Kotex Liners Value Packs

Untuk jaga kerbersihan,
kita disarankan menggunakan panty liner ya...
Kiranya nak solat,
buangkan panty liner yang dah tercemar,
cuci kemaluan,
pakai panty liner yang baru.
Lainlah anda surirumah yang banyak masa berpoya poya di rumah,
boleh la mandi dan tukar seluar dalam bagai sebelum solat.

Hari tu pergi Watson,
Nampak la Kotex Liners Herbal Cool ni dalam bentuk Value Packs..
Apalagi..
Beli terus.
Dalam Value Packs ni ada tiga bungkus x 26 keping liners serta percuma 1 unit cooling gel eye mask.
orang perempuan pantang nampak perkataan FREE.




Asal nampak PERCUMA je..
laju je nak membeli..
Harga RM 15.80.


Kotex Herbal Cool ni best tau..
Walaupun liners ni yang regular,
Tapi dia agak tebal dan tak mudah hancur walaupun lasak.
Melekat dengan baik pada panty...
dan menyerap lembapan dengan baik juga.
Kali pertama pakai memang rasa pelik sebab dia ada effect menthol.
Terasa berangin aje...hahaha..

Ada dua ukuran bagi panty liners Kotex ni..
Satu regular,
Satu lagi Longer & Wider...
Harga sama..
Tapi yang L&W tu dalam 1 paket bungkusan ada 24 keping liners,
Yang regular ada 26 keping.


Comel tak?
Mestilah tak...
bukannya cermin mata bergaya...
Eye gel Mask tu..
Masukkan dalam peti sekejap..
Lepas tu...
Pakai kat mata..
huhai...segarrrr..
Dah tak payah curi curi pakai timun kat dapur dah..
Timun tu potong potong cicah sambal buat ulam aje sudah.
Nak segarkan mata,
Pakai je eye mask percuma ni.
Dahhh..
Boleh singgah Watson hari ini...






 

11 Comments

  1. suka pakai yg mentol ni..hehe..ada free gift, menariks..nak gi cari la..

    ReplyDelete
  2. Setuju tu orang pompuan memang mudah tergoda dengan perkataan free. Nak beli jugaklah nanti value pack liners Kotek ni. Dulu Mrs. A memang guna liners Kotek lepas tu dah tukar ke liners Libress tapi ntahlah macam dah tak suka pulak liners libress ni nak kembali kepada liners Kotek semula huhuhu...

    ReplyDelete
  3. Bab free tu betul.. cerah terus mata kalau nampak perkataan free. Kadang tak de dalam list pun PC beli juga gara gara ada yang free.

    ReplyDelete
  4. Bab free tu betul.. cerah terus mata kalau nampak perkataan free. Kadang tak de dalam list pun PC beli juga gara gara ada yang free.

    ReplyDelete
  5. Rasa teringin juga nak beli gel mata tu lepas tengok pos ni hehe

    ReplyDelete
  6. Kita pun ada satu eye mask ni... best hehehe. pakai bagi lega mata. Yang herbal cool ni, cooming soon nak kena beli ni.

    ReplyDelete
  7. Kita pun ada satu eye mask ni... best hehehe. pakai bagi lega mata. Yang herbal cool ni, cooming soon nak kena beli ni.

    ReplyDelete
  8. finally baru dapat komen..nak eye mask tu..comel sangat la

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)