Wednesday, July 31, 2019

Gigi Daun Gear

Pagi tadi...
lalu kat wall FB,
Ada kawan tanya apa dia 'gigi daun gear tu?'
then..ada kawan dia bagi komen hantar gambar kat bawah ni....
Ini prewel basikal ada gear ni...

lepas tu, sampai office..
Mama Yan pun baca news kat email...
barulah tahu kisahnya...

lakkkk....dah kenapa oiiii??
dah kali kedua pulak tu terjadi...
tersangkut objek pada penis
hadoiii...
kesian betul umat manusia zaman sekarang
Adakah ini faktor berleluasanya iklan ubat kuat?
Kemudahan akses pornografi tanpa batasan?
Atau dia kemalangan kecil...Terjatuh atas enjin motor? 

"Pada kes terdahulu mangsa juga pernah meletakkan objek berbentuk bulat ke kemaluannya yang sukar untuk dibuang seterusnya memaksa dia mendapatkan khidmat bomba."
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/40679/BERITA/Tragedi/Tiga-kali-panggil-bomba-buang-objek-tersekat-pada-kemaluan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Sejenis komponen dalam enjin motosikal
 
ngeri nak bayangkan.



Blogger Challenge No. 15 - Five things you hope to have in your future.

I hope...

1. Dah berjaya pindah rumah baru kat yang diidam idamkan kat Pekan Nenas tu
2. Berjaya penuhkan kuota ASB
3. Dapat berat ideal tanpa perlu mengurangkan makan
4. Tak perlu lagi bergantung pada Amlodipine dan metoprolol
5. Dapat bela kucing baka kacukan...


Tuesday, July 30, 2019

Blogger Challenge No. 14 - Do you love your job?

hmm...
susah nak cakap..
Takde la love sesangat pun sebenarnya..
Tapi bila kita tiada pilihan yang banyak...
Cintailah peluang yang terbentang depan mata.

Bila dah tersilap ambil course masa study,
Dah payah nak reverse dah..
kalau nak reverse,
nak kena bermula dari bawah.
Bukan lah mudah kita nak bermula bidang baru dari bawah sebenarnya.

Dengan zero knowledge, zero experience, zero modal...
perit juga..
Dah banyak kali Mama Yan cuba nak beralih arah..
Tapi pusing pusing pusing...
ke arah yang sama juga terhentinya.

Suka ke...tak suka ke...
Tunaikanlah tanggungjawab kita pada pekerjaan kita...
Itu adalah amanah yang dipertangggungjawabkan pada kita okay..


Blogger Challenge No.13 - Three things that cross your mind a lot!

Sebenarnya, tak berapa faham soalan ni..
maklumla...soalan orang putih..
bahasa orang putihnya dah berkarat karat...

apa benda yang paling kerap terlintas di fikiran?
itu kot...
Entahla ye..
Tak boleh nak jujur sangat jawab kat sini...
kahkahkah..
mana tau ada stalker pula kang...

First...
Apa nak buat sarapan dan bekal anak anak pagi esok?

Second...
Apa nak masakkan anak anak tengahari ni?

Third...
Apa nak masak untuk makan malam ni?

tiap waktu berlegar dalam kepala..
Tiap hari nak fikir menu apa yang nak dimasak..
Yang anak anak tak makan pedas...
Yang mak pak, kalau takde pedas sikit sikit..
Tak lalu nak makan..
Kena fikir dua jenis lauk, 1 pedas, 1 tak pedas,

pernah dengar sorang kawan opis lama membebel pasal anak..
Dia cakap kat anak dia
"Dulu mama susah susah masak sampai dua lauk dok layan tekak korang..
lepas  korang dah menikah bini masak apa pun...
semua korang sebat,..sikit takde komplen..
takde kalut nak dua tiga lauk..."
hahaha...
memangla...bini kot...tak makan kang merajuk...
Mak sendiri.... mak takkan merajuk punyaaa

Ok..done bebel perkara yang takde kena mengena dengan tajuk

Monday, July 29, 2019

Blogger Challenge No. 12- Tell Me: Are you a sensitive person?

Agak sensitif..
walaupun nampak brutal..
tapi dalam hati ada bunga bunga cinta...

Memang cepat sentap kalau kena kutuk, kena kecam...
kalau komen MY kat Facebook kena kecam,
Mama Yan block je yang kecam ramai ramai tu...
Malas nak jumpa dah lain kali...

Kalau post kena kecam..
delete aje komen tu... pakej block sekali..
malas nak fikir..
Nanti bikin pining kepala...

Kalau suami tegur,
cepat je mata ni berair...
Padahal bukan sedih mana pun...
ada la sikit drama queen kat situ...
kahkahkah...

Apapun,
Tengah berubah la ni...
kurangkan sikit sifat sikit sikit merajuk..
sikit sikit sentap...
sikit sikit drama...ehh



Blogger Challenge No. 11 - Share: A difficult time in your life.

Rasanya...sama je kot macam orang lain...
5 tahun pertama lepas kahwin.. 
Memang susah la sikit.
Dah la susah dari segi ekonomi...
Hidup pulak dengan orang yang kita belum kenal hati budinya..
Bergaduh tu biasa...hahaha

Masa Mama Yan kawin dulu,
Belum habis buat first degree.
Memang tertekan la juga..
Mana lagi nak belajar...
Mana lagi duit takde...
Transport takde...

Pergi kuliah naik bas...
Bas berhenti jaun lak tu dari fakulti.. 
Menapak pula berkilo kilo meter...
Fuhh..patutla dulu slim melim..hahaha
Kalau nak keluar sekali jalan dengan suami... 
Belum pukul 7 dah sampai...
Nak ke mana?

Makan minum kami berdua pun ala kadar je.. 
Hari hari suami bawak bekal nasi goreng dengan telur goreng. 
Itu ajelah kemampuan kami masa tu....
Sampai penyelia kilang suami cakap..
"Tak pernah aku jumpa engineer sengkek macam ni"
Macam ni la bekalan makanan suami masa zaman honeymoon dulu

Rumah takde mesin basuh...basuh pakai tangan...takde hal...
Rumah takde blender, kita tumbuk guna lesung batu...
Rumah takde sofa, kita golek atas lantai,
Rumah takde tilam, kita tidur atas karpet,(tu pun orang bagi)
Takde duit belanja, diet la...
Hahaha..
Pernah sekali memang takde duit...
Nak tambang balik rumah takde duit,
Nak makan minum pun takde duit...
Jalan gi masjid, sebab kat masjid ada water cooler...
Sampai masjid, tong air water cooler kosong pulak...
Tadah je la air kat tempat wudhu tu...
Minum air paip....
Esoknya bangun pagi sakit tekak....hahaha

Lepas tu...komputer pulak rosak.
Memang sedih la sebab masa tu tengah nak buat tesis.
Susah betul masa tu rasanya...
Hantar kedai...pun tak boleh repair....
Bayangkan taip tesis kat makmal komputer la...
Kat library la...merata rata...
Save kat dalam pen drive...
Hari yang Mama Yan nak pergi print tesis tu...
Tiba tiba... pen drive rosak..
Tak boleh buka langsung...
Semua file hilang...
Pergi la Mama Yan cari kat komputer komputer makmal dan libarary...
Jumpa la satu salinan Mama Yan ada pindahkan dalam pc tu.
Tapi belum.habis edit...
So...edit balik semula...
Pergi beli pen drive baru...dah la zaman tu pen drive mahal gilos.
512mb berharga rm135...
Huhu...nangis ok.
Dapat juga siapkan tesis...
Tapi tak buat copy untuk diri sendiri sebab out of budget.

Lepas dah habis belajar...dah kerja...
Dah ok sikit la...
Taklah hari hari bekal nasi goreng dah...
Taklah tiap tiap malam makan lauk sardin, telur kicap, ikan kering, megi sebungkus kongsi berdua...
Manis sebenarnya bila dikenang...
Sebab ia buat kita saling menghargai...
Menghargai pasangan, menghargai makanan, menghargai duit, dan lain lain lagi.





Sunday, July 28, 2019

DECOUPAGE GIVEAWAY BY MUMMY AYU

syarat2 yg simple 1,2,3...

1 ~
terbuka untuk  semua follower Mummy Ayu

2 ~
buat 1 entry pasal giveaway ni..
tinggalkan link entry kat bahagian komen.

3 ~
siap!!!
tu je....

giveaway akan berlangsung 1 minggu je
23 - 30 Julai 2019

hadiah:
of coz decoupage
emmm..tunggu
special tau..sbb hasil tangan Mummy Ayu sendiri
&
special jugak sbb hadiah diterbangkan dr Bangkok


OMG...
best giler kalau dapat hadiah decoupage oii..
dah lama berangan nak belajar buat..
tapi dari setahun ke setahun
tinggal angan angan

Jom kita meriahkan GA Mummy Ayu,
Klik banner di atas untuk join sama sama k

Saturday, July 27, 2019

Blogger challenge No. 10- If you could have any job in the world, what would it be?

hmm...entahla..
Tak dapat nak bayangkan..
sebab semua perkara yang berlaku ada lebih, kurang,
mungkin dapat jadi A, tapi tak dapat miliki B,
Dapat kerja C, tapi tak wujudlah D..
begitulah...
Ala korang faham kot...

So, apa yang ada hari ini..
dah cukup terbaik dah..
Takde rasa nak rewind atau undur nak jadi benda lain.

Cumanya..
Kalau boleh..
Nak kembangkan lagi business sekembang kembangnya..
Ada dapat pekerja yang berdedikasi dan boleh diharapkan...
Dapat projek besar dan tak putus putus..
Itu pun dah cukup..
Takde la hasrat nak jadi perdana menteri pun...
Sebab Mama Yan ni sangat gugup orangnya..
memang takde la nak bagi public speech..
bukan takat butterflies in my stomach..
kucing dengan harimau pun ada rasanya..hahaha

Friday, July 26, 2019

Dulu Benci Sekarang Cinta

Taugeh...
Dulu...dari kecik...
Sampai remaja...sampai dewasa...
Mama Yan memang anti betul dengan taugeh...
Tak kira la taugeh halus ke...taugeh kasar ke..taugeh hijau ke...
Tak kira la dalam mi goreng ke...dalam kueteow goreng ke...dalam soto ke...dalam popia ke..
Akan Mama Yan tentang habis habisan...
Memang Mama Yan akan gigih asingkan taugeh time nak makan tu.
Kadang kadang kita dah pesan...takmo taugeh..
Tapi bila sampai...
Ada juga dia letak taugeh...
Sayu hati tau...
Masa tu rasa...
Menyampahnya orang kedai ni...
Apa pasal la sebok sangat nak letak taugeh...?
Nak kasi nampak muai ke hapa?

Inilah cara Mama Yan makan soto satu ketika dulu.
Rasa macam nak tolak je harga taugeh tu
Kalkulator dah ready tu
Dan Mama Yan percaya...
Bukan Mama Yan sorang je yang anti taugeh ni...
Buktinya...

Hahaha...yang ni lawak.
Sampai nak jadi PM untuk naikkan harga taugeh


Gigih mana pun Mama Yan dulu...
Tidaknla sampai macam ni...


Tengok taugeh pun boleh bayangkan betapa kemas tersusunnya rumah beliau


Mama Yan pun tak sedar entah sejak bila Mama Yan pandai makan taugeh ni...
Tapi yang pasti...
Baru baru ni aje...
So, dah mula la kat rumah Mama Yan ada lauk taugeh...
Mama Yan masak lauk taugeh goreng dengan tauhu..
Lepas tu masak taugeh masak lemak putih...
Ehh...sedap pulak taugeh ni buat lauk...
Lepas tu...kalau dalam soto pun...belasah je...
Dah takde dah terkuis kuis asingkan taugeh..hehehe
Ni mesti ex housemate Mama Yan terkejut ni kalau diorang tahu ni..

Okay...taugeh dah lulus diterima masuk dalam tekak...
Bawang belum lagi...
Masih lagi rejected.
Kihkihkih...
Nantilah...mungkin satu hari nanti boleh diterima tekak juga kan...
Uolls? Semua boleh makan atau picky juga?
Tekak memilih ni...bukan mengada ada tau...
Memang tak boleh...
Dari dulu dah banyak kali paksa diri makan taugeh...
Tapi tiap kali pun akan termuntah...
Sampai berair air mata ciba nak tahan muntah.
Alhamdulillah sekarang dah takde rasa nak muntah bila tergigit taugeh..
Cuma tabah ajalah bila tengok anak anak semua
#TeamTakMakanTaugeh hahaha

Ni lauk Mama Yan & family malam kelmarin.
Padahal dulu...bukan main musuh ketat.



Blogger Challenge No. 9 - How you stay positive.

Bagus kekal positif ni...
Tapi kalau positif yang macam gambar bawah ni...
Mama Yan dah tak mahu dah...
Hahaha...

How to stay positive...hhmmmm...
1. Ubah Mind set!
Kita kena programkan minda kita untuk kekal positif.
Bagi Mama Yan...perkara ni bukan mudah.
Untuk itu...Mama Yan attend Seminar Minda Magnet Rezeki.
Dalam program tu memang ada banyak tips, kaedah, formula formula bagaimana nak setting minda kita jadi positif .
Of course la tak boleh share secara direct kat blog kan....bukan sebab kedekut ilmu, tapi sebab pesanan mentor.
Ada banyak seminar seminar yang boleh dihadiri macam IMKK  Seminar NLP, kem motivasi, dll

2. Bersangka baik
Hahaha....susah juga kadang kadang nak bersangka baik sentiasa ni.
Dalam dunia kita sekarang ni, air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
Janganla sampai nampak perempuan bawak kereta mewah, "Ni mesti sugar dadi dia yang belikan"
Padahal dia berniaga siang malam sampai tak sempat nak makan agaknya.
Kita letakkan lah prasangka kita pada tempatnya ok.

3. Berhenti mengomel dan complaint itu ini.
Masak tak sedap la...tak masin la...tawar laa...
Lambat la...tak reti guna signal la.... tak reti buat kerja, sembang je lebih,... apa lagi? Apa lagi?
Semua benda serba tak kena di mata kita...

4. Elakkan pergaduhan
Tak kira la kat mana sekalipun...elakkan pergaduhan.
Kat facebook ke...kat atas jalanraya ke...kat meeting ke... rumahtangga ke..
Kalau kat media sosial, ada rakan rakan yang asyik maki hamun, upload status kesat, asyik memprovokasi, kita block aje terus.

5. Senyum.
Ye...senyumlah yang akan membawa kegembiraan, bukan senyum kerana gembira sahaja.



6.  Pilih bahan bacaan yang berkualiti dan positif
Elakkan terlalu banyak membaca kisah keruntuhan rumah tangga, masalah orang, gosip dan lain lain yang tidak membawa sebarang manfaat.
Kalau kita ni kaunselor atau peguam tu lainlah... memang dah tugasnya selesaikan masalah orang.
Bacalah buku motivasi...buku biografi kisah kejayaan ke...

7. Tenang dan redha
Apa jua hasil atau keputusan yang kita dapat, terima dengan tenang.
Redha. Percaya yang segalanya ada hikmah yang Allah berikan.
Contohnya, dah beria ia isi tender... cari harga betul betul..
tapi tak dapat juga.
Redha la itu bukan rezeki kita..
Tak perlu tuduh atau fitnah orang yang dapat kerja tu bukan-bukan.

8. Follow insan insan yg Positif juga
Follow la media sosial insan insan yang berjaya dan penuh motivasi.
Follow la FB Norazlin Nordin ke (bekas penyelia tesis Mama Yan dulu), Irfan Khairi ke... Prof. Dr. Muhaya ke...
Memang fanpage yang toksik toksik tu Mama Yan dah lama tak follow.
Tapi kadang2 ada kawan2 yang share post dari sana, terbaca lah juga..hihihi

9. Berzikir bila marah
Ni Mama Yan selalu buat.
Bila rasa marah sangat sangat...cepat cepat zikir.
Zikir ni boleh buat kita jemput gelombang alpha lebih pantas, sebab tu mak mak nak tidurkan anak mak akan zikir...
Daripada masa marah tu otak kita berada dalam gelombang gamma...bila kita zikir kita akan cepat bertenang, bila bertenang kita boleh berfikir secara positif dan rasional.

10. Sentiasa bersyukur dengan kurniaanNya
Bangun pagi je...terus panjatkan rasa bersyukur sebab boleh celik mata lagi..boleh bernafas lagi...
betul tak?
lagi banyak kita bersyukur, InsyaAllah..lebih banyak perkara yang Allah akan permudahkan.
Kadang kadang bila anak tak dapat markah yang elok dalam ujian, rasa nak marah.
Tapi bila fikirkan..Allah kurniakan Mama Yan anak anak yang sihat dan sempurna...
Kenapa masih nak marah marah? terus tak jadi marah...gantikan dengan nasihat yang baik baik...
usap kepala mereka...berikan mereka sokongan dan dorongan.
Bila suami balik lambat dok main golf dulu...memang marah. Tapi, doa yang baik-baik..
InsyaAllah dipermudahkan...



Ehh..terlebih sudahhh....banyak pulak bebelnya untuk blogger challenge no. 9 ni...
Over nau Mama Yan ni kann....hihihi..
Entah ada entah tak orang baca sampai habis.
Sekian, wassalam


Blogger Challenge No. 8- Something for your kids to know

Anak anak mama sekalian...
Bumi ni bulat ye...
Bukan leper.


Thursday, July 25, 2019

Blogger Challenge No. 7- Best advice you’ve ever got.

Haaa....
Semua advice adalah best...
Entahla ye...
Masa belum kahwin nasihat mak bapak biasa la...
Jaga diri baik baik...
Jalan elok elok...
Apa apa hal, telefon.
Telefon jangan silence.
Belajar elok elok.

Bila dah khawin, suami pula pesan...
Jaga diri baik baik...
Bawa motor/kereta elok elok...
Telefon jangan silence...
Apa apa hal call...
Jangan skip makan...

Eh...apasal pesan lebih kurang aje ni?


Blogger Challenge Number 6 - Everyday makeup look. A picture of you

Everyday makeup look yaaa...
Hahahahadoii...
Mama Yan  bukan jenis yang suka mekap mekap sangat ni...
Cukupla sekadar bedak nipis dan lip gloss.
Kalau pun Mama Yan pakai lipstik...
Warnanya hanyalah warna warna natural dan nude dengan tekstur semi matte.
Memang tak minat lipstik warna merah meletop.
Dulu2 suka warna yang agak gelap dan tekstur matte...
Rasa macam seksi nau...tapi bila nak cuci tu,
Alahai susahnya.
Ni semua dipengaruhi oleh faktor usia dan komitmen agaknya.


Ni dua memang sentiasa ada dalam beg Mama Yan.
Dah patah sebenarnya bekas bedak tu.
Mama Yan ingat lepas ni tak nak pakai bedak ni dah...
Simplicity pun ok...ada pernah pakai sekali...
Bedak dia best...senang nak rata.
Tapi terjatuh sekali je...terus berkecai...
Sayang betul.


Ni Lip Gloss Cozuma untuk kegunaan setiap hari.
Warna Sugar Peach.
Bibir nampak lebih segar dan mungil tanpa kelihatan over.
Kadang kadang pakai lipstik Cozuma warna Glamour Cherry atau Nude Pink.

Ni muka Mama Yan setiap hari.
Kalau hari busy, bedak pun tak sempat.
Muka berkilat pun lantakkan aje.

Yang ni pulak mekap guna apps kat handphone.
Amacam?
Meletop ke idok??



Wednesday, July 24, 2019

Marine Essence Body Scrub

Saja saja nak share produk dari Sahajidah Hai O marketing...
Walaupun dah tak aktif menjual di Facebook,
Mama Yan masih pengguna tegar barang Hai O.
Antara produk yang agak baru ialah...
Body scrub garam buluh ni

Kenapa kita nak kena skrub badan?
Kan hari hari mandi pakai sabun dah..
Iyer...tapi dengan sabun aje tak cukup.
Skrub ni fungsi dia membuang daki daki yang degil pada kulit,
Buang sel sel kulit mati,
membersih sisa sisa kotoran di liang liang kulit,
Membantu pertumbuhan sel sel kulit yang baru,
Membantu kulit jadi lebih lembut dan berseri...


dalam satu bekas ni ada 200ml.
Skrub garam buluh ni bebas dari SLES, sabun dan paraben
so takde bahan kimia yang bahayakan pengguna 
Memandangkan dia tak letak pewangi tiruan,
so, bau dia tak wangi pun.
Cuma ada bau yang natural sahaja lah ye...


Cara cara nak guna senang je.
Basahkan atau lembabkan dulu badan kita...
kendian ambil sikit dan gosokkan pada anggota badan kita dengan gerakan memusing.
beri lebih fokus pada bahagian bahagian yang kering dan kasar...
macam kat siku ke...kat lutut ke..kat belakang badan ke..
lepas tu...bilas la...

ha...ni isiannya....
Masa buka penutup...ada lah bau..
tapi bukan la bau macam minyak wangi pekat likat..
Sebab dia gunakan pati minyak lavender, minyak kayu putih dan minyak Frankincense sebagai pewangi yang membangkitkan semangat dan menyegarkan tubuh dan minda.

Nampak tak ada bintil bintil tu..
Tu la manik pengelupasan semulajadi.
Benda semulajadi ni bentuk dia tak sekata tau...
tak la macam manik mikro plastik yang selalu digunakan dalam skrub yang selalu kita beli sebelum ni.
ia diperbuat dari almond kernel powder & walnut shell powder

Produk Scrub Marine essence ni dia tak pakai manik mikro plastik,
So memang mesra alam dan mesra pengguna lah kann.
Sekarang ni memang kena cari skrub yang tak pakai microbead aje ye,..
kesian alam sekitar kita okay.

Kelmarin Mama Yan try pakai kat muka...
gosok lembut lembut je kat muka...
Hari ni dah hari kedua..
dan kulit pipi Mama Yan ni rasa licin dan lembut aje..
of kos la tak kering kan kulit kan..
boleh pakai kat muka dan juga kat badan tau..
bezanya..pakai kat muka jangan gosok kaw kaw...
gosok manja manja giteww...


harga dia pula..
Harga pengedar : RM 36.70
Harga Jualan : Rm44.30
di Semenanjung Malaysia

Jadi pengedar memang best...selain dapat beli dgn harga ahli..
dapat juga point bonus.
Mama Yan.,.
walaupun dah tak jual secara serius,
tetap beli untuk pakai sendiri tau..
produk produk dia memang best...

Kalau nak beli,
Gi cari kat FB..
berlambak orang jual..
hahaha...
siap ada yang mengamuk kena tag hari hari dengan peniaga Hai O..

So, sekian la borak borak penjagaan diri wanita,
lepas ni nak borak apa pulak ye pasal kosmetik ni??



Blogger Challenge Number 5 - A letter to someone. Anyone.


Dah lama nak ulas pasal hantaran kat page KRT ni.
Elak elak tak nak follow page ni...
Ada juga rakan rakan friendlist FB yang share...
Terbaca juga...

Ok..Mama Yan nak layang surat buat penulis status di atas ni.
Tapi minta maaflah...
Main belasah aje ni...sebab takde idea nak mengarang sebenarnya ni.

Dik...hak orang memang nampak menggoda,
Hak orang memang nampak aaauummmm,
Hak orang memang nampak penuh aura...
Tapi disebalik yang beraura, yang aaaummm, yang menggoda tu...
Korang tak nampak.

Dik, awal awal pagi isteri dia dah bangun.
Siapkan sarapan untuk isi perut suami dia..
Dah mula mengemas rumah yang suami dia sepahkan malam tadi lepas tengok bola...
Dengan mug air atas meja,
Dengan baju atas lantai,
Kusyen merata rata,
Majalah bola dan majalah kereta bersepah lepas baca tak simpan balik.
Suami dia bangun pagi lepas dikejut berkali kali..
Lepas mandi terus sarung baju yang disediakan...
Siap bergosok, siap matching dari baju, singlet, sepender, seluar, stokin...
Nak start enjin kereta pun bini dia hulur kunci,
Entah entah siap bini dia dah start kan enjin kete...

Suami dia pergi kerja senang hati takde satu masalah problem pun...mana tak aaaauummm.

Dik,..Nanti lepas balik kerja singgah ngeteh dulu dengan kawan kawan..
Minum teh tarik seround dua...
Bini dia berkejar kejar dengan mesin punch card...dengan traffic jammed...dengan taska anak

Dik...bini dia sampai rumah je, terus keluar jurus silat pulak..
Nak sediakan makan malam, nak ajar anak kerja sekolah, anak nangis minta perhatian, anak berebut mainan....
Masa ni bini dia tak sempat nak mandi bersihkan diri pun...solat  maghrib laju laju...ayam patuk padi pun tak laju macam bini dia solat maghrib tau.
Suaminya yang aaaaumm tadi tu, bagi je salam bini dia dah terkocoh kocoh nak sambut suami dia.
Dengan bau ikan, bau ayam, bau bawang, bau kepam....terus sambut suami balik.
Suami yang aaauummm tadi tu, terus masuk bilik air....jaga kebersihan diri sendiri je.

Dik, Suami yang aaauuummm menggoda tu, lepas mandi dan solat...duduk makan malam.
Lepas makan main henpon...bini dia belum selesai lagi urusan rumah dan dapur.
Untuk menolong..memang tidaklah.
Lepas bini masuk bilik air, ingat boleh mandi dengan tenang.
Meraung melalak anak anak kat depan pintu bilik air...
Suami yang ada aura sangat tu, reti bagi jawapan selamat aje..."Anak anak tak nak kat saya, dia cari maknya"

Dik, sampai waktu nak pejam mata pun... Isteri dia masih lagi memberi khidmat bakti kepada suami yang baginya adalah ladang pahala

Dik, suami orang yang beraura, yang aaauuummm, yang menggoda, yang tampan, kacak, kemas kat luar tu, selalunya kat rumah takde apa apa pun selain malas dan tak reti tolong isteri di rumah.
Semua isteri dia yang siapkan.


Alangkan buah limau yang dijaga dan dibaja pun menggoda berbanding buah yang tak dibaja.

Dik, hentikanlah budaya mengendeng suami orang ni. Letakkan lah diri adik di tempat isteri isteri solehah tu.  Tak elok begitu.. kalau ditakdirkan bapa kita adalah lelaki yang aummmm tu, tentu kita sedih lihat ibu kita dikhianati...betul tak?
Memang betul bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi....tapi kenapa mesti kita menepuk tangan orang yang sudah beristeri.

Dik...semoga surat akak ni dapat kau baca suatu hari nanti.
Sekian, wassalam



Tuesday, July 23, 2019

Things a husband should never say to his wife


1. I'm tired

Eh...ye ke ?
Apasal kalau suami Mama Yan cakap dia penat Mama Yan ok je..takde la terasa apa apa...
Sebab memang tahu kerja dia memang memenatkan.

Yer...memang la suami Mama Yan bukannya kerja angkat batu bata, bancuh konkrit, junjung simen semua tu....
Tapi penatnya kat otak...
Bila otak penat, badan pun jadi lesu sama...

Kalau suami tak bagitahu isteri sendiri...tentang penat lelahnya...
Takkan nak bagitahu sepupu orang gaji jiran sebelah rumah pulak...
Kena la bagitahu isteri sendiri...
Tapi bagitahu pun...bukan bentak-bentak...
"Yu tau tak ai penat ni? Ai penat tau...ai penat"
Haa...kalau macam ni...bukan penat je...tenat dah...
Berbual dan berkomunikasilah secara santai...

Lepas tu...kalau isteri pulak mengadu penat...
Takyah lah buat buat terkejut...
"Ai..duduk rumah pun penat...?"
Daripada penat penat manja...
Dengar suami cakap macam tu...
Terus penat tenat.

2. Whats for dinner

Errr....hari hari kot soalan ni keluar.
Kalau tak suami Mama Yan yang tanya....
Mama Yan sendiri la yang tanya...
"Nak masak apa eh untuk malam ni?"
Kadang2...kita baru jengah muka kat pintu rumah...
Anak anak dah tanya...
"Mama nak masak apa malam ni?"
And I am okay with that question...

Kalau rasa malas masak,
Bagitau awal awal malas masak.
So, plan awal awal apa yang suami nak kena cari atau beli.
Biasa kalau hari Jumaat, malam tu Mama Yan memang malas nak masak.
Sebab kat taman ni ada pasar malam,
So, memang bagitau suami siap siap senarai makanan yang dia nak kena beli ...
Kalau busy kat office..
Order dominos pizza je untuk anak anak...
Mama Yan order makan dari kedai siam bawah office ni

Bertolak ansur lah dalam komunikasi...
Sentiasa fikir sebelum bercakap...takut takut terlajak kata...
Semoga urusan kita sentiasa dipermudahkan..
Aminnnn...

Kejadian Sabtu lepas.
Orang dah tutup kedai, kami baru sampai office..pukul 6.30 petang.
Pukul 1.45 pagi siap isi tender...
Alhamdulillah...



Blogger Challenge Number 4. Describe your partner or someone you have feelings for.

