Satu Malam di Lotus Desaru

 Ini sambungan kisah Suatu pagi di Pantai Desaru

Lepas mandi mandi kat Pantai Desaru.. Kami bertolak untuk check in di Lotus Desaru Spa & Resort pula. kalau lepas mandi nak terus balik, penat sangat dan kelam kabut nanti. Tu yang tido satu malam kat hotel dekat dekat situ tu. Lagipun kat pantai hujan. 

Kami ambil bilik jenis apartment, 3 bilik tido & 2 bilik air termasuk Breakfast dan masuk splash park untuk 6 orang. Harga 1 malam tu RM650. Okeh la tu... Sampai hotel..bersihkan diri, solat dan rehat kejap.






Lepas tu anak anak ajak mandi splash park tu. Ok la anak-anak, memang nak layan korang pun. Tapi maaflah, mama & ayah takde kamera waterproof, so takde la bukti korang pernah datang sini. Simpan ajelah kenangan tu dalam otak masing masing ye. 

Mandi petang tu kami pergi tanpa Mijan. Mijan dah ketiduran. So Mijan tinggal dengan Mak Le'a kat bilik. Lepas mandi mandi petang tu...Naik bilik mandi rehat je. Nak keluar makan macam leceh sebab hujan. Adik Mijan pun tidur dari petang tak bangun bangun. penat betul si kecik tu main air kat laut.

Jadinya..Mama pun buka la pek Kembara Meal tu... Tapi anak anak Mama Yan jumpa pulak buku order kat atas console table hotel tu.

"Boleh order order la mama...nanti dia hantar kat bilik. tinggal bayar aje. "

Yelaaa.... Order la... Order chicken chop 2, Nasi ayam 2, nasi lemak 1. Makanan sampai terkejut tengok..portion 1 bekas tu kemain banyak. Nasi lemak tu, sarah makan 3 suap je, lepas tu masuk peti ais. Yang lain kongsi Chicken Chop dua bekas tu. Nasi ayam langsung tak berusik, masuk peti ais terus. Yang dewasa ni makan Nasi Kembara tu. Aril pun makan Kembara Meals juga, dia sorang je habis sepeket nasi Pilaf & Beef Rendang tu. Sedap nasinya. MY dengan suami share pek Nasi Hujan panas & Kuzi Kambing. Ya ampun sedapnya lauk kambing dia tu...

Lepas makan, semua tumbang awal. Anak anak dah tidur, MY dengan suami jalan jalan la ambik angin tepi pantai. Tapi tu la..gerimis. Takleh la nak berlama -lama kat luar. Demam kang cari pasal je. Mana pun takleh masuk kalau demam. Kami zaman-zaman honeymoon dulu tak rasa nak bercuti romantika romantika ni... anak dah meruit macam ni baru dapat rasa bercuti...hahaha...

Esoknya...Pagi tu kami turun nak pergi breakfast, tapiii...mak datuk..ramainya umat. Hmm,..memang taklah anak anak MY nak bersabar beratur. Nak nak ada 2 budak buntat tu...mulut memang takde tapis... kalau lapar memang membebel tak berhenti... Naik bilik ajelah...makan nasi ayam malamnya tu, panaskan aje dalam microwave. Tambah lagi dengan megi cawan...dah... siap makan semua turun pool lagi. Kali ni Mijan pun mandi kat pool juga. Tapi...dia memang belum faham bahaya. Suka nak duduk depan papan gelunsur. Lama juga mandi, sampai kecut habis semua jari...rentung masing masing.

