Homestay Taman Universiti

 Semalam, Mama Yan sekeluarga pergi rumah lama kami kat Taman Universiti tu. Pergi pasangkan cadar dan sarung bantal kat katil. Nanti ni beli TV, beli peti ais, cerek elektrik dan seterika. Dalam minggu ni jugak lah kena beli. Kalau tak nanti, tak mula mula juga projek homestay nya... ansuran bulanan dah nak mula semula tu... bulan depan morotarium habis




Semua cadar dan sarung bantal ni MY beli kat Shopee, tapi sarung bantal tak cukup rupanya. Ingatkan dalam cadar tu ada dapat sarung bantal sekali. Rupanya tidak ada. Jadi sarung bantal cuma ada 4 helai, bantal sebenarnya MY beli 10 biji. Laju laju order sarung bantal lagi.

Lepas selesai kerja pasang pasang cadar, anak anak pun mula la merengek lapar. Ayahnya tanya nak makan apa? Ada yang nak nasi lemak, ada yang nasi arab... so ayahnya buat undian... lupa pulak nak ambil gambar kertas undian semalam.

Hasil undian mendapati...  3 orang tercabut undi nasi arab, 4 lagi undian memihak kepada Nasi Lemak... hahaha...so, yang nak makan nasi Arab, bermuram durja la... ala.... cik sarah tu bukannya makan sangat pun... beria je menangis tak dapat makan nasi arab. Pdhal dia makan 3 ke 4 suap je...

Berarak lah kami ke Warung Nasi Lemak Wak Kentut, Kulai. Jauhnya makan... ha'ah..jauh jugak la.. dari Taman Universiti ke Kulai. Tapi kan lepas tu nak balik Pekan Nanas, takla jauh sangat jadinya.  Dari Kulai nanti masuk kat simpang sebelum tol Kulai tu...

Sebab MY riba adik Mijan yang sedang tidur, so gambar memang herot petot senget benget lah jadinya...

Alhamdulillah... balik rumah semua dah kenyang. Jimat kederat Mama takyah masak malam tadi. Adik Mijan je ayah dia bungkuskan ayam goreng seketul sebab dia baru je tido sebelum sampai Kulai tu...daripada dia mengamuk dikejutkan, lenalah kamu dalam pangkuan gebu mama ye Mijan..












9 Comments

  1. dah lama tak makan nasi lemak wak kentut ni..biasanya hosmet yang selalu kursus area sana, setiap kali ada kursus mesti beli bawak balik..

    ReplyDelete
  2. Selamat maju jaya untuk projek homestaynya :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Moga berganda2 rezeki homestay tu Yan.

    ReplyDelete
  4. Semoga pembawa rezeki yang tak putus2.

    ReplyDelete
  5. semoga biz homestay berkembang maju sokmo.

    ReplyDelete
  6. penah nampak nama warung wak kentut ni..masa dorang interview Mawi rasanya dulu

    ReplyDelete
  7. Nama warung cm kelakar..tp nampak sedap lak nasi lemak ny

    ReplyDelete
  8. Seronoknya ada biz homestay. seronok deco deco. Semoga biz akak sekeluarga terus maju. aaminnn
    Sedapnya nasi lemak dengan ayam goreng tu. Nasi lemak wak kentut ni famous. ramai cakap sedap

    ReplyDelete

terima kasih la weiii...