Tambah Perindopril 4 mg pula

 Semalam Mama Yan pergi klinik kesihatan, rutin... 3 bulan lepas result cantik, tapi semalam, result sangat tak cantik. Darah tinggi MY macam tak boleh dikawal pula. Asyik tinggi aje kebelakangan ni. Faktor banyak kerja ke? Sejak menyiapkan income tax bulan lepas, memang sakit kepala je ni...

Jadinya, mulai pagi hari ni, tambah lagi satu dos ubat...yummyyy...

Tapi doktor kata mungkin ubat tu akan bagi sedikit kesan. Kena berjaga- jaga dan alert dengan perubahan kesihatan diri. Mungkin akan batuk, atau sakit kepala. Jika ada kedua dua kesan tersebut, doktor suruh datang balik semula ke klinik untuk tukar ubat.

Lepas 2 minggu kena datang semula untuk ambil darah, kena test darahnya. Takut takut ubat baru ni tak sesuai dengan buah pinggang. 

Begitulah ye bila dah ada penyakit. Asyik kena cucuk ambik darah aje laaa...tapi asyik ambik darah berat tak kurang pun. Cuba kalau setiap kali kena ambik darah tu berat badannya menyusut sekali. Kan ke best tu...hihihi..

Ini ujian bahagian Mama Yan... ada orang lagi teruk sakit dan penyakitnya. Sekurang kurangnya.. ini masih boleh dikawal lagi ni... bersyukurlah kannn... klinik pun dekat je nak pergi. Ado orang siap kena naik bas.... sewa teksi... upah orang untuk hantar ke klinik. Tapi MY ni dekat je dengan klinik, dah la dekat, ada kenderaan pulak tu. Ya Rabbi...tak berhak langsung MY ni nak mengeluh pasal penyakit... 

Kita up la gambar ubat ubatan yang perlu MY ambil setiap hari. Kot kot la umur tak panjang... boleh la anak2 baca kisah mama diorang. Kalau diorang tanya Mama makan ubat apa, selalunya MY akan cakap ubat untuk kesihatan dan kecantikan je...harap2 suami Mama Yan tak delete blog ni kot kalau Mama Yan yang pergi dulu.








13 Comments

  1. Take care sis, semoga sihat2 selalu :)

    ReplyDelete
  2. dana ni pun ada masalah darah tinggi gak MY, sekarang ada 4 jenis ubat yang kene telan... kita ikut lah arahan doktor... moga kesihatan kita terjaga

    ReplyDelete
  3. Darah tinggi sejak beranak ke apa??Biasanya perempuan kena darah tinggi masa mengandung membawak sampai ke tua. Untung jadi pompuan banyak kumpul pahala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Darah tinggi sejak zaman belajar dulu lagi. Tp dulu on off, ada naik turun...sekarang manjang naik je

      Delete
  4. Jaga kesihatan
    Janganlah merja teruk2.

    ReplyDelete
  5. apa2 pun jaga diri sis... jaga kesihatan dlm keadaan sekeliling tak berapa nak stabil ni...

    ReplyDelete
  6. take care sis. jangan stress sangat dengan kerja. ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  7. Take care ye sis. Semoga sihat walafiat.

    ReplyDelete
  8. jaga kesihatan yan, ko ada darah tinggi ke? jaga diri okay

    ReplyDelete
  9. macam mamak saya kak, ada darah tinggi juga...moga Allah pelihara kesejahteraan akak selalu..

    ReplyDelete

terima kasih la weiii...