Masih wujud ke? Part 1 - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, July 23, 2021

Masih wujud ke? Part 1

Naik menyampah pula bila keluar quote
"Masih wujud ke perempuan dot dot dot..."
"Masih wujud isteri dot dot dot.."
Bukan sikit sikit..
banyak dan berlambak lambak lalu di newfeed...
Tak tahu kenapa dan apa perlunya soalan begitu...
Biasanya page page yang takde modal menulis la kot...hahaha...
Ataupun nak selang seli dengan ilmiah dengan tidak ilmiah.


FB_IMG_1626672329053


kita layan aje laaa...
Zaman sekarang masih wujud lagi ke isteri sendukkan nasi untuk suami?
mestilah masih wujud...
suami sendukkan nasi untuk isteri pun wujud...

Hidup berkeluarga..
mestilah kita didik keluarga kita dengan amalan bantu membantu dan berkasih sayang...
Isteri sendukkan nasi untuk suami,
Suami cedukkan lauk untuk isteri,
Anak tuangkan air untuk mak ayah,
Abang sendukkan nasi untuk adik adik,
Kakak cuilkan ikan untuk adik,
Mak suapkan anak,
Ayah suapkan mak,

Hal kecik je kot setakat sendukkan nasi tu...
Mak mentua MY,
sehingga ke saat ni,
Masih lagi bawak dulang hidangkan makanan untuk suaminya...Bapak mentua MY lah...
bukan hidang style nasi campur tau,
ambik nasi letak dalam pinggan,
ambik mangkuk isi lauk,
hidangkan dalam dulang,
bawa hidang depan bapak mentua MY...
Siap air..
dan air basuh tangan kadang tu...

Yang menulis status macam atas ni..
kesiannya kehidupan dia...
Kalau lepas ni kita ada peluang untuk makan di restoran lagi,
Sila open table untuk kawan kawan atau family ok...
jangan order ala carte..
Order nasi dengan lauk pauk...
Nasi request letak dalam pot ..
Lepas tu ko sendukkan ke pinggan kawan kawan/keluarga...
Order air by jug..
Minta yang lain tolong tuangkan air untuk semua kat meja tu...
Rasa mesra dia lain tau daripada makan ala carte pinggan sendiri sendiri...
dan air sendiri sendiri ni...
Sila cuba ye...

20151107_130723
Hanya mampu throwback kenangan makan kat restoran aje la gayanya


























 

14 comments:

  1. FB_IMG_1545570899698

    MASIH ADA , TAK SALAH SENDUKKAN NASI KE PINGGAN SUAMI

    ReplyDelete
  2. 20181028_085702

    Alhamdulillah... Masih ada lagi cam tue😘😘

    ReplyDelete
  3. wombat+duduk

    Ada sahaja. Betul itu tolong-menolong.

    ReplyDelete
  4. BLOGGER+LOGO+%281%29-min

    Dah tak ada point nak bercerita. Biasalah. Ada jer isteri yang masih sendukkan nasi untuk suami. Suami pun ada jugak yang tolong sendukkan. Ikut kerajinan. Kadang-kadang senduk sendiri-sendiri.Ki3

    ReplyDelete
  5. logobaru

    Kan? Takdelah moden sangat sampai adab berkeluarga mcm tu dilupakan.. kami selagi semua x duduk di meja mkn memang xkn makan.. yg senduk nasik selalunya si anak sulung la.. hehehe

    ReplyDelete
  6. 13166089_985116371536448_3303728653141160938_n

    Kami sama-sama senduk-menyenduk. Kadang suami senduk, kadang anak senduk. Kadang masing-masing senduk. Mana-manalah.

    ReplyDelete
  7. 1482816570713

    Masih ada isteri yang sendukkan nasi untuk suami.. tak susah pun.. :)

    ReplyDelete
  8. ZYJPicy
  9. Beautiful+pink+carnation+gambar+profile+PC

    Masih ada. Dan tidak pelik pun kerana masih ada dengan cara yang halus ini. Tidak kolot juga kepada yang masih mempraktikkannya.

    ReplyDelete
  10. IMG_7572

    Tak ada modal lain, itu pasal up status gituu. Memang menyampah kalau baca status status macam tu hahaha.

    ReplyDelete
  11. DP%252520Blog

    sajalah tu tak ada modal agaknya. Takkanlah pupus pulak. normal lah kot senduk menyenduk gitu :) Lainlah makan sorang kena senduk sendiri.

    ReplyDelete
  12. The%20Auniqar-184

    ofkos masih ada. sapa nak sendukkan nasi untuk suami sendiri kalau bukan isteri dia

    ReplyDelete
  13. 39846816_10216632032133830_6333715445945729024_o

    Samalah kita Mama Yan.. menyampah betul bila jumpa ayat masih adakah ...
    Ada je lagi.. Ikut situasi dan keadaan lah.. Bila makan sekali, memang sendukkanlah.. bukan takat suami untuk anak-anak sekali.. kadang suami yang sendukkan..

    ReplyDelete
  14. IMG20221116111244

    adehhhh yg tanya mcm ni mesti x kawen lg. x pun bini dia x reti msk😆😆😆

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad