Tempah Lotus Desaru Beach Resort & SPA

 Semalam, Mama Yan tempah voucher untuk pergi bawa anak anak mandi laut dan tidur kat Lotus Desaru. Masa tengah bincang bincang dengan suami Mama Yan, diorang menelinga rupanya. Dari semalam sampai ke saat ini, tak habis habis menghitung hari nak pergi vacation...hahaha.. Vacation la sangat anak anak oii...setakat perjalanan sejam lebih dan tido satu malam tu...

Si kembar asyik tanya...

"kita nak pergi bercuti tu bulan depan ke tahun depan?"

"lagi berapa hari kita nak pergi bercuti?"

"Kita nak mandi laut ke mandi kolam?"

hahaha... letih dah mama menjawab soalan2 seumpama di atas ni sepanjang hari ni...


Mama Yan ambil 3 bedroom suite tu... dapat breakfast dgn wristband tu untuk 6 orang, extra lagi 2 kanak-kanak yang terlebih kena add on la nanti. Adik Mijan baru 3 tahun, free kot...

Perancangannya, gerak pagi Jumaat, sampai sampai terus pergi pantai Desaru dulu. Mandi mandi makan berkelah apa semua... lepas tu baru check in hotel pukul 3 tu. Tido la 1 malam kat sana...esoknya lepas breakfast, main air lagi kat pool, lepas tu balik...

yelah...kat Johor kan cutinya Jumaat Sabtu. Tengah-tengah berkelah tu, suami MY kena la pergi masjid kejap untuk solat Jumaat. Tapi takde masalah la... anak anak dah besar sikit kot...Tinggal sorang je yang belum faham arahan. 

MY masih lagi tengah plan nak masak apa dan bawak bekal apa nanti... Yang pasti, pek Kembara meals yang beli kat blogger http://lydsunshine.blogspot.com/ akan dibawa bersama.

Semoga apa yang dirancang ni akan dipermudahkanlah..sebab memang dah laaaaaama sangat tak bawa anak anak mandi laut ataupun swimming pool. Kesian anak anak... Nak buat macam mana... Mama dengan ayah dia sentiasa busy...huhuhuh 

6 Comments

  1. Semoga perancangan menjadi sis, nanti share experience :D

    ReplyDelete
  2. Semoga perancangan menjadi sis, nanti share experience :D

    ReplyDelete
  3. vacation jugak la tu, walau sejam lebih aje perjalanannya..asalkan bukan di rumah sendiri..haha

    ReplyDelete
  4. berbaloi sangat tu.. Happy vacation mama yan..

    ReplyDelete

terima kasih la weiii...