Sambal Tumis Kerang - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, August 23, 2022

Sambal Tumis Kerang


Dah takde niche dah blog MY ni. Awal awal dulu banyak cerita pasal kerja, site, pengiraan kuantiti projek, harga,... sekarang... dah banyak cerita masak je. Yela.. berapa ramai influencer dan blogger masak masak kaya raya... MY pun nak jadi kaya juga...hahaha.,,, tapi malanglah.. tak reti edit video, tak rajin rakam video, tak pandai bercakap cakap untuk dirakam,. Nak hantar voice note kat whatsapp pun janggal bunyinya...hahaha. Tulis aje lahhh



Resipi Sambal Tumis Kerang


1 kilo kerang dengan kulit
1 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
Sejemput ikan bilis - kisar
4 sudu besar cili kisar
Garam
gula
1 keping asam keping


Cara - cara:

Celur kerang untuk memudahkan proses mengopek kerang.. Selalu MY masukkan dalam periuk tanpa air, kemudian tutup periuk tu. masak dalam 7 ke 8 minit gitu. tutup api, sejukkan. boleh kopek pastu. Tak letak air. Kesian bibik, terkopek kopek kuku dia sebab dia tak reti kopek kerang. Kemudian ketepikan seketika isi kerang.

Panaskan minyak dan tumis bawang, bawang putih, halia, ikan bilis yang telah dikisar. MY letak ikan bilis sikit untuk tambah perisa dan lemak pada sambal tu. 

Masukkan juga cili kisar. Kalau nak pedas lagi tambah lagi cili kisarnya.
Tapi tu la... cili kering ni ada jenis jenis nya.. Ada yang pedas..ada yang kurang pedas.. ada yang super pedas. 

Kita koseng koseng la sampai terbit minyak di permukaan tumisan tu. Minyak kena cukup tau. Kalau tak... tak masak cili kisar tu nanti.

Lepas tu boleh lah masukkan sekali penambah perisa. Garam, gula, asam keping dan ajinomoto kalau suka. kacau kacau kacau....

Masukkan pula kerang yang telah dikopek tadi... kacau kacau sebati...
Dah siap...
Kerang jangan di masak lama lama sangat. 
Nanti kecut. 

Kalau nak letak bawang besar hiris hiris kasar pun boleh juga. Tapi Mama Yan bukan makan bawang pun... jadi tak letak.

Dahulu... Tak pernah pun masak kerang sambal lah..rendang la...begitulah.. beginilah..
Kat rumah MY dulu..abah rebus aje.. taruk serai sebatang. Kemudian airnya dibuang. Lepas tu..makan la gitu aje...cicah kicap dengan cili potong buat lauk makan nasi. Sekarang dunia masakan dah takde sempadan, boleh tengok satu dunia punya cara masakan. Budaya berbeza, cara masakan pun berbeza. Dah boleh bertukar tukar resipi dan gaya pemakanan.

Jaman dulu.. tak dulu sangat la... masa baru baru kahwin dulu... 
Harga 1 kilogram kerang sekitar RM 4.
Sekarang, sekilo kerang harganya RM12. 
Tempat lain MY tak tahulah...
Tapi ni beli di pasar tepi Sungai Bakek, Pontian.

Mama Yan masak sambal kerang ni buat sarapan untuk dimakan dengan nasi lemak hari Jumaat lepas. Anak anak tak makan sambal, diorang makan lauk telur rebus dan nugget. MY tak lalu nak sua nasi lemak kosong. Dah nama nasik lemak, wajib la nak sambal nya kan. 


6 comments:

  1. Sambal kerang....dapat ni..buat nasi lemak...perghhh...sedapnyaaa...lama x makan kerang sebab harganya kan...pas tu kalau beli kat kedai biasa sure dah busuk...kena pi beli kat pasar besar..

    ReplyDelete
  2. hahahah sama lah MY nak buat tiktok share resepi tapi tak rajin lak nk buat voice over tu, udahnya share dekat blog ajelah yang retinya. Sedapnya nengok sambal kerang MY ni, si Aiyan suka nasi lemak tapi dia suka sambal pedas sikit takpe janji jangan pedas sangat.

    ReplyDelete
  3. Allah.. Lamanya xmakan sambal kerang.. Sedap ini kalau kawankan dengan nasi lemak.. Pergh!!

    ReplyDelete
  4. Sambal kerang makan dengan nasi lemak ..fuhhh,sedap

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad