Selamat Hari Jadi Kembar





 Semalam, genap 6 tahun kelahiran anak kembar Mama Yan dan suami. Inilah satu satunya pasangan kembar dalam keluarga MY & suami. Tak tahulah baka daripada belah mana yang menyumbang genetik kembar ni. Ataupun tak perlu genetik, kalau Allah nak bagi, maka dapatlah.

Masa mengandungkan mereka dulu, masa awal awal kandungan MY takde masalah apa apa pun. Takde diabetis, takde darah tinggi, smooth aje. Sampai lah satu ketika MY batuk dan selesema, suami bawakkan ke klinik. Doktor pun tanya, nak scan tak? 

Hmm...bolehlah...alang alang tengah jumpa doktor. Masa scan tu doktor tanya, ada berapa dalam ni? MY jawab ada satulah... 

"Eh..takk... saya nampak ada dua ni puan. Baby dalam perut puan ni kembar ni. Cuba tengok"

Doktor pun tunjuk monitor scanner dan tunjuk kepala baby, ambil ukuran kepala. Tunjuk kaki, tunjuk heartbeat...memang ada dua kelip kelip. Masa tu, jantung Mama Yan yang berdegup tak tahu berapa kali ganda. Takut ada, tak percaya ada. Esoknya terus ke Klinik Kesihatan. Kena marah dengan doktor pula. "Takkan awak tak tahu awak mengandung kembar?"

Erkk...doktornya pun... siapa yang doktor ni? Lepas tu teruslah tekanan darah MY naik melambung lambung tak turun dah sampai bersalin. Hahaha...entahpape je. 

Gambar pada hari ke3 kelahiran.



13 Comments

  1. Oo..kembar tak seiras ni MY, rupa lain, jantina lain, montel pun lain..bestnya ada anak kembar kan.
    Hepi besday ye sayang2 uanti, semoga membesar sihat, cerdik soleh dan solehah.

    ReplyDelete
  2. happy birthday twin! semoga menjadi anak2 kebanggaan mak ayah... p/s darah melambung sebab teruja ke nervous? hehe

    ReplyDelete
  3. apalah doktor nih, kang tak pepasal darah naik tak turun yek masa tu...
    kembar My ni tak seiras yek... macam pakcik dan makcik dana... masa kecil mcm sama dah besar ni memang jenis kembar tak seiras, sorang panjang sorang pendek... kalau di kata kembar takde sapa yang percaya

    HB kembar moga jadi anak yang soleh dan solehah, serta berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete
  4. happy birthday anak-anak MY.. xsangka MY ada anak kembar .srnk meriah umah MY anak ramai... ;)

    ReplyDelete
  5. Alolo cutenya gambar time depa baby tu, rasa nak kiss je haha..

    Rezeki MY & family ye dapat twin alhamdulillah. Nampak berbeza muka tu, perangai camne MY?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, happy birthday kembar! Moga, membesar dengan baik & dilindungi Allah sentiasa 💚

      Delete
  6. Rasanya naik darah lepas doktor bagitahu kembar.
    Selamat harijadi untuk kembar ke-6 tahun.

    ReplyDelete
  7. Terkejut punya pasal sampai naik darahnya tak mau turun2 dah..hahahah. Happy birthday untuk dua2..Kalau tengok betul2 tak nampak kembar pun depa berdua tu..Macam abang dengan adik je..hahah

    ReplyDelete
  8. Wah..Yan ada anak kembar rupanya.

    Happy Birthday untuk si kembar!

    ReplyDelete
  9. Happy Birthday si kembar :)
    seronok kak yan..dapat kembar..
    mudah2an saya turut dapat kembar juge ^_^

    ReplyDelete
  10. Happy birthday kembar comel! kembar lain jantina ni selalunya sebab pada bulan conceived tu, MY hasilkan dua ovum (telur). jadi disenyawakan oleh 2 sperma.

    Yang penting sihat walafiat dah sekarang ;)

    ReplyDelete
  11. Selamat hari jadi untuk keduanya. Semoga membesar menjadi anak yang baik, dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan. Aaminnn

    ReplyDelete

terima kasih la weiii...