Lawatan Anak-anak PPKI ke The Shore Oceanarium Melaka - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, September 19, 2026

Lawatan Anak-anak PPKI ke The Shore Oceanarium Melaka

Selepas selesai makan tengah hari,
kami pun bertolak ke destinasi kedua kami iaitu The Shore Oceanarium yang terletak di tingkat dua shopping Mall The Shore

Konsep tempat ni macam Aquaria KLCC la,
Tapi kat KLCC tu besar,
Oceanarium ni kecil aja,
ikan-ikan ni pun semua saiz sederhana aja,
tapi okeylah menarik juga untuk anak-anak.
Harga tiket RM 40 untuk dewasa kalau tak silap.


Kami diberi cermin mata 3d untuk menonton filem animasi 3d, 
Sekejap aje tayangannya,
Menjerit-jerit anak anak seronok.
Bukan sahaja video tu nampak real dengan penggunaan cermin mata 3-D,
 tetapi kerusi di dalam panggung wayang itu pun bergerak-gerak dan bergetar getar mengikut mengikut video animasi yang ditayangkan,
Nampak tak wajah teruja adik Mijan menonton animasi 3D tu?


bayangkan Megi udang karang...

Berkepit aje macam belangkas.
Tu lah dia contoh berkepit macam belangkas.
kita dibenarkan menyentuh belangkas ni.
boleh nak pegang-pegang tapi sia tak benarkan kita bawa keluar dari aquarium,
Ada ikan yu dan tapak sulaiman juga untuk disentuh.

Kalau ada banyak masa,
Kenalah berhenti setiap satu station dan baca setiap penerangan,
Tengok dan hayati hidupan dalam akuarium tu,
barulah best dan berbaloi.
Tapi sebab kita ni ikut rombongan,
tak sesuai nak berlama lama,
Kena ikut flow, nanti tertinggal pula.


Replika macam ni memang menarik minat anak anak nak bergambar


Dalam banyak banyak benda di kedai cenderamata,
dia boleh nak beli sotong warna pink.

 
Ni je la kut gambar solo MY sepanjang di Melaka hari tu.
Mijan yang ambilkan gambar.
Mama Yan pakai tshirt dan jeans aje.
Selesa.

Next destinasi bersambung dalam entry seterusnya.
Sekian, wassalam







6 comments:

  1. Mesti seronok kan nampak macam real dengan spek 3d tu. Comel apa sotong yang Mijan pilih tu. Oklah tu nampak macam murid-murid juga bila MY pakai macam tu heheheh.

    ReplyDelete
  2. Menarik, orang tua pun suka, tengok ikan dan hidupan laut.

    ReplyDelete
  3. Saya lebih suka Ocenarium ni daripada Aquaria walaupun ikan sini tak sebesar Aquaria. Seronok dapat tengok yang 3D tu kan.
    Hihi..sotong pink jugak jadi pilihan dak Mijan ye. Pandai Mijan ambil gambar MamaYan.

    ReplyDelete
  4. Comel la sotong warna pink tu. Gebu pula tuh. Acik setuju dengan pilihan Mijan. Tetiba ye😅Pandai Mijan ambil gambar MY. Ocenarium ini memang tempat kesukaan budak-budak la kan

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad