Klinik Gigi Amim - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, September 9, 2020

Klinik Gigi Amim

 Semalam, Mama Yan bawa anak no 5 pergi jumpa doktor gigi lagi. Kali ke 3 dalam masa sebulan. 

Kali pertama pergi, tampal 3 lubang. 1 lubang RM70. Kali kedua tampal lagi 3 ke 4 lubang dan cabut sebatang gigi. Kali ni pergi untuk dressing gusi dia yang bengkak dan ada nanah sikit.

Gigi Ucid ni yang atas depan semua dah reput reput hitam sikit. Tapi doktor kata takyah cabut, nanti gigi kekal akan tolak gigi lama tu ke bawah. Kalau cabut awal awal nanti gusi dia kecut. Gigi  baru nak tumbuh nanti sakit sikit dan boleh jadi berlapis lapis nanti. 

Klinik gigi kerajaan kat Pekan Nanas tak sampai 5 minit pun dari rumah... tapi nak jugak pergi Klinik Amim kat Taman Universiti tu... Doktor perempuan kat klinik Amim Taman U tu mesra kanak kanak... masa menunggu pun tak lama macam kat klinik kerajaan. Bawa budak2 ni, memang boleh buat kita cepat hilang sabar kalau menunggu lama2. Tak apalah berkorban duit sikit. Suami MY cakap, kalau kita mampu pergi klinik swasta, kita pergilah. Paling tidak dah kurang satu giliran. Yang kerajaan tu, kita bagi la yang benar - benar layak.

Tp untuk klinik gigi lah... untuk darah tinggi, dan kencing manis MY, masih percaya pada klinik kerajaan sepenuhnya...



Orang lain nak jumpa doktor gigi takut,
Dia gembira je..


Lepas selesai urusan gigi, masa nak naik kereta dia ajak makan kat SDS pulak. Dah klinik dengan SDS tu sebelah menyebelah, parking pun depan SDS, memang tak boleh elak la... 

Oklah..jom kita makan kat SDS...

Mama order air masak je... diet

Sukahati dia nak kepak kepak tangan kucing tu. 

Orderkan Ucid set kid ni..  ada salad, epal hijau, chicken grilled, kentang goreng senyum, air yakult.

Menikmati hidangan secara solo, nasib baik cukup. Kalau dia mintak tambah, memang tinggalkan aje kat kedai tu. 




10 comments:

  1. Sebulan 3 kali pi klinik gigi. Hilang dah rasa takut tu. Hahaha.

    ReplyDelete
  2. bagus ucid ni berani... geram tengok dia punya makanan dan pinggan yang hampir licin, berselera dia makan macam si aiyan

    ReplyDelete
  3. anak-anak ammi belum ada sorang pun yg "singgah melawat doktor gigi". Haritu memandangkan anak-anak kat rumah mama, ingatkan mintaklah tolong kat adik lelaki ammi bawak budak2 ni ke klinik gigi kerajaan yang jarak cuma 10 minit dr rumah. Siap tinggalkan MyKid dorang lagi...tapi dukacita. Nurse kat situ kata utk kali pertama ibu bapa yang kena hadir...sign borang persetujuan bagai.

    ReplyDelete
  4. Halah.. halah.. comel je.. seronok dia nak jumpa doktor gigi ye..

    ReplyDelete
  5. baguslah tak takut doktor pun kan, kemasnya blog yg theme baru ni yan, i like!!!

    ReplyDelete
  6. tergelak baca..ayat last yan..tinggal aje kat kedai tu..baru dia tau ^_^

    ReplyDelete
  7. wahhhh good boy... mcm ni laa anak jantan mama kan ;-)

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad