Sevimli Tehlikeli : Cute & Dangerous - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, January 31, 2021

Sevimli Tehlikeli : Cute & Dangerous

Filem Turki pulak hari ni... layan kali kedua sambil masak kat dapur. Tengok kat handphone thru Youtube je... suka tengok sebab pelakon dia comel sangat. 

Cerita ni bermula dari seorang wanita kaya, tapi ada penyakit. Dia nak sangat anak sebelum dia mati, jadi dia kahwin. Suami dia tak sayang dia pun, sayang hartanya aje. Jadi, si isteri buat wasiat kalau dia mati, suami dia hanya akan dapat harta dia selepas anak yang dia lahirkan cukup umur dan berkahwin. Jika anak yang dia lahirkan mati, semua harta akan diserahkan kepada badan kebajikan.

Si isteri dan anak yang baru dilahirkan meninggal dunia, jadi suami dia arahkan pembantunya untuk cari bayi lain bagi menggantikan anaknya yang dilahirkan meninggal tu. Pembantunya mengupah seorang budak yang bernama Zarok untuk menculik bayi tersebut. Anak itu dibesarkan sebagai anaknya. Hanya dia dan pembantunya sahaja yang tahu itu bukan anak kandungnya.

Anak ni tadi, diberi nama Zelis. Pada hari pertunangan Zelis, Zarok memecah masuk ke rumah keluarga Zelis untuk mencuri. Zelis pula, jumpa kasut Zarok yang tertinggal. Pada kasut tu tertulis ZK. Zelis ni pulak obses sangat yang jodoh dia akan bernama ZK sebab kat dada dia ada tanda lahir seakan-akan huruf ZK.

Zelis pun ajak kawannya cari Zarok berpandukan kasut Zarok yang tertinggal. Macam biasalah..lepas berjumpa, mestilah hero dan heroin bercinta. Lepas tu adalah scene percintaan terhalang. Zelis nak dikahwinkan dengan tunang dia, anak kawan ayahnya tu. Masa nak kahwin tu, Zarok terjun dari bangunan sebelah untuk bawa lari Zelis. Hero kan... boleh terjun, boleh melompat...boleh berlawan... kalau tak taklah namanya hero.

Zarok bawa Zelis lari ke rumah keluarga kandung Zelis. Zarok rapat dengan keluarga kandung Zelis sebab dia rasa bersalah membantu menculik Zelis masa bayi. 

Cerita ni bolehla nak tonton santai santai mengisi masa. Bukan jenis cerita lawan-lawan dan bukan cerita air mata sangat. Komedi romantik kaedahnya. 

Yang berminat nak tengok...boleh tengok kat youtube. Ni ada linknya. Siap sarikata English 

https://www.youtube.com/watch?v=OSxd4_OlG-c&t=4746s



Tajuk : Sevimli Tehlikeli (Turks), Cute & Dangerous (English)

Terbitan : Avsar Film

Pengarah: Reyhan Pekar, Ozcan Deniz

Penulis : Ozcan Deniz

Bahasa : Turki

Tarikh Tayangan : 6 February 2015

Pelakon utama :  Sukru Ozyildiz sebagai Zarok

                            Ayca Aysin Turan sevagai Zelis


Ni pelakon hero...


heroin dia lawa sangat sangat...
Haishh...
terus rasa nak diet..hahaha


6 comments:

  1. Menarik juga baca jalan cerita dia..boleh cari dan tgk nnt..tq kak yan review :)

    ReplyDelete
  2. waa cita turki !!! mcm best..selalu tgk hantu ja klu turki.. ni drama kan.. mcm menarik

    ReplyDelete
  3. Wah! Menarik pula kisah si Zarok dengan Zelis ni.

    ReplyDelete
  4. Macam menarik! Boleh layan nanti ni. Thanks for the link ye MY!!

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad