Ke Putrajaya kita - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, September 20, 2020

Ke Putrajaya kita

Kelmarin, 18 Sept 2020, Mama Yan dan suami pergi ke Bahagian Pembangunan Kontraktor & Usahawan yang terletak di Putrajaya. Pagi pagi Subuh dah bertolak dari JB, sampai Putrajaya dalam pukul 9 lebih.




Sampai sampai...rupanya hantar borang aje. Tapi hantar borang kena owner atau director syarikat aje yang datang. MY sediakan dokumen lengkap macam nak buat permohonan baru. Complete semua. Gigih beberapa hari sebelum tu pergi Pesuruhjaya Sumpah, pergi bank minta pengesahan tandatangan cek. Rupanya, bila sampai, pegawai minta SSM lama, SSM baru, sijil CIDB lama dan baru..Itu sahaja. 

Tak apalah...daripada tak cukup dokumen. Mana Mama Yan nak gagau kat Putrajaya tu. Bukan ada sedara mara nak tumpang tumpang. Lepas tu, ingatkan prosesnya lama. Sebab dia minta owner syarikat yang datang. Rupanya, proses mengambil masa dua minggu. Nanti dah siap, pegawai akan hubungi. Kalau dalam masa dua minggu pegawai tak hubungi, dia ada bagi nama pegawai dan nombor telefon untuk dihubungi. Harap bersabarlah MY ye..tunggulah dua minggu.

Leceh rupanya nak transfer Sijil CIDB dari perniagaan milikan tunggal ke syarikat Sdn. Bhd. Kalau tahu macam ni punya susah, baik maintain aje dengan yang lama. Beli je syarikat baru. 

Mula mula kena selesaikan urusan dengan CIDB secara manual. Lepas tu kena uruskan dengan BPKU pula. Lepas dah selesai dengan BPKU, baru boleh mohon urusan migrate data dalam sistem CIMS CIDB. Tambah pula musim PKP ni..lagi la bertambah susah. 

Lepas dah selesai hantar dokumen, teruslah kami meneruskan perjalanan. Sebab jarang jarang datang, Terpaksalah berpandukan Google Maps. Nampak macam dekat je dengan Nilai, terus ajak suami singgah Nilai. Ke mana kita? ke Madam Kings Nilai...hahaha...

Marilah kita menge'pow' suami. Alahh...Madam Kings je... bukan Haji Ismail group Langkawi tu. Pinggan mangkuk biasa biasa je... bukan Corelle, bukan Vantage, jauh sekali Portmeirion. Kesian orang datang rumah kena pakai pinggan plastik anak anak. Kita carilah pinggan makan satu set yang lawa sikit. Jenama tak penting, takde orang nak angkat tengok jenama bawah pinggan kot. Tapi kalau ada, MY tak kisah pun... penat juga pusing pusing dalam Madam Kings tu. Walaupun hati tak berapa berkenan sangat sebenarnya, tapi dah sampai...Baik pilih. Kalau tak membeli, lain kali memang jangan harap nak ajak dia singgah Nilai lagi dah. Beli sudu garpu banyak gila. Sebab anak anak pergi sekolah bawak bekal, tak tahu ke mana perginya sudu diorang. Balik bawak bekal kosong je. Dari sehari ke sehari, semakin surut sudu kat rumah. Malas nak bising-bising, untung diorang bawa balik bekalnya. 

Dah selamat memeras ugut suami kat Madam Kings, kami pun meneruskan perjalanan ke Muar pulak. Yer, singgah site kat Parit Keroma, Muar. Tak lama pun, tengok tengok je. Discuss dengan sub con sikit. Lepas selesai urusan site kat Muar, kami singgah makan. Tak kisah la mana mana gerai dah, lapar. Kitorang memang macam tu, makan untuk hidup je. Konsep singgah makan dalam perjalanan... memang takdelah nak Google Mee Bandung Muar terviral di Muar. Mana mana kedai yang dirasakan sesuai, singgah je la. Takdelah nak pusing keliling satu Muar tu cari tempat makan. Hmm...memang tak layaklah jadi food blogger. Memang tak suka food hunting. 



Mama Yan dan suami order makanan dan minuman yang sama je..supaya penyediaan dapat dilakukan dengan lebih pantas. Dah pukul 3.30 dah, lauk nasi campur pun dah tinggal kuah. Orderlah limau ais dan mi bandung. Biasalah, Muar kan. Mi bandunglah. Kat Raub masa muda remaja dulu, ingatkan mi bandung tu warna pink macam air sirap bandung. Yelah, zaman tu belum ada googel Image lagi. Paling hebat pun majalah resepi mak la kalau nak cari resepi dan tunggu rancangan masak masak Kuali. hahaha...

Lepas makan terus meneruskan perjalanan balik rumah. Penat sesangat. Menaip pun penat jugak ni. Itupun tak berapa detail sebab tak masuk cerita berhenti sarapan, berhenti solat, berhenti minum, berhenti ke tandas dan lain lain. Haishh... tanda penuaan dah mula menunjukkan belang. 

Harap harap, kurang dari dua minggu siaplah Sijil Taraf Bumiputera kami tu. Sebab lepas ni nak berurusan dengan CIDB semula. Tak tahu berapa lama pula. 

Sekian, wassalam

11 comments:

  1. Part memeras ugut tu kedengaran bahagia sekali hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat set pinggan mangkuk baru...mau tak bahagia
      Takde jenama pun takpe...😆

      Delete
  2. Urusan orang have2 ni
    semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...takde la have have sangat. Cukuplah makan pakai semua...

      Delete
  3. Haha istilah memeras ugut.
    Saya pun lama tidak ke Putrajaya.
    Ala tidak kisah gerai biasa. Kadang-kadang yang viral itu tidak memenuhi citarasa atau ramai orang.
    Harap semua proses berjalan dengan lancar. Bersedia lagi 2 minggu.

    ReplyDelete
  4. Dapat la satu set pinggan mangkuk.. Jalan2 ada urusan, dpt buah tngan. Dua dalam satu gitu.. ^^

    ReplyDelete
  5. Ke madam king nilai tu setelah berkusut dgn urusan ye kak yan hehee..terbaik! dapat pow husben plg best kihkihkih ^_^

    ReplyDelete
  6. Kalau daerah kampung kami di raub b talam pakai ganti diri ouk ,kome,deme...kawas.huhu.Hebat ada company sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo balik kampung... guna aok- kaeh aje. Dalam blog tulis kaeh ora tok paha nanteh

      Delete
  7. Haha comelnya guna memeras ugut!!

    Makan tu sebenarnya tak kisah dekat mana.. yang penting perut terisi.

    ReplyDelete
  8. Bab bab ni memang leceh. Nak tak nak memang kena ikut procedure. Bertabahlah. Janji boleh settle.
    Aduhaii sedapnya nampak mee bandung tu kak. mee bandung muar haruslah sedap rasa dia.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad