Wujud lagi ke? Part 4 - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, July 26, 2021

Wujud lagi ke? Part 4

Haha..
Yang ni MY pun tertanya tanya?
ada ke wanita yang tak sukakan emas?
Alangkan lelaki pun suka emas...
Ini pulak wanita...

Yang tak suka pakai perhiasan emas ramai...
Tapi tak suka emas tu?
Tak tahu la ada ke takde...
Kadang kadang ada orang tak suka pakai perhiasan emas ni sebab sebab dia yang sendiri,
Mungkin faktor kerjaya dia melarang pakai barang kemas,
Jadi leceh dia nak buka pakai,
Mungkin juga sebab anak kecik dia asyik tarik barang kemas dia, 
atau cincin bunga2 dia calarkan muka baby, 
Atau tempat tinggal dia banyak kes samun dan ragut..
Atau memang tak minat pakai perhiasan...simple...

Emas ni aset yang mudah dicairkan..
Tak macam rumah dan tanah kebun tu...
Nak jual paling kurang 3 bulan baru selesai segala urusan berkaitan guaman, pejabat hasil, pejabat tanah, bank, dan lain lain lagi..
Cuma,
Emas ni,
Kalau baru beli, dah nak jual,
susut nilai dia tinggi.
Sesuai jadi simpanan jangka panjang.

MY pun tak suka pakai perhiasan emas yang besar besar,
Tapi faktor utama tak pakai emas besar tu sebenarnya sebab tak mampu nak beli....
hahaha..
Lagi satu,
Kalau MY pakai gelang dan cincin emas besar besar,
Fuhh..
Mesti meletop kalah Mami Jarum dan DS Vida..

hah engkau!
yang kat jari DS Vida tu, beyblade pun kalah

Kalau tak suka pakai perhiasan emas sekalipun,
Mama Yan tetap rasa kita kena ada sedikit simpanan emas,
Tak kira lah dalam bentuk perhiasan, dalam bentuk jongkong emas ataupun dalam bentuk dinar,
kalau kita ni bukan dari golongan kayangan,
tak payah la beli design yang pelik-pelik dan canggih lagi rare,
buat mahal bayar upah je..
Beli je design biasa biasa...upah murah..
Kualiti emas sama je...
Tapi kalau anda memang takkan ada masalah kewangan sampai bila bila..
Takkan jejak masuk ar-rahnu,
Tak kisah la nak beli design yang macam mana pun...

Lagi satu,
jangan sesekali beli gelang tangan berbentuk bangle keras tu,
Masa beli berat,
Masa nak jual balik, 
Dia kira harga emas je,
Besi pembentuk dalam bangle tu kena tarik keluar dulu..
emasnya aje yang ditimbang...
Rugi banyak dah kat situ.
Sebab tu kita kena suka emas,
Baru tahu bagaimana nak melaram dan melabur emas..

Abu Bakar Ibnu Abi Maryam melaporkankan bahawa beliau mendengar Rasulullah saw telah bersabda,
"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
(Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

Dinar = emas
dirham= perak









 

12 comments:

  1. mungkin ada tapi tak ramai, tapi kalau udah macam vida tu besar sangat banyak sangat jadi tak lawo lak... nampak macam entah jadi serabut pulak nengok gaya dia pakai selalu

    ReplyDelete
  2. Yang ni macam mustahil sikit. 😅

    ReplyDelete
  3. suka jugak tp x suka lah yg terlalu menonjol.. less is more gitu.. kalau nk pakai cincin pun x brp gemar yg bermata

    ReplyDelete
  4. Selalu ada kawan-kawan pesan pada PC, kalau ko ada rezeki beli emas. jangan beli yang beso-beso..tapi belilah yang kecik tapi padu dan padan. kalau ko beli yang beso memang mata orang uyang tengok pun beso tapi kalau kosong ko rugi. hehehehehe.

    ReplyDelete
  5. shida suka..tp xsuka simpan..suka pakai..agak dah rosak (rapuh atau putus) tukar ganti..bila simpan..lain pula kaedahnya..kan..xsama pakai dgn simpan :)

    ReplyDelete
  6. Ada je orang tak suka. Cuma tak ramai lah kot. Saya suka emas tapi taklah besar gedabak. Biasa biasa sudah. Macam DSV tu macam terlampau sangat pulak.

    ReplyDelete
  7. Dulu tak suka emas. Bila dah remaja bangka ni baru suka emas..
    setuju dengan MY , walaupun tak suka emas at least simpan emas dlm bentuk dinar or gold bar.

    ReplyDelete
  8. bg sy yg x suka emas tu mgkn sbb diorg alergi. kalau sy mmg suka. tp besau2 mcm DSV tu idok lerrr kome nk pakai yonggg��

    ReplyDelete
  9. mama kurang minat emas2 ni. tapi yang ada ni mama pakai aje. xde simpan2 pun

    ReplyDelete
  10. Suka emas , tapi tak ada la terlalu taksub sgt . Cumanya CCL x boleh pakai subang emas di telinga , jadi gatal sangat2 . Lebih sukakan emas silver . Tapi lepas kawin terpaksa pakai juga rantai tangan dan gelang . Sebelum ni CCL sukakan emas silver je

    ReplyDelete
  11. tk suka sgt tp ada simpanan yg masa hantaran kawin, adiah birthday, anniversary...kiranya bkn jenis suka beli brg kemas...pakai yg ada je

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad