati..
Turun dari beca Little Pony lepas habis round,
Terus dia panjat beca Squid Game tu.
Brader beca tu pun bawak dia pusing sampai kat depan menara Taming Sari tu sebab kami pun memang nak naik menara pula.

Ni masa kat dalam menara Taming sari.
Ni kali kedua la MY naik menara ni.
Kali pertama tahun 2015.
Tapi masa tu Sara dengan Ucid tak ikut sebab baby lagi.
Mak mentua MY dok diam aje tersandar...
gayat sikit.

Pemandangan sunset dari atas menara

Budak budak ni tak perasaan gayat pun.
Saja je..

Turun dari menara..
Mak mentua MY dah longlai kakinya..
Nak kena pimpin dah time berjalan..
hahaha...
Dekat pintu keluar menara Taming Sari tu ada pula kedai coklat,
Punggahhh..
Budak budak ni mana boleh nampak coklat.
entah apa jenis coklat yang dibelinya.
Siap belikan Abang Moq coklat sebagai buah tangan sebab Abang Moq tak ikut.

Cukuplah aktiviti untuk satu petang kami..
Bermula dengan shopping baju di AEON, makan di Old Town White Coffee, menyusuri Sungai Melaka dengan cruise, naik beca dan naik menara Taming Sari.
lepas tu teruslah bergerak pulang melalui Jasin -Tangkak - Sagil - Segamat.
Kalau ada kesempatan, ruang dan peluang,
berjalan lah melihat tempat orang masa muda dan kuat.
Cipta kenangan dengan anak anak.
Kalau mak bapak kita takde peluang untuk bawa kita,
Kita cari peluang untuk bawa mak ayah kita berjalan.
Bukannya pergi diam diam,
alih alih upload gambar di Facebook.






6 Comments

  1. Mesti seronok atuk jalan2 naik beca. Kita pernah sekali la naik beca kat Melaka ni masa Iman sekolah rendah. Menara TS dan cruise tak pernah naik. Kalau ke Melaka, makan aje kerjanya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah…dapat jugak tunaikan hajat MIL Yan.
    Sekarang ni Mak dan MIL akak dua-dua dah tak berapa sihat nak bawak jenjalan.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Seronok dapat naik beca..

    ReplyDelete
  4. gi kedai mamak pun dah kena order sendiri pakai QR code...dah advance semua..msalahnya bila order pakai fon dah le kecik...pastu nak tanya sorang2 nak makan apa nak minum apa...

    ReplyDelete
  5. Lama tak ke Melaka.. sesekali dapat ronda Melaka bawa anak-anak seronok kann..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. seronoknya dapat memenuhi keinginan MIL MY..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)