Mak MY ada temujanji klinik Mata di Hospital Kuala Lipis pada Khamis 3 September,
Jadinya hari Rabu petang tu,
Kami bertolak dari Johor kira-kira pukul 3 petang.
Sampai Raub sekitar pukul 11 malam.
Jammed sebab ada kemalangan kat highway,
Tak ingat dah kat area mana.
Lepas tu jammed juga di highway dari Senawang sampai la ke Nilai.
Ketika dalam perjalanan,
Kami berhenti merehatkan enjin kereta dan menunaikan kewajipan di Hentian Sebelah Tangkak.
Bagi MY,
Kuih pau ni jadi sedap dimakan ketika dalam perjalanan.
Kalau hari biasa,
Mama Yan tak heran pun dengan kuih pau ni.
Ni MY beli pau inti kaya,
Sebab tu je yang ada.
Sambil duduk makan pau kaya,
MY tengok je gelagat anak anak bergurau dengan ayahnya.
Entah kenapa hari tu,
Semuanya pakai pakaian warna gelap.
Dah macam kumpulan Gagak Hitam dah.
Kami singgah makan di Restoran mamak di Taman Melati, hadapan KL East Mall.
Q Bistro kut nama dia.
Memang kami sekeluarga akan singgah makan di kawasan tu selalunya kalau dalam perjalanan
Malas nak cari cari tempat makan.
Kat situ je senang sebab sebelah jalan besar.
Kami bertolak ke Hospital Kuala Lipis pada pukul 7.30 pagi esoknya.
Temujanji mak pukul 9 pagi.
Tapi kami tak tahu nak agak pukul berapa patut keluar.
Belasah je keluar awal.
Tak sarapan pun.
Selesaikan urusan mak dulu,
Baru fikir bab makan.
Perjalanan kami ditemani kabus tebal.
Sekali suami buka tingkap,
Angin sejuk menerpa masuk.
Lagi sejuk dari air cond dalam kereta kami.. hahaha
Kesian mak,
Mata kiri mak langsung tak nampak apa apa dah.
Doktor kata katarak tebal dan belakang mata ada darah.
Ini disebabkan oleh penyakit kencing manis mak.
Keadaan ini dipanggil retinopati diabetik.
Lepas letak ubat mata,
Mata mak jadi sangat silau,
Tu yang tutup mata macam tu.
Lepas selesai urusan mak du klinik mata,
Kami pun pergi sarapan.
Sampai ke Raub,
Terus pergi ke Pasaraya Pantai Timur untuk shopping barang dapur dan keperluan.
Suami singgah beli makanan untuk nakan tengah hari dan terus gerak balik.
Lepas makan tengah hari di rumah,
Kami pun bersiap siap nak gerak balik ke Johor semula.
Maklumlah cuti sekolah seminggu aje.
Tapi macam-macam benda nak kena buat.
Next TCA adalah pada 19/10/2026.
Kali ni kenalah adik Mama Yan pula turun padang.
Kalau bukan cuti sekolah,
Memang susah sikit MY nak hantarkan mak temujanji.
Kami bertolak balik pukul 3 petang dari Raub.
Alhamdulillah perjalanan kami agak lancar.
Sangkut jammed sikitla di lebuhraya dari Nilai hingga Senawang.
Sebab dah tak larat,
Kami berhenti rehat kejap.
Suami MY suapkan semua anak anaknya kacang kuda sebab dia dah kenyang.
Kali ni kami berhenti di Hentian Sebelah Senawang pula.
Seronok anak anak membeli makanan dari food trucks.
Mama Yan masih lagi memilih pau untuk alas perut.
Kali ni pau kacang pula.
Kami keluar dari highway dan masuk ke persimpangan Tangkak,
Suami ajak singgah rumah mak dia di Segamat.
Okay.. jom kita jengah mak mentua pula.
Tido satu malam je di rumah mak Segamat.
Jadilah..
Masa amat mencemburui kita.
Kejap ke sana..
Kejap ke sini..
Masa banyak habis atas jalan aje.
Merata-rata jammed.
Okaylah see you next entry
Sekian, Wassalam.
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
Semoga mak MY sihat ye...arwah mak SA dulu gitu la..x nampak dua2 mata sampai kena operate buang katarak..ssmua sebab kencing manis...SA kalau cuti2 sekolah ni rela duduk rumah..x larat hadap jammed..dh habis semua orang balik dari bercuti baru SA plak pi bercuti...
ReplyDeletePenuh jadual MY sekeluarga. Alhamdulillah dapat berjumpa emaknya dan emak mertuanya. Semoga kedua-duanya molek kesihatannya. KSarie kalau singgah di RR ke hentian rehat ke memang suka beli pau kacang. Tak tau kenapa pau di RR rasa extra sedap😅
ReplyDeleteKami pun suka beli pau kt RNR kan dapat yang panas kan, suka beli yang ayam kalau aiyan biasa coklat kadang kacang merah pun layan gak. Moga mata mak MY boleh pulih dan dipermudahkan semuanya, kira tu kene buat operate buang katarak ke camne My?
ReplyDeleteAlhamdulillah urusan pemeriksaan mata mak dipermudahkan. Bab jaga ibu bapa ni memang perjalanan yang penuh kasih dan sabar. Semoga mak sentiasa diberikan kesihatan yang baik 🤲
ReplyDeleteUish...boleh tahan lama perjalanan...Jenuh jugak tu...
ReplyDeleteKita sama hanya suka pau kalau dalam eprjalanan..Semoga mak dimudahkan urusan pemeriksaan mT
Fuhh jauh perjalanan KakYan ni. Cuti sekolah ni sana sini jem. Syukurlah dapat balik kejap hantar mak pergi appointment. Semoga keadaan mata KakYan baik-baik je.
ReplyDeleteDapat juga singgah ke kampung husband juga. Perjalanan jauh yang agak penat tapi seronoklah dapat ziarah kedua-dua kampung.
Rasa macam lama tak makan pau. Best makan pau panas-panas di RNR tu kan. Sekarang pun harga dah naik.
Semoga mata mak dpt dipulihkan sket...
ReplyDeletepau kacang merah fav..alhamdulillah dipermudahkan urusan pemeriksaan mata mak
ReplyDelete