Resipi Daging Masak Pedas

Mama Yan memang malas sikit nak masak daging sebab ambil masa yang lama...
Tapi makan suka aje... Hehehe...
Padahal kat rumah ada aje periuk tekanan Noxxa tu, 
Tak lama pun kalau guna periuk tekanan tu.
Tapi kan.. sebab utamanya tu..
Malas...hahaha...

Ni ada daging korban sikit...
So kita masak la daging.
Ikutkan hati malas nak bawa balik daging korban ni...
Tapi mak mentua suruh bawa balik juga...


Resipi Daging Masak Pedas


Bahan bahan :
300 gram daging (secekak tapak tangan)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
sebatang serai
sehelai daun limau purut
2 senduk kecil cili kisar
garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos tomato
minyak untuk menumis

Cara cara memasak daging:

1. Rebus daging sehingga empuk. 
2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, daun limau purut dan serai sehingga layu.
3. Masukkan cili kering yang telah dikisar. Masak sehingga pecah minyak dan cili kering benar benar masak.
4. Masukkan daging dan sedikit air rebusan daging
5. Perasakan dengan garam, gula dan sos tomato.
6. Masak sehingga kuah pekat.
7. Tutup dan sedia dihidangkan.

Halia habis... 
Tak kuasa nak berkayuh ke kedai membeli halia.
Petik daun limau purut dan congkeh sebatang serai tepi laman rumah sudah.
masak daging atau ayam kalau tak letak halia rasa pelik sikit..
Macam ada bau hanyir sikit.

Mama Yan guna senduk kecik camtu untuk cedok cili kisar. Bukan senduk saiz masak gulai kawah tau.

Wahh... berladung ladung minyaknya...
Nampak mewah kan...
Makanan berminyak jadi makanan orang kaya sekarang.
maklumlah.. minyak kan dah mahal...hahaha



 

8 Comments

  1. Yang berladung minyak la sedap, masakan orang kaya ek, hahaha.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya lauk daging tapi kita dah muak daging plak..kalau buat macam ni ganti ayam pun sedap kan...hehehe

    ReplyDelete
  3. Ya Allah baca perenggan pertama je terasa sedebuk atas dahi... Buka fridge nampak daging korban tapi itulah...hahaha

    ReplyDelete
  4. Pandai MY eja 'resipi'
    Ramai orang eja salah

    ReplyDelete
  5. aucak sedapnya lagilah ada daun limau purut tu, harum

    ReplyDelete
  6. Wah sedapnya.. Tak pernah lg masak macam ni..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)