Dalam pukul 11 tu kami dah naik bilik bersiap nak balik dah. Esoknya kan sekolah... kena la balik awal sikit. Masa nak balik tu..terjadi lagi satu kejadian nyaris. Haduuu...anak anak suka buat mak kecut perut tau. Semua dah siap siap nak balik, MY suruh abangnya bawa beg masuk kereta dulu. Ingatkan dia bawa beg aje...rupanya adik adiknya sekali ikut. Sekali MY keluar bilik, tengok dah kosong hall apartment tu. Semua dah keluar. Terus la Mama Yan keluar cepat-cepat, pesan kat suami tolong check kalau ada barang tertinggal lagi. Baru pakai selipar kakak ipar dah jerit panggil dari tepi lif. Cepat-cepat MY lari kat lif... kepala anak sulung MY tersepit kat pintu lif! Bagai nak gila MY berlari... Rasa nak putus nyawa.

Lagi beberapa langkah nak sampai, pintu lif terbuka sendiri. fuuhhhhh.... Lembik rasa lutut. Bayangkan kalau Lift car dalam tu bergerak....Mama Yan tak tau macam mana kejadian tu berlaku. Adik adiknya semua kat dalam lif, dia tersepit kat pintu, kakak ipar MY kat luar pintu tengah tarik tarik pintu lif tu.

Ya ampunn...anak anak... trauma Mijan kat laut semalam tak habis lagi... korang sambung pulak dengan kisah tersepit lif. Bergaris jugakla pipi dia kena pintu lif tu. Panjang la MY membebel kat anak anak masa kat kereta. Ayah diaorang diam je. Orang lelaki ada cara sendiri kot nak bagi nasihat. Mak mak biasalah...macam bertih goreng pokpekpokpek. Arahan mama abang dengan mok masukkan dulu beg dalam kereta. lepas tu naik balik. Yang pergi hangkut adik adik sekali tu kenapa? dah la payah nak pegang beg lagi, handle adik adik lagi. 

Kali ni memang serik nak bawa korang holiday lagi. Tunggulah sampai semua dah pandai jaga diri sendiri. Barulah MY fikirkan nak pergi bercuti cuti lagi. 

Sebelum sampai rumah, suami MY bawak singgah kedai makan dulu. Makan siap siap nanti takyah masak2 dah kat rumah. Dah kenyang dah boleh relax, tapi takleh nak makan dah masa tu...terbayang bayang dua kejadian nyaris dua hari berturut turut. Yang sulung dan yang bongsu... 

Perbanyakkanlah istighfar Azian ye... 

7 Comments

  1. Ya Allah MY. Kita yang baca pun rasa berderau ha. Tersepit kat pintu lif. Allahu.😥😥😫😫

    Mesti kepala sakit juga tu MY. Syukurlah pintu lif tu terbukak balik.

    Mak² biasalah MY. Kuat leter kalau anak buat hal/perangai. Ruby pun gitu juga. Marah sebab sayang.🥰

    ReplyDelete
  2. Allahuu insiden mcm ni lah yg plg takut dgn anak2 huhuuu seriau pulak saya baca kak yan huhuuu..nasib xde pape..

    ReplyDelete
  3. Allahu rabbi... Berdebar baca... Alhamdulillah takde kecederaan yg teruk. Tapi kesan emosi/ trauma mesti ada :( ingat lagi anak no 3 kot tersepit jari di pintu lif, masa baby. Berdarah juga huhu

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar..nasib x de apa2...memang seriau baca..adoi la. apa pun syukur, takde apa2...

    ReplyDelete
  5. aduhai memang mendebarkan betul cuti MY kali ini... debar adik mijan tak abis lagi ini bab lif pula, kita ni jadi mak kalau nampak anak-anak susah gitu rasa dia punya ralat tu tak tau nak kata... ralat sebab kita tak ada sama-sama dengan dia masa tu untuk pantau dan jaga dia...

    ReplyDelete
  6. Allaaaaahuu..adoii..ngerinya..takleh bayangkan kalau lif tu bergerak, Allah..moga2 jadi peringatan yg MY..malang memang tak berbau..

    ReplyDelete
  7. Tu kalau ada sesiapa cakap pasal nak pi bercuti lagi, mesti Yan akan potpetpotpet lagi pasal kisah berderau nih..kan??Biasa la, pompuan..Hahahh

    ReplyDelete

terima kasih la weiii...