Dulu-dulu masa duduk Skudai,
MY beli barang basah di Pasar Awam Taman Universiti,
Dan beli barang kering di Jusco Taman U.
Sekarang, MY membeli di Maslee Express atau Econsave aje.
Dah jarang pergi AEON.
Dah jadi orang pekan kecik sekarang ni.
Anak anak pula,
Zaman abang dengan Mok kecik dulu,
Diorang berdua sangat memilih makanan.
Susah betul nak suruh cuba benda baru.
Tapi sejak Aril dan Ucid membesar,
Adik adiknya memang suka explore benda baru termasuk mencuba makanan baru.
Barulah ada kemeriahan dan pelbagai hidangan.
Abang dengan Moq dulu,
Hari hari sup dan telur aje.
Takpun ayam goreng.
Hari tu MY bawa Aril pergi shopping barang dapur,
Dia kata nak makan cendawan shiitake,
Okay jom mama belikan.
Lepas tu,
Mama Yan sendiri tak tahu macam mana nak masak cendawan shiitake ni.
belasah aje lah.
Resipi Tumis Kacang Bendi dan Cendawan Shiitake Campur Sotong
Bahan-bahan:
4 ekor sotong saiz sederhana
Secekak kacang buncis
6 kaki cendawan shitake
1 tangkai cili hijau
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
3 sudu sos tiram
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa
sedikit air
Cara-cara membuatnya:
Bersihkan sotong dan potong mengikut saiz yang disukai.
Potong kacang buncis memanjang dan cendawan shitake dihiris.
Hiris bawang, bawang putih dan cili.
Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan bawang, bawang putih dan cili sehingga layu.
Masukkan sotong.
Gaul rata sehingga air sotong keluar.
Masukkan pula kacang dan cendawan tiram.
selepas itu,
masukkan sos tiram dan garam.
kacau dalam kuali sehingga sayur masak sesuai selera.
Tak perlu masak lama lama sangat,
nanti sotongnya liat macam tiub tayar basikal, dan sayurnya pulak lembik.
Sedap juga masak cendawan ni.
memang tak pernah masak cendawan shitake ni.
selalunya MY guna cendawan tiram aje.
Kira lepas ni boleh la masak lagi.
Cuma, agak mahal kalau nak banding dengan sayuran biasa macam kobis kangkung tu.
Lepas ni nak try menu lain pulak..
Bye.. wassalam

Shitake kenyal² sikit, buat sayur campur mmg sedap. Satu lagi MY boleh try enoki goreng tepung. Si bongsu PH tak makan sayur tapi enoki goreng tepung dia suka.
ReplyDeleteKak SA suka masukkan cendawan shiitake dalam masakan MY...kalau buat telur dadar hiris nipis campur sekali pun sedap..cuba lah nanti...
ReplyDeleteSaya pun tak pernah masak cendawan shiitake ni. Biasa guna cendawan tiram juga. Kena cuba gaklah kot kan rasa macam mana. Shiitake ni kalau tak silap bau dia kuat sikit yang segar ni berbanding yang kering tu. Kalau yang kering tu pernah guna dalam masakan sayur juga. Pun sedap.
ReplyDeleteanak ammi takat ni makan je semua nak-nak si Khilfi. Yang dia tak makan tauhu lembik je. Kalau kyra yang dia tak makan sayur lembik mcm terung, bendi tu. yg no. 3 semua dia layan
ReplyDeleteAlamakk kita mmg x suka cendawan ni haha... tp kalau kat rumah ni, bdk² suka goreng je ngan tepung shiitake ni
ReplyDelete