Okay...blogger challenge yang nombor 4 ni mencabar...
Tak tau nak describe apa tentang partner Mama Yan ni.
Lagipun, tak boleh lebih lebih dedahkan tentang partner kita ni...
Takut ada yang skodeng...hahaha....

Kita describe yang basic ajelah,
  • Suami Mama Yan lahir pada tahun 1977.
  • Orang Johor.
  • Peminat Ella & Awie


Mama Yan pun jarang jarang upload gambar berdua dengan suami..
Bukan tak pernah, cuma tak selalu la...
Suami pun tak pernah selfie dan upload ke media sosial dia,
Gambar selfie dia berlegar legar dalam group whatsapp kami anak beranak je..

So skip teruslah tentang partner ni..heheh


Monday, July 22, 2019

Gaji seorang Jurutera


Gaji engineer start antara RM3000 hingga RM4000??
Engineer negara mana la agaknya tu ye...
Lepas 5 tahun RM10,000????
Ya ampunnnn...
seronoknya jadi engineer...
hihihi...
Adik adik lepasan SPM...
Mak mak yang anaknya ada nak apply masuk Universiti..
Kalau ada anak perempuan tu,
Tak payah la kot pilih bidang kejuruteraan Awam atau Civil Engineering.
Dah la kerja panas, penat, bahaya, 
Gaji susah nak naik...
Kerja macam jerung, gaji macam bilis...
Ambil bidang lain la..
Eh ni termasuk dalam akta hasutan ke?
Taklah...
kalau ikut pengalaman Mama Yan dulu,
kerja kat tapak pembinaan memang stress.
kalau sekalipun korang dapat kerja dengan pihak perunding,
tetap sekali sekala kena turun site dan pergi meeting,
kadang kadang tu asyik kena marah aje..
nak nak kalau kerja dengan kontraktor.
Dengan klien kena marah,
Dengan konsultan kena marah,
dengan PMC kena marah,
dengan PBT kena marah..
Belum lagi site kena ambush dengan CIDB dan JKKP.. 
Dengan budak purchasing kena marah
Tak cukup lagi...
Balik opis...baru duduk..bos pulak marah marah...
Muda muda dah kena darah tinggi tau.

kalau lelaki takpe lagi...
Tapi kadang kadang persekitaran kerja dalam tapak pembinaan ni..
ada banyak toksik
kena ada filter yang tebal dada...
kalau tak...
habis tercerap segala negativiti kat site tu...

teringat masa kerja full time kat tapak pembinaan dulu...
Mama Yan tertidur depan TV..
Siap boleh mimpi keadaan site lagi..
Suami Mama Yan kejutkan suruh naik bilik...
terkejut je dari tidur,
Terus tanya "Tu lori konkrit nombor berapa?"
Adoihh... 
dia punya stress sampai bawak masuk mimpi tau...

Bila hari konkrit...
Kena tunggu sampai kerja konkrit habis baru boleh balik..
tak kira la malam ke,..
Tengah malam ke...
kena berlagak brutal..
Takde senyum senyum..
Takde sengih sengih...
lama lama urat senyum pun boleh jammed cramp tau..
ketat aje lah muka stress tu kat situ...

Sekarang, boleh la monitor dari pejabat dan rumah..
Stress tetap ada tapi boleh pakai lawa lawa masuk opis mekap tak cair.
So kadar stress tu kurang sikit...
Apa boleh buat..
Dah terpilih bidang ni masa belajar kat UTM dulu...
haiishhh...banyak sangat tengok drama Melayu kann...
lenkali jangan banyak sangat tengok drama,.
baca blog untuk baca pengalaman sebenar 
hihihi...


Apapun,
Segala yang terjadi semuanya ada hikmahnya kann...
Bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan...





Blogger challenge No.3 - Picture of your handwriting.


Nah..notes meeting awal bulan baru ni...
huduh kan tulisan Mama Yan...

Sunday, July 21, 2019

Panasonic cordless phone


Beberapa jari lepas sampai barang yang dipesan mealalui Shopee.
Asyik shopping aje la...
Nak buat macam mana...
Memang tak sempat nak cari k
Cordless phone ni kat kedai kedai biasa...

Telefon kat pejabat Mama Yan ni dah lama rosak.
Call tam blleh masuk...
Kalau orang call,
Orang yang call ada dengar nada panggilan disambung.
Tapi kita kat sini tak receive call pum...
Pejabat-pejabat kerajaan pulak masih lagi call pejabat sebab diorang boleh buat call talian tatap aje agaknya.

Teruja pasang teleefon baru.
Semoga telefon yang ni tahan la la hendaknya....





Blogger challenge Number 2 - Your Current Relationship


Current dan insyaallah sehingga ke akhir usialah hendaknya...
Mama Yan adalah isteri kepada Encik Sulaiman.
Alhamdulillah ni tahun ke 14 kami bersama sama.
Takde gambar kawen sebab malas nak korek korek album.
Masa Mama Yan kawen dulu...
Kami masih pakai kamera dengan kodak...
So, takde la softcopy gambar sampai unlimited keping...hihihi

Saturday, July 20, 2019

Blogger Challenge No.1 - Introduction and your recent photo

Apa nak intro ye?
Hmmm...tetiba blank pulak...semalam kemain banyak idea.

Oklah...mula mula...
Post pertama blog aziankhalil.com bertarikh 16 April 2010.
Dah lama juga blog ni ye...tp kenapa pageviewnya setoet je...hahahaha
Tu kerana Mama Yan tak fokus pada blog ni...
Banyak surut dari pasang.

Dalam masa 9 tahun berblog ni,
Ramai juga kenal kawan kawan dari blog,
Lepas tu beramas mesra kat facebook pula.

Mama Yan berasal dari Raub, Pahang,
Sekarang menetap di Skudai, Johor.
Asalnya, Mama Yan belajar di UTM, Skudai...
Lepas tu...
Masa Mama Yan kahwin, MY belum habis belajar lagi...
So, terpaksalah suami MY cari kerja dekat dekat area JB je...
Lepas dah habis belajar tahun 2006,
MY kerja sementara di syarikat Al Ikhsan Sport bahagian HQ dia.
Sementara la kononnya....
Alih alih bertahun juga...

Tahun 2009 Mama Yan start kerja dengan Technochase Sdn Bhd.
Masa tu jaga tapak projek dalam UTM...
Syukur sangat masa tu...
Tempat kerja yang dekat dan selamat.

Sekarang, dengan berbekalkan ilmu dan pengalaman yang tak seberapa ni,
 Mama Yan dan suami kerja sendiri.
Buat kompeni pembinaan kecil kecilan.
Semoga kompeni kecil kami ni akan terus mengembang dan berjaya dari tahun ke tahun,
Seperti keluarga kami juga...

Anak kami 6 orang, 5 lelaki dan sorang perempuan.
Yer...ramai kan hero Mama Yan...
Tiap kali keluar mesti orang pandang pandang...
Takde lain,
Tengah kira anak Mama Yan la tu...hihihi..
Kadang kadang..siap ada yang tegur,
"Semua anak ke ni?"
Hahaha...

Ni gambar yang agak terbaru Mama Yan...
Kekononlah amik gambar dengan lip gloss Cozuma Hai O,
Nak buat iklan,
Tapi tak upload pun kat FB...
Sebab dah hilang keseronokan di FB...
Rasa lebih puas di blog.





Friday, July 19, 2019

BLOGGER CHALLENGE |






















Terjumpa ni masa blogwalking tadi.
Jumpa kat blog ni ⇩

Mama Yan cabar diri sendiri untuk join Blogger Challenge ni.
Kadang kadang puas juga nak cari idea nak menulis...
Dengan adanya challenge macam ni...
Ada lah benda yang nak ditulis..
Ye dak...
Meh la ramai ramai kita sahut cabaran ini..

Yeahhh...
Semoga berjaya...!

Kejut Harimau yang Sedang Tidur

Tengah viral ada harimau sesat masuk kampung semalam.
Yang sesat tu harimau ye tuan tuan dan puan...
Bukan kucing....walaupun mereka dalam kumpulan keluarga yang sama.
Ini yang spesies pemangsa...

Mama Yan tengok la beberapa sedutan video klip yang tengah viral...
Wehhh...
Tak fahamm...
Kenapa ramai ramai pergi kerumun tengok harimau sesat tu.
Harimau yang dibelai dimanja kat zoo pun merbahaya...
Inikan pula harimau sesat...huhuhu...

Masing masing tunjuk berani ....
Yang naik motor siap berhenti...
Yang naik kereta siap keluar kereta...
Siap selfie...dan rakam....
Oh ye...
Kalau korang tak rakam...
Tak dapat la Mama Yan tulis entry hari ni...

Harimau tu berada dalam keadaan keliru tu...
Kesian la kat dia...
Kenapa tak call Perhilitan terus? 
Kenapa nak bahayakan diri dengan dedahkan diri kepada dia...

Call perhilitan dan biar perhilitan buat kerja...
Rakam dan viralkan lokasi penemuan hanya mengundang pemburu haram ke kawasan habitat mereka.

Dalam banyak banyak yang sempat MY tengok dalam klip yang sedang bertebaran tu....
Ni Mama Yan screen shot 3 keping...
Masa pakcik tu tergolek atas jalan....huii...darah Mama Yan yang berderau.
Lepas tu ternampak pulak...
Ada yang tengah dukung budak kecik.
Heii....wat de ^#¥$;+¥#;#%+*@
Aje giler la orang Malaysia ni...
Berani berani belaka weiii....

Kalau setakat budak kecik macam tu....
Harimau tu boleh slurpp one shot ok.

Semoga harimau sesat ni dapat perlindungan sewajarnya dari pihak berwajib.
Rasanya...kalau dia balik masuk dalam hutan dah tak selamat ni...
Dah ramai yang aim dia ni...





Klik! Klik!

Post Terhangat