Tuesday, July 23, 2019

Things a husband should never say to his wife


1. I'm tired

Eh...ye ke ?
Apasal kalau suami Mama Yan cakap dia penat Mama Yan ok je..takde la terasa apa apa...
Sebab memang tahu kerja dia memang memenatkan.

Yer...memang la suami Mama Yan bukannya kerja angkat batu bata, bancuh konkrit, junjung simen semua tu....
Tapi penatnya kat otak...
Bila otak penat, badan pun jadi lesu sama...

Kalau suami tak bagitahu isteri sendiri...tentang penat lelahnya...
Takkan nak bagitahu sepupu orang gaji jiran sebelah rumah pulak...
Kena la bagitahu isteri sendiri...
Tapi bagitahu pun...bukan bentak-bentak...
"Yu tau tak ai penat ni? Ai penat tau...ai penat"
Haa...kalau macam ni...bukan penat je...tenat dah...
Berbual dan berkomunikasilah secara santai...

Lepas tu...kalau isteri pulak mengadu penat...
Takyah lah buat buat terkejut...
"Ai..duduk rumah pun penat...?"
Daripada penat penat manja...
Dengar suami cakap macam tu...
Terus penat tenat.

2. Whats for dinner

Errr....hari hari kot soalan ni keluar.
Kalau tak suami Mama Yan yang tanya....
Mama Yan sendiri la yang tanya...
"Nak masak apa eh untuk malam ni?"
Kadang2...kita baru jengah muka kat pintu rumah...
Anak anak dah tanya...
"Mama nak masak apa malam ni?"
And I am okay with that question...

Kalau rasa malas masak,
Bagitau awal awal malas masak.
So, plan awal awal apa yang suami nak kena cari atau beli.
Biasa kalau hari Jumaat, malam tu Mama Yan memang malas nak masak.
Sebab kat taman ni ada pasar malam,
So, memang bagitau suami siap siap senarai makanan yang dia nak kena beli ...
Kalau busy kat office..
Order dominos pizza je untuk anak anak...
Mama Yan order makan dari kedai siam bawah office ni

Bertolak ansur lah dalam komunikasi...
Sentiasa fikir sebelum bercakap...takut takut terlajak kata...
Semoga urusan kita sentiasa dipermudahkan..
Aminnnn...

Kejadian Sabtu lepas.
Orang dah tutup kedai, kami baru sampai office..pukul 6.30 petang.
Pukul 1.45 pagi siap isi tender...
Alhamdulillah...



Blogger Challenge Number 4. Describe your partner or someone you have feelings for.

Okay...blogger challenge yang nombor 4 ni mencabar...
Tak tau nak describe apa tentang partner Mama Yan ni.
Lagipun, tak boleh lebih lebih dedahkan tentang partner kita ni...
Takut ada yang skodeng...hahaha....

Kita describe yang basic ajelah,
  • Suami Mama Yan lahir pada tahun 1977.
  • Orang Johor.
  • Peminat Ella & Awie


Mama Yan pun jarang jarang upload gambar berdua dengan suami..
Bukan tak pernah, cuma tak selalu la...
Suami pun tak pernah selfie dan upload ke media sosial dia,
Gambar selfie dia berlegar legar dalam group whatsapp kami anak beranak je..

So skip teruslah tentang partner ni..heheh


Monday, July 22, 2019

Gaji seorang Jurutera


Gaji engineer start antara RM3000 hingga RM4000??
Engineer negara mana la agaknya tu ye...
Lepas 5 tahun RM10,000????
Ya ampunnnn...
seronoknya jadi engineer...
hihihi...
Adik adik lepasan SPM...
Mak mak yang anaknya ada nak apply masuk Universiti..
Kalau ada anak perempuan tu,
Tak payah la kot pilih bidang kejuruteraan Awam atau Civil Engineering.
Dah la kerja panas, penat, bahaya, 
Gaji susah nak naik...
Kerja macam jerung, gaji macam bilis...
Ambil bidang lain la..
Eh ni termasuk dalam akta hasutan ke?
Taklah...
kalau ikut pengalaman Mama Yan dulu,
kerja kat tapak pembinaan memang stress.
kalau sekalipun korang dapat kerja dengan pihak perunding,
tetap sekali sekala kena turun site dan pergi meeting,
kadang kadang tu asyik kena marah aje..
nak nak kalau kerja dengan kontraktor.
Dengan klien kena marah,
Dengan konsultan kena marah,
dengan PMC kena marah,
dengan PBT kena marah..
Belum lagi site kena ambush dengan CIDB dan JKKP.. 
Dengan budak purchasing kena marah
Tak cukup lagi...
Balik opis...baru duduk..bos pulak marah marah...
Muda muda dah kena darah tinggi tau.

kalau lelaki takpe lagi...
Tapi kadang kadang persekitaran kerja dalam tapak pembinaan ni..
ada banyak toksik
kena ada filter yang tebal dada...
kalau tak...
habis tercerap segala negativiti kat site tu...

teringat masa kerja full time kat tapak pembinaan dulu...
Mama Yan tertidur depan TV..
Siap boleh mimpi keadaan site lagi..
Suami Mama Yan kejutkan suruh naik bilik...
terkejut je dari tidur,
Terus tanya "Tu lori konkrit nombor berapa?"
Adoihh... 
dia punya stress sampai bawak masuk mimpi tau...

Bila hari konkrit...
Kena tunggu sampai kerja konkrit habis baru boleh balik..
tak kira la malam ke,..
Tengah malam ke...
kena berlagak brutal..
Takde senyum senyum..
Takde sengih sengih...
lama lama urat senyum pun boleh jammed cramp tau..
ketat aje lah muka stress tu kat situ...

Sekarang, boleh la monitor dari pejabat dan rumah..
Stress tetap ada tapi boleh pakai lawa lawa masuk opis mekap tak cair.
So kadar stress tu kurang sikit...
Apa boleh buat..
Dah terpilih bidang ni masa belajar kat UTM dulu...
haiishhh...banyak sangat tengok drama Melayu kann...
lenkali jangan banyak sangat tengok drama,.
baca blog untuk baca pengalaman sebenar 
hihihi...


Apapun,
Segala yang terjadi semuanya ada hikmahnya kann...
Bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan...





Blogger challenge No.3 - Picture of your handwriting.


Nah..notes meeting awal bulan baru ni...
huduh kan tulisan Mama Yan...

Sunday, July 21, 2019

Panasonic cordless phone


Beberapa jari lepas sampai barang yang dipesan mealalui Shopee.
Asyik shopping aje la...
Nak buat macam mana...
Memang tak sempat nak cari k
Cordless phone ni kat kedai kedai biasa...

Telefon kat pejabat Mama Yan ni dah lama rosak.
Call tam blleh masuk...
Kalau orang call,
Orang yang call ada dengar nada panggilan disambung.
Tapi kita kat sini tak receive call pum...
Pejabat-pejabat kerajaan pulak masih lagi call pejabat sebab diorang boleh buat call talian tatap aje agaknya.

Teruja pasang teleefon baru.
Semoga telefon yang ni tahan la la hendaknya....





Blogger challenge Number 2 - Your Current Relationship


Current dan insyaallah sehingga ke akhir usialah hendaknya...
Mama Yan adalah isteri kepada Encik Sulaiman.
Alhamdulillah ni tahun ke 14 kami bersama sama.
Takde gambar kawen sebab malas nak korek korek album.
Masa Mama Yan kawen dulu...
Kami masih pakai kamera dengan kodak...
So, takde la softcopy gambar sampai unlimited keping...hihihi

Saturday, July 20, 2019

Blogger Challenge No.1 - Introduction and your recent photo

Apa nak intro ye?
Hmmm...tetiba blank pulak...semalam kemain banyak idea.

Oklah...mula mula...
Post pertama blog aziankhalil.com bertarikh 16 April 2010.
Dah lama juga blog ni ye...tp kenapa pageviewnya setoet je...hahahaha
Tu kerana Mama Yan tak fokus pada blog ni...
Banyak surut dari pasang.

Dalam masa 9 tahun berblog ni,
Ramai juga kenal kawan kawan dari blog,
Lepas tu beramas mesra kat facebook pula.

Mama Yan berasal dari Raub, Pahang,
Sekarang menetap di Skudai, Johor.
Asalnya, Mama Yan belajar di UTM, Skudai...
Lepas tu...
Masa Mama Yan kahwin, MY belum habis belajar lagi...
So, terpaksalah suami MY cari kerja dekat dekat area JB je...
Lepas dah habis belajar tahun 2006,
MY kerja sementara di syarikat Al Ikhsan Sport bahagian HQ dia.
Sementara la kononnya....
Alih alih bertahun juga...

Tahun 2009 Mama Yan start kerja dengan Technochase Sdn Bhd.
Masa tu jaga tapak projek dalam UTM...
Syukur sangat masa tu...
Tempat kerja yang dekat dan selamat.

Sekarang, dengan berbekalkan ilmu dan pengalaman yang tak seberapa ni,
 Mama Yan dan suami kerja sendiri.
Buat kompeni pembinaan kecil kecilan.
Semoga kompeni kecil kami ni akan terus mengembang dan berjaya dari tahun ke tahun,
Seperti keluarga kami juga...

Anak kami 6 orang, 5 lelaki dan sorang perempuan.
Yer...ramai kan hero Mama Yan...
Tiap kali keluar mesti orang pandang pandang...
Takde lain,
Tengah kira anak Mama Yan la tu...hihihi..
Kadang kadang..siap ada yang tegur,
"Semua anak ke ni?"
Hahaha...

Ni gambar yang agak terbaru Mama Yan...
Kekononlah amik gambar dengan lip gloss Cozuma Hai O,
Nak buat iklan,
Tapi tak upload pun kat FB...
Sebab dah hilang keseronokan di FB...
Rasa lebih puas di blog.





Friday, July 19, 2019

BLOGGER CHALLENGE |










5. A letter to someone. Anyone.

6. Everyday makeup look. A picture of you.

7. Best advice you’ve ever got.

8. Something for your kids to know.

9. How you stay positive.

10. If you could have any job in the world, what would it be?

11. Share: A difficult time in your life.

12. Tell Me: Are you a sensitive person?

13. Three things that cross your mind a lot!

14. Do you love your job?

15. Five things you hope to have in your future.


Terjumpa ni masa blogwalking tadi.
Jumpa kat blog ni ⇩

Mama Yan cabar diri sendiri untuk join Blogger Challenge ni.
Kadang kadang puas juga nak cari idea nak menulis...
Dengan adanya challenge macam ni...
Ada lah benda yang nak ditulis..
Ye dak...
Meh la ramai ramai kita sahut cabaran ini..

Yeahhh...
Semoga berjaya...!

Kejut Harimau yang Sedang Tidur

Tengah viral ada harimau sesat masuk kampung semalam.
Yang sesat tu harimau ye tuan tuan dan puan...
Bukan kucing....walaupun mereka dalam kumpulan keluarga yang sama.
Ini yang spesies pemangsa...

Mama Yan tengok la beberapa sedutan video klip yang tengah viral...
Wehhh...
Tak fahamm...
Kenapa ramai ramai pergi kerumun tengok harimau sesat tu.
Harimau yang dibelai dimanja kat zoo pun merbahaya...
Inikan pula harimau sesat...huhuhu...

Masing masing tunjuk berani ....
Yang naik motor siap berhenti...
Yang naik kereta siap keluar kereta...
Siap selfie...dan rakam....
Oh ye...
Kalau korang tak rakam...
Tak dapat la Mama Yan tulis entry hari ni...

Harimau tu berada dalam keadaan keliru tu...
Kesian la kat dia...
Kenapa tak call Perhilitan terus? 
Kenapa nak bahayakan diri dengan dedahkan diri kepada dia...

Call perhilitan dan biar perhilitan buat kerja...
Rakam dan viralkan lokasi penemuan hanya mengundang pemburu haram ke kawasan habitat mereka.

Dalam banyak banyak yang sempat MY tengok dalam klip yang sedang bertebaran tu....
Ni Mama Yan screen shot 3 keping...
Masa pakcik tu tergolek atas jalan....huii...darah Mama Yan yang berderau.
Lepas tu ternampak pulak...
Ada yang tengah dukung budak kecik.
Heii....wat de ^#¥$;+¥#;#%+*@
Aje giler la orang Malaysia ni...
Berani berani belaka weiii....

Kalau setakat budak kecik macam tu....
Harimau tu boleh slurpp one shot ok.

Semoga harimau sesat ni dapat perlindungan sewajarnya dari pihak berwajib.
Rasanya...kalau dia balik masuk dalam hutan dah tak selamat ni...
Dah ramai yang aim dia ni...





Aksi Liga Super Terakhir di Stadium Larkin



Malam ni suami Mama Yan nak bawa anak anak gi stadium Larkin.
Mama Yan kurang minat tengok bola sejak beranak pinak ni...
Bukan apa...
Rasa kesian pulak nak tinggal anak anak sebab mak bapak nak pergi tengok bola...
Kalau esoknya tu cuti sekolah,
Suami Mama Yan, bawa anak anak...
Kalau tak cuti sekolah,
Dia pergi dengan kawan kawan dia.
Okay....yang mana free malam ni...
Ramai ramai meriahkan stadium Larkin,
Sebab lepas ni game JDT main kat stadium baruuuu...


Entry copy paste dari https://www.facebook.com/208453185984655/posts/1400094903487138/


AKSI LIGA SUPER TERAKHIR JDT DI STADIUM LARKIN BAKAL DIGEGARKAN DENGAN SAMBUTAN YANG PENUH MERIAH

 Pertemuan di antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Jumaat ini akan menjadi malam istimewa dalam lipatan sejarah kerana Harimau Selatan akan beraksi dalam saingan Liga Super di Larkin untuk kali terakhir.

 JDT akan berpindah ke Stadium Sultan Ibrahim yang baharu pada permulaan musim 2020 dan akan menjulang trofi Liga Super Malaysia buat kali terakhir di Larkin pada 19 Julai.

