Karipapku Buntal

Karipap ni memang kuih wajib kat mana mana gerai atau warung yang jual sarapan. Selain faktor penyediaannya yang tak susah sangat ia juga mudah dimakan dan sedap. Kannn...memang mudah nak makan karipap ni...sambil pandu kereta pun boleh kunyah karipap. Berbeza dengan makan lompat tikam yang nak berkuah kuah, makan seri muka yang melekat melekit pulutnya, atau putu piring yang berterabur kelapanya. 

Anak anak Mama Yan pun suka makan karipap. Tapi inti kentanglah, kalau inti bawang holland tu, jeling pun tak  sudi. Lagipun karipap ni, buat sekali boleh makan berkali kali. Apa taknya, sekali buat lepas tu goreng tak garing untuk dijadikan karipap frozen. Bila dah ada yang beku, nak makan lagi dah senang dah. Masukkan aje dalam air fryer. 

Hari tu Mama Yan buat lah karipap sebab ubi kentang kat rumah ni dah mula nak bertunas. Orang kata tak elok makan kentang yang dah keluar tunas, boleh jadi punca kanser. Tapi lagi tak elok kalau menda masih boleh dimakan, kita humban masuk tong sampah kan... jadinya MY jadikanlah semua kentang yang dah mula keluar mata tunas tu sebagai inti karipap

Mula2...Mama Yan buat pastri dia dulu. Sebab tepung karipap ni nak kena perap patutnya. Nanti sambil kita masak inti, kira perap la tu.


Mama Yan panaskan minyak masak dan marjerin putih tu dalam kuali. Marjerin putih orang panggil shortening atau minyak sayuran rasanya. Bila minyak dan marjerin putih tu dah panas, masukkan terus dalam tepung. Gaul gaul pakai senduk kayu. Jangan pakai jari. Karang melepuh pula kena minyak panas. Nanti akan jadi macam serbuk roti, berketul ketul sikit. Lupa nak snap gambar. 

Lepas tu, bancuh air garam dengan air panas. Garam tu cecukup rasa. Air panas tu cukup sekadar untuk larutkan garam. Kemudian, masukkan air sejuk peti dalam air garam tu. Bagi sejuk. Jangan sesekali uli tepung guna air panas ok. Kelak binasa tepung mu itu. Lainlah kalau nak buat jemput jemput bebola. Yang tu baru pakai air panas. 

Uli lah tepung dengan memasukkan sedikit demi sedikit air sejuk. Uli sampai boleh dicubit. Mama Yan takde jumlah air yang digunakan dengan tepat. Sebab kadang kadang pakai tepung cap kunci lain sukatan air yang diperlukan, pakai tepung Faiza lain pula. Kemudian, tutup bekas atau kalau rajin boleh bungkus tepung dengan plastic wrap. MY versi tak rajin, tutup je besen tu guna tudung periuk. Ketepikan sebentar kisah tepung sebab kita nak buat inti karipap pula

Banyak rahsia dan petua rupanya nak buat karipap yang rangup ni..

Antaranya..

  • Tambah 2 sudu air kapur 
  • guna air sejuk dari peti ais untuk menguli
  • tambah beberapa sudu tepung beras


inti karipap


Buat inti karipap

No.1 - serbuk kari

No. 2 - bawang merah + bawang putih (ditumbuk)

No. 3 - Dua keping patty burger ayam digoreng dan ditumbuk

No.4 - ubi kentang dipotong dadu

Tak ingat pulak pakai berapa biji kentang hari tu. Dalam 7 ke 8 biji rasanya. Tapi kecil kecil ke kentangnya. Sebagai penambah rencahnya, MY tambah dengan daging burger. Nak lagi mudah dan cepat, Mama Yan masak guna pressure cooker je. Cepat je kentangnya empuk.

Mula mula set 'stir fry'. Lepas tu masukkan minyak masak. Lepas minyak dah panas, masukkan bawang tumbuk dan daun kari. Stir fry sampai bawang layu, masukkan pula serbuk kari dan sedikit air. Kacau kacau kacau sampai minyak kat atas .. masukkan daging burger hancur dan kentang. Gaul sebati sebati semuanya. Tambah garam juga ya. Kemudian, tutup pressure cooker dan setkan "high pressure" selama 4 minit. Lepas 4 minit, pressure cooker dah bunyi tit tit titt... dah boleh buka penutup dan sejukkan inti dalam bekas lain.



Inti dah siap, tepung pun dah mula lembut. Mama Yan gunakan cetak karipap, tapi lepas keluar cetak, Mama Yan tetap kelim guna tangan jugak. Sebabnya, kalau pakai cetak tu, bila goreng dia ternganga. macam mana entah nak bagi lekat. Korang letak bancuhan tepung + air ke? 


Banyak juga dapat karipapnya...dapatlah untuk tiga kali goreng...alhamdulillah,.. Suka anak anak... Mak mak ni buat masak masak, fokus nak kasi anak makan je. Kalau tak..takde mana rajinnya. Takat nak makan berdua, baik beli. RM2 dapat 5 biji cukup dah untuk berdua.

Yang ni sedia untuk difrozenkan. Yang sedia untuk dimakan tak sempat ambil gambar. 


Lepas ni nak buat donut pulak. Tapi belum tahu lagi bila nak buat. angan angan dulu...hihihi


Buat sendiri, suka hati nak kulit tebal mana, inti banyak ke...sikit ke... pedas..masin..tawar.. semua boleh. 


14 Comments

  1. Karipap dari air tangan sendiri juga sedap kan sis. Saya suka kulit karipap tak berminyak dan rapuh bila makan.. Inti pula saya suka kentang dan daging. Memang best, malangnya saya tak reti buat sendiri..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya karipap. Kuih favorite Eina ni. Cantik kejadiannya. Eina selalu buat karipap sardin jer 😁

    ReplyDelete
  3. betul tu MY, kalau buat sendiri boleh isi macam-macam lauk... pastu isi sampai montok puas makan kan hehehhe

    ReplyDelete
  4. Sedapnya Yan.
    Mood Kak Sam tgh ke laut plak nak buat.

    ReplyDelete
  5. Buat sendiri puas Hati Kan. Btw jemput join giveaway yeh https://ctcheery87.blogspot.com/2020/09/giveaway-selamat-tinggal-moratorium-by.html?m=1

    ReplyDelete
  6. hebatnya pandai buat karipap, saya memang tak ada seni la tangan ni hehe

    ReplyDelete
  7. Cik TK suka karipap sardin.. hehe.. kalau boleh buat sndiri, Cik TK buat sendiri. Tapi kalau karipap ni selalu part kelim tepi tu fail.. huhuhu

    ReplyDelete
  8. wah hebatnya buat karipap sendiri. kalau saya mmg takdak talent nak wat kuih muih ni. hehe. Jemput join my GA :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  9. sedapnya karipap kak...sy ada masalah kalau buat karipap mesti inti xbrapa nak all out rasa dia...kenapa eh kak

    ReplyDelete
  10. wah..sendat nampak intinya tu..puas makan kalau macam ni.

    ReplyDelete
  11. fav ni karipap..padatnya isi dia...yumyum

    ReplyDelete
  12. Hi, good afternoon. All right? I am Brazilian, from Rio de Janeiro and I want to present my Blogger. New friends are welcome, no matter the distance. I would like to invite you to follow my Blogger. I'm a follower number 320.

    https://viagenspelobrasilerio.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete
  13. sy kelim karipap mmg x pakai pencetak tu sbb mmg tau nnt akan terbuka masa goreng. so kelim gn tangan je. almaklum laa bkn kuih jual. so kalau kelim ke laut pun x de sapa nk viral kan hahahaha

    ReplyDelete
  14. Sedapnya makan karipap kulit nipis rangup dan isi penuh macam ni. kita ni tak ada bakat buat kuih karipap. huhu

    ReplyDelete

terima kasih la weiii...