Assyaima Collection

Entry ni terbahagi kepada beberapa bahagian. Asalnya nak cerita pasal tudung baru beli je... tapi cerita jugaklah pasal perjalanan sebelum dapat beli tudung dan selepas beli tudung. Mungkin ianya akan jadi sedikit panjang. Okaylah kan... sementara menunggu kat klinik ni ha... kita up la entry satu


Beli rak 3V

Last 2 weeks Mama Yan balik kampung Raub, cuti sekolah kan... haruslah ambil kesempatan. Kalau tak, bila lagi nak balik kampung. Balik tak lama pun, 3 hari 2 malam je. Tapi sempatlah mengemas rumah sikit sikit...

Mak Mama Yan dah tak boleh berdiri, sebab tahun lepas jatuh kat rumah dan tempurung lututnya pecah. Tapi, tak boleh buat operation untuk betulkan tempurung lutut tu sebab mak berisiko untuk mendapat komplikasi selepas pembedahan sebab penyakit darah tinggi, kencing manis & lemah jantung. So, semua kerja rumah abah dan adik lelaki Mama Yan yang buat. Tapi biasalah... orang lelaki buat kerja... janji perut berisi, baju berbasuh...sudahhh...

Suami Mama Yan belikan rak untuk susun semua barang barang abah yang dilambak dan digantung gantung kat luar rumah tu. Memanglah pening tengok, tapi kita yang balik sekali sekala ni, tak payah la menyakitkan hati orang tua. Biarlah abah nak simpan barang apa pun, dah tu rumah dia... biarlah... kita balik sesekali ni... kemas sikit sikit dah la... sediakan tempat untuk abah simpan barang barang tu. Ini bukan hobi macam collector patung avengers ke, hotwheels ke, barbie ke..  ini dah ada ciri ciri hoarder sebenarnya... tapi takpelah... susun ajelah. Biarlah abah nak punggah apa pun, simpan apa pun... kita tak tahu siapa yang pergi dulu, tak payah sakitkan hati sesiapa. Biar masing masing simpan kenangan yang indah indah je. 

Kadang kadang kita tengok barang tu tak berguna, dan sebenarnya memang tak berguna pun... tapi diorang simpan sebagai satu bentuk kenangan dan sentimental value. Yang paling nyata, barang barang peninggalan arwah abang abang Mama Yan... memang dibungkus, disimpan... padahal tuannya dah 7 tahun takde. Bagi orang pun tidak. Guna pun tidak. Simpan saja. Sampai dah nak melekat ke siling rumah dah barang barang yang disimpan tapi tak ada kegunaan ni. 

Lom habis kemas tu, ada lagi barang belum naik kat rak tu. Mama Yan rembat dua biji tupperware ori. Yg jaman dulu punya wei..  
Satu lagi rak mcm ni, letak dalam bilik. 


Kucing abah

Rumah mak abah Mama Yan ni...banyak kucing. Dalam 7 ke 8 ekor macam tu. Tapi semua jenis kucing kacukan bulu panjang macam tu. Dan jenis kucing yang tak boleh survive kat luar. Tangkap tikus tak pandai, memanjat tak reti, makan ikan mentah tak mahu, makan tulang tulang tak nak, cuma pandai makan kibble dan duduk atas riba tuannya aje. Ada sekor yang betina tu, asyik beranak, tapi tak suka bela anaknya... adik MY la jadi bapak susuan anak kucing tu... bila dah pandai makan, dia carikan keluarga angkat untuk anak kucing tu. Kucing baka cantik cantik ni...senang je nak dapat famili. Berebut orang nak. Cuba kucing kampung...hampeh... mati kering la situ. 

Mama Yan teringin juga nak bela kucing, tapi suami MY pula, tak suka kucing. Dia ada masalah dengan bulu kucing, gatal gatal dan bersin. 

Pak Itam yang sombong, suka menyendiri, makan memilih, tak reti bergaduh, gunting misai panjang tu karang padan muka


Hutan Lipur Lentang, Bentong

Oh ye... sebelum sampai rumah Raub, dalam perjalanan tu... kami singgah mandi manda dulu 

kat Hutan Lipur Lentang. Saja bawa anak anak berlibur dulu. Nak berlibur di taman taman tema, tak sempat... singgah mandi sungai sekejap pun jadila... janji budak budak seronok. Tapi yang tak seronok Mama Yan la... sebab nak terkucil, tapi toilet tutup. Budak budak oklah, boleh lepaskan mengikut arus air...Mama Yan yang tak mandi ni, takkan nak ehem ehem tepi sungai...oh tidakkk...




Assyaima Collection, Raub

Sebelum balik Johor semula, wajibla singgah kedai tudung Assyaima Collection di Taman Amalina... tudung kat sini cantik cantik dan murah murah... tapi kualiti... sama lah dengan harganya... ok apa.. kita pun pakai tudung ikut musim. Habis musim, dah tak pakai lagi. Dulu zaman orang pakai Fareeda, Mama Yan beli tudung paridah beli kat Assyaima ni je... orang beli harga tiga ratus... Mama Yan beli baru 30 hengget, habis musim.... sikit tak ralat. Termasuk mesin basuh, awning kepet konyok sikit tak heran. 

Tudung bawal premium tu serius cantik

Hamza Bistro, Karak

Dalam perjalanan balik tu... kami singgah ngeteh dulu kat Karak. Kami ikut jalan Raub - Bentong - Karak - Temerloh - Bera - Serting - Gemas - Segamat. Transit rumah mentua dulu di Segamat. Sebabkan aliran trafik padat di Bentong, masing masing dah kelaparan kehausan masa kat Karak. Ingat nak singgah beli air je kat kedai runcit, sekali kedai runcit sebelah restoran mamak. Duduk la terus makan minum dulu.

Hamza Bistro, Karak.
Anak anak makan nasi lemak ayam, lup nak snap gambar

Kari Kambing


Nasi beriyani


Roti telur

Soalan Sarah: Kenapa cucuk cucuk bebola ni rasa macam 'fishball'?


Lepas ni lambat lagi nak cuti sekolah. Lambat lagilah boleh balik tengok mak abah kat Raub. Dah la masa MY balik hari tu, abah MY demam sikit. Ajak gi klinik tak mau...takut...

Semoga Allah melindungi wali keramat kita semua...Aminnn...


13 Comments

  1. suka pulak kita template baru blog akak ni...kemas and clean gituuuuu

    ReplyDelete
  2. seronok nya balik kampung.... yelah sama lah MY mak abah dana pun payah sikit nak di bawak ke hospital kalau sakit, kene di pujuk rayu baru lah dengar....
    moga mak abah MY dah sembuh dari demamnya...

    ReplyDelete
  3. Rak macam tu banyak kegunaannya kan. Senang nak letak barang.

    Sama dengan kucing dekat rumah, tikus lalu ia buat macam mainan je, tapi kucing kat rumah tu kucing kampung je. Bukan baka A ke B ke.. hehehe..

    Dulu pernah sekejap pakai tudung jenis macam tu tapi beli yang murah je tapi la ni pakai yang lilit2 pulak tapi tetap beli yang mur mur je.. ;)

    Dah lama tak pergi Hutan Lipur Lentang, Bentong tu.

    Jadi lapar balik tengok menu tu.

    ReplyDelete
  4. Akak setuju dengan Yan..Rumah diaorang.Biar je la diaorang nak simpan apa pun. Dalam umur2 diaorang gitu tak de penting dah nak berdeko2 dalam rumah, nak berhias untuk jiran tengok.Tak de maknanya..

    Ada jenis anak2 yang balik membebel kat mak ayah suruh buang tu buang ni simpan itu simpan ni. Dalam diam mak ayah kecil hati.Tak pasal2 buat dosa kering je.

    ReplyDelete
  5. Suka ayat last tu MY... Wali keramat 😊

    ReplyDelete
  6. Comelnya kucing. Kucing jenis tu memang serba tak berbakat. Tahu manja je dengan tuan minta dibelai dan minta makanan. Tapi itulah kesayangan ramai kan.

    ReplyDelete
  7. Cikbunga done follow #317
    Nnti beka kucing... Tunggu ade rumah yg ade tanah👍👍

    ReplyDelete
  8. Okaylah tu MY tak bebel tapi tolong belikan biar bagi kemas. Hati orang tua kaalu dah merajuk atau terasa susah nak pujuk bukannya macam anak-anak belanja mekD dah okay.

    Nice new template :-)

    ReplyDelete
  9. Semoga abah akak diberikan kesihtan yang baik.. Aamiin..
    Part hati orang tua tu memang Sha sokong mama yan.. Jaga sebaik mungkin..

    ReplyDelete
  10. Kucing tu comel betul memang menarik perhatian 😅🌸

    ReplyDelete
  11. Sama la mak ayah kite pun suka simpan macam-macam. Kadang memang nampak macam barang tak berguna tau, tapi pernah sekali tu kite nak buat apa entah tak cukup benda sekali mak ada simpan. Baru faham bukan saja-saja mak simpan barang tu semua.

    Halah2 geram pulak tengok si meow tu tiberr.. Hehehe

    ReplyDelete
  12. semoga mak dan ayah mama yan diberikan kesihatan yg baik :)

    ReplyDelete

terima kasih la weiii...