Gelanggang keramat ini telah menyaksikan JDT mencipta pelbagai rekod - termasuk kejuaraan liga enam tahun berturut-turut, mencipta rekod tanpa kalah dan kemenangan berturutan terpanjang dalam sejarah bola sepak Malaysia, menyaksikan aksi Liga Juara-Juara AFC, rekod kehadiran penyokong dan dikunjungi nama-nama besar bola sepak seperti Ronaldo, Luis Figo dan ramai lagi.

 JDT akan menerima trofi Liga Super di Stadium Larkin selepas perlawanan terakhir liga ini sebelum berarak mengelilingi bandar dan meraikannya bersama penyokong di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

 Persembahan bunga api dan lampu yang memukau akan mengiringi kejuaraan 'double hat-trick' dan KEJUTAN ISTIMEWA gimik elektronik bakal menjadi saksi kempen cemerlang yang menyaksikan JDT meraih kejayaan ‘untouchable’ dalam bola sepak Malaysia.

 Aturcara lain sambutan di Dataran Bandaraya adalah termasuk persembahan dari penyanyi rap antarabangsa Bow Wow, artis tempatan Joe Flizzow, Amy Search serta K-Clique, hadiah cabutan bertuah, J6 Neon Fun Run, ‘football freestylers’ dan penyerahan ‘Malaysia Book of Records’.

Karnival ini akan bermula jam 3.00 petang hingga tengah malam. Ayuh penuhkan Larkin untuk perlawanan terakhir Liga Super, menjulang trofi dan seterusnya meraikannya dengan bergaya.

Luaskan Kuasamu Johor

Luaskan Kuasamu Johor.

 Hidup Johor Demi Johor

#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

Wednesday, July 17, 2019

Tunggu pengumuman rasmi..."queen of Kelantan"



hari tu terbaca pasal Yana Shamsudin kena kecam di IG sebab komen di IG Rihana Oksana Petra sebab gelarkan Rihana Petra "Queen"...
Fuhh..tak tau lak sensitif betul isu gelaran ni...
Apapun...
semoga semuanya baik baik aje..
Nak membawa muslimah kembali kepada agama fitrah bukan menda mudah...
Harap harap rakyat Malaysia dapat lah bagi komen yang sedap dibaca..
Komen yang menonjolkan bahawasanya agama Islam ni, 
agama yang cintakan kedamaian
agama yang suka mendoakan..
Bukan sikit sikit kecam...

Tapi bila baca IG tu...macam pelik sikit. 
Iye ke Ratu moscow tu yang tulis?? 



Rak kertas

Ah sudahh..
penyakit shoping Shopee sudah mari..
Adoilaa...
hari tu belikan mak rak macam ni untuk letak ubat ubatan mak...
lepas tu macam best pulak tengok,
Dengan paper tray Mama Yan dah patah kaki akibat tertepis,
Lepas tu takde la paper tray...
Pakai penutup kotak kertas A4 je..
Huduh nauu...

So, belek belek shopee...
tengok ada keluar rack ni..
sambau terus.
Sambau dua sebenarnya...
Satu yang 4 tingkat..
satu lagi 3 tingkat...
Yang 3 tingkat ni letak bawah meja sebagai paper tray..
yang 4 tingkat tu...
ada kat tepi pintu.
Belum fikir pun nak letak apa...
beli sebab nafsu membeli merajai hati dan perasaan je.

Ni, Mama Yan tengah berpantang dari mengelik "Buy Now"...
Bahaya ni kalau dijadikan amalan..
Lepas semua barang yang diorder dah sampai..
Mama Yan nak Uninstall apps Shopee ni.
Rosak MY kocek.. hihi



Rak yang 3 tier RM38
Rak yang 4 tier RM57.60
Shipping fee pulak 13.38
Total seratus lebih jugak la...
kalau merayap ke IKEA,
haruslah rabak lebih banyak kot...hahaha


Tuesday, July 16, 2019

Tabahlah Mama Yan..

Petang tadi Mama Yan pergi jumpa uztaz yang cubit anak Mama Yan sampai lebam tu...
Sebab semalam anak Mama Yan menangis balik sekolah...
Kena rotan kat tangan pulakkk...
Adoihhh... hari hari ke nak belasah anak aku ustaz weh????
Semalam ustaz call Mama Yan kata nak jumpa...
Memang pucuk dicita ulam mendatang lah..

Perbincangan berlangsung elok elok je..
Tapi Mama Yan dah takde hati nak hantar anak sekolah tu,
Takpe...biar Mama Yan aje susun jadual untuk ajar anak baca Jawi.
Masalah utama anak Mama Yan adalah dia tak reti baca Jawi pun...
Bukan tak ajar...tp dah ajar pun tak reti reti...
Dari situ,
Memang semua menda jadi susahlah...

Cikgu mana lah nak tahan sabar kan....
Disuruhnya Mama Yan hantar anak ke kelas pendidikan khas...
Hantar anak ke kelas pendidikan khas ni bukan suka suka hati mak bapak...
Kena pergi klinik kesihatan terdekat,
Dari klinik kena gi klinik pakar kat hospital Sultanah Aminah,
Lepas tu kena lalui sessi terapi dulu...
Kena lalui penilaian penilaian khas..
Kami dah pernah hantat klinik dulu..
Doktor kata dia sihat,
Takde tanda tanda autisme, adhd, hyperactive atau lain lain
Mama Yan nak buat macam mana lagi...

Lepas tu disuruhnya juga Mama Yan hantar kat mana mana perubatan Islam, atau Darus Syifa'
Yang ni...
Confirm suami Mama Yan tak setuju...

Ustaz tu juga bagu cadangan suruh hire personal tutor untuk ajar mengaji dan jawi...
Boleh tu memang boleh...
Tapi mana nak cari...
Bukannya senang...
Bukannya boleh tangkap muat...

Memandangkan dia memang tak dapat belajar apa apa kat sekolah agama tu,
Maka Mama Yan rasa...
Tak payah lah datang sekolah lagi dah esok.

Kalau ustaz berterusan rotan dia, marah dia,
Kawan kawan dia berterusan ejek mengejek dia,
Menda ni memang jadi toksik pada emosi dan mental dia,
Lebih baik tak payah datang lagi.
Ajar solat, alif ba ta, dan ayat lazim jadilah.
Bila dah lepas yang asas tu...
Barulah boleh belajar yang lain lain tu...

Oklah...
Mudah mudahan urusan Mama Yan dan anak-anak dipermudahkan..
Aminnn...
Wassalam

Semakan arah kiblat :Istiwa' Adzam

Petang ni petang ni!! .
Semoga tak lupa lagi buat kesekian kalinya....
Dan semoga cuaca petang ni cantik dan cun melecun la untuk kita semak arah kiblat kita petang ni...

Kenapa petang ni?
Kerana petang ni adanya Istiwa' A'dzam.

Peristiwa Istiwa’ A’dzam (Matahari tegak di atas Kaabah) membolehkan orang ramai membuat semakan arah kiblat yang lebih tepat di kediaman atau premis masing-masing pada Selasa (16 Julai 2019), jam 5.28 petang waktu tempatan.

 Sila rujuk pada infografik yang disediakan:





Menu 30 hari untuk dicuba

Bulan puasa hari tu ada kawan whatsapp senarai menu untuk 30 hari ni...
So pindah masuk kat sini lah..
takde kredit sbb tak tau siapa pengasasnya..
Tapi satu pun senarai ni Mama Yan belum cuba masak...kihkihkih...
Lom sempat tengok satu satu pun..
Lepas lepas ni la kot...
Nak cuba..
Sebab sekarang dah free sikit.

Bila free...
Tiba tiba otak ni blank bila berdepan dengan blogger new post ni..
Haishh...

HARI PERTAMA : KETAM MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan
- 250g ketam (dibersihkan)
- 7 biji cili hijau
- 1½ cawan santan kelapa yang di parut
- 1 keping asam gelugur
- ½ sudu kecil serbuk kunyit
- ½ sudu besar garam secukup rasa
- ½ sudu kecil perasa

Cara-cara memasak
1. Masukkan ketam ke dalam periuk, masukkan serai, cili hijau, santan, asam keping, garam secukup rasa, perasa dan kunyit .
2. Masak selama 5-7 minit.
3. Siap, angkat dan hidangkan.

HARI KEDUA : AYAM SOS LEMON MADU

Bahan-bahan
- dada ayam 500g (potong ikut suka)
- tepung serbaguna (secukupnya)
- telur sebiji (kacau)
- madu 4 sudu besar
- lemon 2 biji (ambil jus)

Cara-cara memasak
1. Celupkan ayam dengan telur kemudian golek-golek atas tepung sehingga rata.
2. Panaskan minyak, goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
3. Untuk sos, campurkan madu dan jus lemon,kacau sebati dan masukkan ayam, gaul rata.
4. Hias dengan hirisan lemon dan daun sup. Siap!

HARI KETIGA : PARI ASAM PEDAS

Bahan-bahan
- 6 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- ½ inci kunyit
(Semua bahan hendaklah ditumbuk)
- 4 sudu besar cili boh (rendam cili kering, tos dan kisar)
- ½ cawan air asam jawa
- 3 cawan air
- 250g ikan pari (dipotong kecil)
- 2 tangkai daun kesum
- sayur masin (jika suka)
- bendir
- 3 sudu minyak masak
- garam, gula dan sedikit lada hitam

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam periuk yang sederhana besar. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili boh, kacau dan biarkan hingga terbit minyak.
3. Masukkan daun kesum. Masukkan pula air asam jawa dan kacau sebati.
4. Masukkan ikan pari, sayur masin dan air. Biarkan mendidih dab kecilkan api.
5. Masukkan garam, gula dan lada hitam.
6. Masukkan bendir dan biarkan seketika sehingga bendir masak.

HARI KEEMPAT : SOTONG SAMBAL TUMIS HALIA

Bahan-bahan
- sotong (direbus)
- cili kering (direndam dan dimesin)
- bawang merah, bawang putih dan halia (dimesin)
- sedikit air asam jawa
- garam dan sedikit gula

Cara-cara memasak
1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimesin tadi sehingga wangi.
2. Masukkan cili dan tumiskan sehingga agak garing. Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula.
3. Biarkan seketika dan masukkan sotong. Kacau sehingga sebati dan biarkan untuk beberapa minit lagi.

HARI KELIMA : SAMBAL CILI IKAN BILIS PETAI

Bahan-bahan
- ikan bilis 300g
- petai 2 papan
- bawang besar sebiji (dihiris)
- bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
- cili merah sebiji (ditumbuk)
- cili padi 20 biji (ditumbuk)
- garam secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang, dan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
3. Masukkan garam, gaul sebati.
4. Masukkan ikan bilis dan petai, gaul rata. Siap!

HARI KEENAM : AYAM PAPRIK

Bahan-bahan
- 4 ketul ayam - dihiris kecil
- 2 ulas bawang putih - dicincang halus
- 1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
- 1 biji cili merah - dihiris serong
- 11 biji cili api - dipecah-pecahkan
- 2 helai daun limau purut - disiat-siat
- bunga kobis - dihiris kecil
- 2 biji putik jagung - dihiris serong
- 1/2 biji karot - dihiris serong
- 2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
- 2 sudu makan cili kering kisar
- 2 sudu makan cili sos
- 2 sudu makan tomato sos
-1 sudu makan sos tiram
- garam
- 1 cawan air

Cara-cara memasak
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
5. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
7. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
8.Tutup api dan hidangkan.

HARI KETUJUH : TOM YAM THAI

Bahan-bahan
- 1 paket perencah tomyam
- 4 biji tomato
- 5-6 biji cili padi – ikut selera masing2
- 3 batang serai – diketuk
- 4 helai daun limau purut
- 1 batang lobak merah, sedikit cendawan
- 2 ulas bawang merah
- 2 biji bawang besar
- 1 cm lengkuas
- lauk – ayam/sotong/daging/ketam/udang
- 2 sudu besar sos tiram – optional
- 2 sudu besar sos cili dan sos tomato

Cara-cara memasak
1. Kisar (2 ulas bawang merah + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato + 3 biji cili padi).
2. Massukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam. Tumiskan dan masukkan air secukupnya.
3. Masukkan pula lobak merah.
4. Setelah lobak merah empuk masukkan lebihan cili padi, serai yang telah diketuk, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, garam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan 2 sudu besar sos tomato.
5. Bila dah mendidih boleh masukkan isi ayam, udang, sotong dan sebagainya.
6. Kemudian masukkan tomato,cendawan dan daun limau purut.
7. Siap untuk dihidang

HARI KELAPAN : SAMBAL TUMIS DAGING

Bahan-bahan
- daging
- bawang putih, bawang kecil dan bawang besar (dihiris)
- cili kering (direndam dan dimesin)
- air asam jawa
- sedikit gula dan garam

Cara-cara memasak
1. Tumis bawang putih, bawang kecil dan bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan cili mesin dan kacau biar sebati.
3. Masukkan gula, kacau.
4. Masukkan daging dan air asam jawa. Kacau dan biarkan hingga agak garing.
5. Masukkan garam dan kacau. Dengan api yang kecil biarkan hingga sambal garing dan terbit minyak.

HARI KESEMBILAN : AYAM MASAK HALIA

Bahan-bahan
- 500 gram ayam, potong kecil
- 4 ulas bawang putih, hiris nipis
- 2 cm halia, dihiris halus memanjang
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
- 1 biji cili merah, hiris nipis
- 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
- 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
- minyak masak, untuk goreng ayam
- sedikit lada sulah atau lada hitam
- sedikit garam dan kunyit
- garam dan gula, secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau.
3. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
5. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
6. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.

HARI KESEPULUH : SUP IKAN MERAH

Bahan-bahan
- ikan merah
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- sedikit halia
- kayu manis, bunga lawang dan pelaga
- lada hitam biji - tumbuk
- sup bunjut ikan Adabi

Cara-cara memasak
1. Didihkan air secukupnya bersama sup bunjut ikan, bawang merah, bawang putih, halia yang dihiris, kayu manis, bunga lawang dan pelaga.
2. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan.
3. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya.
4. Taburkan daun sup san bawang goreng. Tutup api dan sedia dihidangkan.

HARI KESEBELAS : SOTONG MASAK LEMAK PADANG

Bahan-bahan
- 1 kg sotong - cuci bersih dan potong
- 3 biji bawang besar - belah 4
- 2 biji tomato - belah 4
- 2 batang serai - di titik
- 3 biji ubi kentang - belah 4
- 3 camca minyak untuk menumis
- 500 ml santan
- air secukupnya
- garam secukup rasa

Bahan kisar
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 inc kunyit hidup
- 2 inc halia
- 5 tangkai cili merah

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
3. Kemudian masukkan bawang besar, serai, ubi kentang, tomato, sotong santan dan air
4. Kacau biar sebati
5. Kemudian renihkan dan sesekali di kacau supaya santan tidak pecah minyak.

HARI KEDUA BELAS : AYAM GORENG MADU

*Tips: kalau nak gantikan madu dengan gula pun boleh, sekiranya tak ada stok madu kat rumah.

Bahan-bahan
- ayam 8 ketul (direbus)
- bawang merah 5 biji (dikisar)
- bawang putih 6 ulas (dikisar)
- halia 1 inch (dikisar)
- kicap cair 1 sudu besar
- kicap pekat 1 sudu besar
- sos tiram 1 sudu besar
- madu 1 sudu besar
- minyak untuk menggoreng.

Cara-cara memasak
1. Rebuskan ayam sehingga separuh masak.
2. Campurkan bahan kisar, kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan madu, bersama ayam,
3. Gaul rata, perap ayam dalam peti ais selama 2 jam.
4. Panaskan minyak, goreng ayam sehingga garing, tapi jangan terlalu lama sebab ayam
sudah separuh masak.
5. Siap! Sedia untuk dihidangkan.

HARI KETIGA BELAS : TELUR MATA GORENG BAWANG DAN CILI

Tips: Nak dapat telur mata yang gebu macam kat kedai tu, minyak kena banyak. Masa goreng telur, biarkan kuning telur sedikit cair.

Bahan-bahan
- telur 3 biji
- bawang besar sebiji (dihiris)
- cili padi 8 biji (belah 2)
- kicap secukupnya
- garam secukupnya
- minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak, goreng telur, angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang besar dan cili padi sehinggasedikit layu, masukkan garam, gaul sebati.
3. Tuangkan atas telur tadi dan tuangkan sedikit kicap. Siap!

HARI KEEMPAT BELAS : MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT

Bahan-bahan
- 1kg siput sedut
- 5 ulas bawang merah - kisar halus
- 3 ulas bawang putih - kisar halus
- 2 inci kunyit hidup - kisar halus
- 2 inci halia - kisar halus
- 15 tangkai cipi padi - kisar halus
- 2 batang serai - di titik
- 500ml santan

Cara-cara memasak
1. Siput sedut diberus hingga bersih.
2. Rendam sebentar dalam air garam untuk membuang kotoran seperti pasir dan lumpur.
3. Potong bahagian ekornya, cuci bersih dan toskan.
4. Panaskan minyak, tumis bahan yang di kisar hingga harum.
5. Masukkan santan, serai dan siput.
6. Kacau perlahan atas api sederhana hingga masak
7. Perasakan dengan garam, masak hingga kuah sedikit pekat. Sedia di hidangkan.

HARI KELIMA BELAS : SIAKAP STIM LIMAU NIPIS

Bahan-bahan
- 1 ekor ikan siakap siap siang cuci bersih
- 1 labu bawang merah/besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 batang serai
- 5 biji cili padi
- 1 biji limau nipis ambil jusnye
- 1sdm sos tiram
- sepokok daun ketumbar
- setengah batang carrot
- semangkuk bunga kobis
- setengah biji Lada bengala
- garam dan gula secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Guna kuali yang muat seekor ikan siakap diatas dapur. Masukkan ikan yang dah dicuci bersih.
2. Potong dadu bawang merah, Bawang putih dan halia taburkan atas ikan.
3. Hiris nipis serai dan tabur juga ke atas ikan dalam kuali.
4. Hiris cili ketepikan.
5. Potong carrot, bunga kubis dan lada bengala ikut bentuk disukai dan ketepikan.
6. Curah air kedalam kuali sehingga hampir tengelam ikan. Hidupkan api dapur tahap sederhana. Tutup kuali. Biar air mendidih dan biar ikan hampir masak.
7. Agak ikan hampir masak, kecilkan api. Masukan garam gula sos tiram, jus limau, sayuran dan daun ketumbar. Gaul kuahnya perlahan-lahan. Rasakan ikut hati dan siap

HARI KEENAM BELAS : UDANG KICAP PEDAS

Bahan-bahan
- 400 gram udang
- 1 biji (kisar) bawang besar
- 2 biji (kisar) bawang putih
- 1/2 inci (kisar) halia
- 3 sudu (saya dah blend siap2) cili kering
- 1 biji cili merah
- 4 sudu kicap pekat
- 2 sudu sos tiram
- 1 sudu gula
- secukup rasa (jika perlu) garam
- 1/4 cawan air

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang dikisar untuk ditumis - bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Masak hingga kekuningan kemudian masukkan cili kering yang telah di kisar. Tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan kicap pekat dan sos tiram. Tumis seketika kemudian masukkan udang.
4. Masukkan air supaya ada kuah sedikit. Dan akhir skali masukkan cili merah. Jika perlu masukkan garam secukup rasa.
5. Siap untuk dihidang.

HARI KETUJUH BELAS : AYAM PERCIK BAKAR

Bahan-bahan
- ayam
- cili kering (suka pedas lebihkan)
- bawang kecik
- bawang putih
- halia
- lengkuas
(semua bahan-bahan diatas dikisar)

- serai (titik)
- 3 serangkai
- santan
- gula
- garam kasar
- asam keping

Cara-cara memasak
1. Masukkan semua bahan dalam periuk/kuali kecuali gula.
2. Bila ayam separuh masak,keluarkan ayam dan bakar..
3. Kuah lebihan rebus ayam tadi campurkan lagi sedikit santan dan gula dalam 4 ke 5 sudu.
4. Masak sampai pekat likat, sebatikan rasa masam masin sedikit, manis kena lebih.
5. Siap untuk dihidang.

HARI KELAPAN BELAS : IKAN SELAR GORENG SAMBAL CILI API PETAI

*Tips : Petai dimasukkan akhir sekali, supaya petai nampak segar dan tak layu.

Bahan-bahan
- ikan selar 8 ekor
- serbuk kunyit+sedikit garam
- petai 2 papan
- bawang besar sebiji (dihiris)
- bawang putih 2 ulas (ditumbuk)
- cili padi 15 biji (ditumbuk)
- garam secukup rasa
- minyak (untuk menggoreng+menumis)

Cara-cara memasak
1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, gaul sekata.
2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing kemudian angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar hingga layu dan tumis bahan yang ditumbuk
sehingga naik bau.
4. Masukkan garam, kacau sebati, akhir sekali masukkan petai, gaul rata.
5. Tuangkan bahan tumis bersama petai tadi atas ikan goreng, siap!

HARI KESEMBILAN BELAS : DAGING MASAK BLACK PEPPER

*Tips : Untuk mendapatkan daging yang lembut pastikan ianya tidak di masak terlalu lama di atas api yang besar.

Bahan-bahan
- 500g daging (bahagian batang pinang)
- 4 ulas bawang putih
- 2 sudu besar sos tiram
- kicap manis
- 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
- 2 tangkai cili merah (potong kasar)
- bawang besar holland
- 2 sudu kecil tepung jagung

Cara-cara memasak
1. Panaskan 2 senduk minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.
2. Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dam masukkan daging.
4. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.
5. Kemuduan tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan. Hiaskan dengan taburan daun bawang.

HARI KEDUA PULUH : SAMBAL TUMIS KERANG

Bahan-bahan
- 3-4 kg kerang - direbus dan ambil isinya
- 3 ulas bawang putih - ditumbuk/kisar
- 2 biji bawang besar - ditumbuk/kisar
- 3 sudu(kurang atau lebih) cili yang telah dikisar
- 2 biji bawang besar - dihiris
- 1 cm (sedikit saja) belacan(jika suka) - kisar/tumbuk bersama bawang
- 1 sudu besar air asam jawa
- garam dan gula secukup rasa
- minyak untuk menumis
- sedikit air jika perlu.

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah/terbit minyak.
2. Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika inginkan kuah, tambahkan air.
4. Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, bawang sudah masak bolehlah diangkat.

HARI KEDUA PULUH SATU : UDANG GORENG BUTTER TELUR MASIN

Bahan-bahan
- 500 gm udang
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- minyak
- 3-5 sudu besar butter
- 6 ulas bawang putih - dicincang
- 15 biji cili padi - dihiris serong
- 4 tangkai daun kari
- 2 biji telur masin - direbus & hancur
- 2 sudu kecil gula
- 10 sudu besar susu cair/susu segar
- 1 sudu kecil tepung jagung

Cara-cara memasak
1. Telur masin rebus dibuang kulit dan dihancurkan. Ketepikan.
2. Udang dibersihkan dan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak).
3. Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yang dihancurkan tadi.
4. Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sebab dah ada rasa masin dari telur masin)
5. Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuahnya. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.

HARI KEDUA PULUH DUA : KARI AYAM NYONYA

Bahan-bahan
- ayam 1/2 ekor
- santan 1 bungkus kecil
- bawang merah 6 ulas
- bawang putih 4 ulas
- serai 3 batang hiris
- lengkuas 1 inci
- halia 1 inci
- kunyit hidup 1 inci
- buah keras 4 biji
- cili kering ikut pedas
- cili masak 2
- serbuk rempah daging 1 sudu besar

Cara-cara memasak
1. Blend semua bahan kecuali ayam dan rempah.
2. Seterusnya tumis dan masukkan rempah kari, daun kari.
3. Kacau sehingga wangi dan masukkan ayam, santan, kentang dan daun limau purut.
4. Siap untuk dihidangkan.

HARI KEDUA PULUH TIGA : SINGGANG SOTONG

Bahan-bahan
- 10-13 ekor sotong
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 2-3 biji cili hijau
- garam,gula dan pasti sedap knor secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Bersihkan sotong. Buang dakwat hitam dan isi perutnya. Masukkan dalam periuk.
2. Hiris bawang merah + putih dan ketuk serai. Masukkan semuanya dalam periuk sotong. Masukkan juga cili hijau.
3. Masukkan air. Jangan banyak sangat, agak-agak tenggelam sotong. Masak hingga menggelegak. Tambah garam, gula dan pasti sedap knorr secukup rasa.

HARI KEDUA PULUH EMPAT : SIAKAP 3 RASA

Bahan-bahannya

Untuk Ikan:
- 2 ekor ikan siakap
- tepung jagung untuk dilumur pada ikan
- serbuk Pasti Sedap Knoor
- minyak untuk menggoreng ikan

Untuk Kuah:
- 2 biji bawang besar - dipotong dadu
- 6 biji bawang putih - dititik
- 10 biji cili padi - dipotong kecil
- 1 inci halia - dihiris halus
- 1 biji tomato - dipotong dadu
- 1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
- kiub nanas - boleh beli yang siap ditinkan
- 4 sudu besar sos tomato
- 4 sudu besar sos cili thai
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos ikan
- 2 batang serai - dititik
- beberapa helai daun limau purut
- daun sup/daun bawang untuk hiasan
- garam secukup rasa
- ajinomoto secukup rasa
- gula secukup rasa
- minyak untuk menumis

Cara-cara memasak
1. Ikan dibersihkan dan ditoskan
2. Lumurkan ikan dengan serbuk pasti sedap knoor. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
4. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai, dan bawang putih.
5. Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar.
6. Masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan cili benggala.
7. Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto.
8. Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup/daun bawang.

HARI KEDUA PULUH LIMA : SUP TELUR

Bahan-bahan
- 4 biji telur
- 2 biji kentang (potong kecil)
- 1 batang carrot (potong kecil)
- 1 pokok sawi minyak ata kailan (potong pendek)
- air secukupnya
- minyak
- garam

Bahan tumis (tumbuk kasar)
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 s/k lada hitam

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya dan masukkan kentang dan carrot. Biarkan mendidih dan lembut.
3. Masukkan telur masa air menggelegak.
4. Bila dah nampak telur masak baru masukkan sawi dan tutup api.
5. Hidangkan.

HARI KEDUA PULUH ENAM : DAGING GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan
- 250 g daging lembu (dipotong)
- 1 labu bawang besar (saiz kecil)
- 1/2 inci halia (dihiris)
- 1 biji cili merah (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 sudu makan penuh serbuk kari
- 1 biji tomato (potong 6)
- daun bawang (dipotong)
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil kicap manis
- sedikit garam dan serbuk kunyit
- sedikit minyak

Cara-cara memasak
1. Daging yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Masak dalam kuali untuk dikeringkan airnya.
2. Jika daging belum empuk masukkan sedikit air lagi dan masak sehingga daging empuk.
3. Jika daging telah lembut masukan sedikit minyak dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi, goreng seketika.
4. Masukkan serbuk kari, sos, kicap manis dan sedikit air. Kacau hingga kering sedikit.
5. Sesuaikan rasa masukkan buah tomato dan daun bawang. Angkat dan hidangkan.

HARI KEDUA PULUH TUJUH : TELUR BUNGKUS

Bahan-bahan
- 2 keping isi ayam dipotong kecil-kecil
- 1/2 biji bawang holland dicincang halus
- 1 biji tomato dubuang biji dan didadu kecil
- 1/2 batang daun saderi didadu kecil
- 1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
- 1 biji cili merah
- 2 sudu sos tomato
- 2 sudu sos cili
- 1 sudu sos tiram
- sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
- secubit garam jika perlu
- minyak untuk menumis
- 2 biji telur ayam

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu
2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak
3. Masukkan hirisan tomato, batang saderi ,cili merah serta sayur campur dan dikacau rata
4. Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
5. Taburkan secubit garam jika perlu
6. Sebelum diangkat boleh la ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.
7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali
8. Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata
9. Letak kan inti ditengah-tengah dan bungkuskan telur tersebut
10. Biarkan telur garing seketika dan boleh lah diterbalik kan ke dalam pinggan.

HARI KEDUA PULUH LAPAN : IKAN PERCIK

Bahan-bahan
- ikan kembung/bawal
- santan pekat
- 5 biji bawang merah
- 1 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 2 batang serai
- 1 keping asam keping
- kunyit
- garam
- gula

Cara-cara memasak
1. Lumurkan ikan dengan kunyit dan garam kemudian bakar dan asingkan
2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia dengan santan.
3. Masakkan di dalam kuali/periuk
4. Masukkan serai yang diketuk dan asm keping
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Biarkan kuah percik yang dimasak benar-benar pekat.
7. Setelah masak curahkan ke atas ikan yang dibakar tadi.

HARI KEDUA PULUH SEMBILAN : GULAI DAGING KERISIK

Bahan-bahan
- 450gm daging | hiris nipis
- 3 biji kentang kecil | kupas kulitnya
- 1 labu bawang besar | hiris
- 3 ulas bawang merah | tumbuk
- 2 ulas bawang putih | tumbuk
- 1/4cm halia | dipotong panjang
- air secukupnya
- 1/2 cawan santan pekat
- 2 sudu kerisik
- 2 sudu besar minyak
- 1 sudu besar minyak sapi
- 3 sudu besar rempah kari daging
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 2 kelopak bunga lawang
- 1 cm kulit kayu manis

Cara-cara memasak
1. Sediakan periuk, satukan daging yang telah dibersihkan dengan rempah, bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, kulit kayu manis, halia, bawang tumbuk dan air didihkan di atas dapur hingga empuk.
2. Tuangkan santan serta sedikit lagi air, biarkan mendidih sekali lagi sebelum dimasukkan kentang.
3. Apabila empuk masukkan kerisik, garam dan sedikit sahaja gula sekadar pelengkap rasa.
4. Biarkan gulai masak sempurna, angkat periuk dan letakkan ke tepi.
5. Panaskan minyak masak yang dicampur dengan minyak sapi dalam sebuah kuali kecil, goreng bawang besar hiris hingga kuning.
6.Tuangkan minyak bersama bawang ke dalam gulai dan tutup periuk cepat-cepat agar aromanya tidak keluar.

HARI KETIGA PULUH : AYAM GORENG LEMON

Bahan-bahan
- 3 sudu minyak zaitun
- 6 ketul peha ayam
- garam & lada hitam
- 1 biji bawang holand (dihiris kasar)
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 6 biji kentang (dihiris halus)
- 1 cawan air rebusan ayam
- ½ epal cider
- 2 sudu perahan lemon
- beberapa batang rosemery
- herba thyme

Bahan perhiasan
- ½ hirisan keju parmesan
- 6 – 10 hirisan lemon

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk (pan) dengan api yang sederhana.
2. Perapkan ayam dengan garam dan lada hitam selama beberapa minit.
3. Bakar ayam dalam periuk sehingga keperangan.
4. Kemudian, asingkan ayam dan tambahkan sedikit minyak ke dalam periuk.
5. Mula mengoreng bawang dan biarkan ia selama 1 minit.
6. Campakkan bawang putih ke dalam periuk dan gaulkan selama 30 saat.
7. Masukan kentang dan taburkan garam dan lada hitam kedalamnya.
8. Selepas itu, masukan air rebusan ayam dan masukan sedikit epal cider di dalam periuk.
9. Gaul sehingga rata dan campakkan beberapa batang daun rosemary.
10. Biarkan sehingga mendidih dan masukan semula ayam yang telah di asingkan sebentar tadi.
11. Tutup periuk dan biarkan ia dengan api sederhana sehingga ayam benar-benar masak dan kentang menjadi empuk.
12. Alihkan penutup dan masukan air perahan lemon.
13. Kacau sehingga rata dan taburkan keju parut dan hirisan lemon sebagai pelengkap hiasan sebelum dihidangkan.
🥧🥧🥧

Monday, July 15, 2019

My dear diary...

Alhamdulillah....
Selepas berhempas pulas...
Selesai juga Mama Yan declare e filing...
Ngehngehngeh...

Memang semalam dari pagi melekat kerusi sampai ke malam...
Rehat kejap sambung balik...
Itulah akibatnya...
Last minit punya buat kerja...
Padan la dengan muka kannnn...

Tahun depan taknak la buat sendiri...
Sakit kepala...
Bayar aje la orang buat...
Cuma kena pastikan filing dan dokumen semuanya teratur dan lengkap.
Siapa tak fotocopy resit,
Potong gaji...hahaha

Semalam...masa tengah busy banyak sangat menda nak tulis kat blog.
Dah selesai kerja semua... sebelum tido...
Macam macam idea keluar...
Tapi mata dah betul betul tak larat nak buka,
Jari jari ni pun dah tak larat nak menari lagi,
Terlelap dengan harapan pagi ni nak tulis story mory dan siapkan schedule entry sekali...
Pagi ni, bila dah free...
Idea semalam dah gone with the dream...
Tu lah dia...
Selalu macam tu tauu...
Masa tengah busy, dia mari.
Masa tengah free, dia blank.

Oklah...
Lepas siap masak ni kang...
Nak gi pejabat pos ambik barang....
Lama lama karang kena tendang balik ke shopee..haru...
Wassalam

Kebahagiaan seorang isteri



Meh..meh..kita tengok kebahagian bagi seorang isteri rakyat marhaen.
Nombor 1...dapat pergi holidayyyy..
yeayyyeyayy..eeayyyy..eyayyyy...
Tapi yang ni...memang payah lagi renyah untuk dapat kebahagiaan ni sebab banyak hal nak kena fikir kalau nak pergi bercuti..

Bercuti kat kebun pun jadilah...


Kebahagiaan Nombor 2 adalah 916.
You know what is 916?
Tak dapat 916, 750 pun Mama Yan terima dengan hati terbuka...hahahaha
Yelah...yelah...Zhulian pun boleh lahhh...
Kahkahkah..
Ye wanita dengan barang kemas tak dapat dipisahkan.
Tapi Mama yan bukanlah jenis wanita yang sesuai bergemerlapan dengan 916 ni...
Cukup seutas rantai yang dibeli oleh arwah atok, dan sepasang subang telinga dibeli abah.
Hari tu pakai rantai tangan, dah innalillah rantai tu putus tersangkut.
nasib baik Mama Yan ikat dengan floss gigi tu...
Kalau tak,...teruslah kena talqin ghaib.
So, sebab dah putus, simpan je la dulu.
Cincin-cincin yang dibeli suami pun simpan je...sebab cincin tu mengecut lepas Mama Yan mengandung anak nombor 2.
Kot kot kalau cincin tu mengembang semula...boleh la Mama Yan pakai semula nanti...
Kalau cincin tu tak mengembang lagi dah Mama Yan Tak kurus semula,
Simpan je la cincin tu untuk Sarah nanti

Ganas...Tak boleh pakai barang kemas... asyik putus je

Kebahagiaan nombor 3,
Iron philips yang tengah viral tu..
nak nak yang Amway tu..
fuhhh...terbayang senangnya nak gosok baju anak yang ramai ramai ni,
Tapi Mama Yan ada iron Philip dah..
Ada juga iron Tefal yang jenis stand tu...
Hmm...ada dua iron dah pun kat rumah...tak rajin juga pun nak gosok baju.
Tanpa iron ni masih boleh bahagia.
So, takyah lah kot.
kalau dasarnya memang malas gosok baju...
Bagi iron macam mana hebat pun...tetap la malas.,
kena pulak tu iron tu kena jaga molek-molek,
lepas pakai kena buangkan airnya la,
Kena pakai air bertapis la...
ehhhh....Mama Yan sendiri minum air tapis pakai gigi je

Boleh iron resit lagi...nampak. dah hebat dah ni...


Kebahagiaan nombor 4,
Yess,...berjaya memiliki Periuk Noxxa..
Tapi, jari MY lagi banyak bilangannya daripada bilangan menggunakan periuk Noxxa tu.
Kalau saje saje memang malas nak pakai...
pakai sebab buat sup tulang, sebab gas habis, beberapa sebab lain je.
Pada yang belum memliki...
Alah korang, takde pun takpe..
Tu semua nafsu je...hahaha

Kebahagiaan Nombor 5,
Tudung terletak molek.
Kadang kadang tudung jadi karipap
kadang kadang tudung jadi kelepet
Kadang kadang ada garis ultraman
Perghhh....kalau sempat..memang gosok tudung lain...
kalau tak sempat...memang moody habis.
hahaha...
Contoh lipatan tudung yang menyakitkan hati dan mata 


Dan yang terakhir sekali dalam senarai...
kedai ECO-SHOP, Kedai NINSO, dan sebagainya...
duduk dalam tu, tanpa gangguan sesiapa..
Ya ampun heavennya...
Beli takdelah banyak sangat pun...
Semua belian pun untuk kegunaan keluarga...
Span basuh pinggan, bekas bekas plastik, sudu, senduk, dll..





Tapi semua senarai di atas,
Sekadar kisah berkisah sahaja...
Bahagia itu subjektif kepada seorang wanita dan isteri...
Kadang-kadang,
Dapat mandi dan syampu kepala dengan tenang pun dah cukup bahagia,
Dapat makan biskut mayat cicah teh o petang petang dah cukup bahagia,
Dapat tengok filem Hindi sampai habis pun dah bahagia, MY minat Rani Mukherjee
Suami tolong buang sampah, cebok bontot anak, berus lantai bilik air...terlebih lebih bahagianya...
Hahaha...

Semoga yang membaca dan terbaca coretan ni,
jadi orang yang bahagia dan membahagiakan orang lain,
Aminnn...
Wassalamm



Saturday, July 13, 2019

Lepak kat Aeon Taman U

Semalam pagi Mama Yan bawa anak anak pergi Jusco Taman Universiti. 
Tak biasa sebut Aeon...
Mesti nak sebut Jusco juga..
Masa Jusco Taman U ni sedang dibina,
Mama Yan kat UTM..
Tahun 2 rasanya..
Masa tu duduk luar dengan kengkawan...
Tiap hari lalu Jusco dan nampak orang buat kerja...

Masa perasmian Dato Siti Nurhaliza datang woi...
Habis kelas laju laju gi Jusco nak tengok CT.
Tu sebahagian kenangan zaman belajar dulu la...
Dah takkan berulang lagi..
sekarang, pergi Jusco bawak anak main dekat Arena.

Kesian adik Mijan..
Jarang jarang dapat keluar gi playground..
Sorry sayang..
Mama dengan ayah terlalu sibuk dengan kerja...kerja...dan kerja
Semalam pun ayah pergi site masjid kat Kluang...
Bila Mama dan ayah tengah free,
tengah tular pulak penyakit kanak kanak,
lama juga tak pergi taman lepas tular penyakit HFMD hari tu...



Seronok tengok anak anak main kat playland Arena tu semalam...
Lepas dah penat,
Makan dan minum pulak,
So semalam sarapan kat Arena Jusco ajelah...
Nasi lemak telur separuh (lupa lagi nak snap gambar )..
Ayam goreng, naget, air Milo ais,..
mama yan dah lama teringin nak makan Oden...so semalam beli ...
Gasak berdua dengan kakak ipar...
Alah...asyik lupa je nak ambik gambar...
Haish...acaner nak jadi blogger kaya raya ni?
kihkihkih...

Before balik...
Tapau pulak D'Laksa...
Ya ampunnn..kenyang kebuntat la hari ni...
makan...makan...makan...
Tu lom kira ngabiskan makanan anak anak...
D'Laksa ni dah buka kat AEON Taman U ni berbulan-bulan..
Baru ni lah ada peluang nak rasa..
Asyik lalu lalang je orang makan D'Laksa..
Mana boleh tahan...kann..

MY beli yang set promosi berharga RM22.
dalam set tu 2 mangkuk Assam Laksa, 1 mangkuk Asam Fishball dan 1 mangkuk rojak buah..
Dibungkus dalam mangkuk kertas dan penutu plastik 2 lapis,..
Bawak goyang goyang pun tak tumpah ok..
bersih dan kemas bungkusannya,
Mama Yan tapau sebab nak makan dengan selesa kat rumah..
Kat Jusco semalam, dengan anak anak berlari lari..
Mulut menyuap makanan,
Bijik mata perhatikan budak budak main...
Aish..tak khusyuk lagi tak tawadduk nak makan.



This is Assam Laksa nya..

Hmm..kuahnya tak sama langsung macam kebanyakan laksa yang pernah MY makan.
Siap ada ketulan ketulan ikan sardin.
Ada sayur salad, timun dan bawang serta nenas...banyak...
Laksanya pun banyak..penuh la mangkuk kertas tu...
Ni Rojak buah.
Tapi Mama Yan tak suka makan rojak buah.
Buah adalah buah, taruk asam boi pun My cucur kat air, apalagi berkuah rojak.
Memang cannot go.
So, My sister in law peghabis.
Dia kata "Sedap" 



Asam Fishball.
Rasa fishball la...
Ada 5 biji kot semangkuk tu.
Lepas makan, tanya kak ipar..
Ok ke tak?
Jawapannya "Sedap kuah Oden tadi lagi.."
Hihihi...
macam tak menjawab soalan rasanya..
Ok...Nanti kita makan Oden lagi.
memang sedap pun oden kat Jusco tu semalam...

D'Laksa?
Hmmm...Bukan tak sedap..
Cuma tak kena selera je...
Tekak Jawa biasa makan mi goreng kicap je..
mana layan laksa laksa ni...
kihkihkih...
jangan marah kak...
Gurau saja maaa...

Mak Mama Yan kat pahang pun jarang masak laksa laksa ni,
Kitorang selalu makan laksam.
Mak terer la buat laksam.
Mama Yan selalu tolong kukuskan laksa untuk laksamnya...
Kukus, lepas tu gulung.
Tapi mak la buat bancuhannya tepung nya...

tapi sekurang -kurangnya dah lepas la hajat nak makan D'laksa...
lepas ni takde la nak teringin teringin lagi dah...

So, sambung keinginan nak makan steak kat Menate pulak lepas ni ok...
wassalam..

Klik! Klik!

Post Terhangat