Alchemy of Souls Light and Shadow Season 2 - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, January 7, 2023

Alchemy of Souls Light and Shadow Season 2

Alchemy of Souls : Light & Shadow (Bahagian 2) pun dah nak habis. 
Malam nanti satu episod, malam esok satu episod. Lepas tu, habiss..
Harap takde season 3 pulak lah. 

Cerita menarik bagi orang yang suka dunia fantasi je. 
Yang suka drama berat, politik, jenayah tak payah tengok cerita karut macam ni. 
Dah tentu ini cerita rekaan semata mata...
Negara diorang pun namanya Kota Daeho- sebuah negara yang tiada dalam peta. 
So abaikan bab bab real dan logik ya.

Selepas Jang-uk dapat kuasa batu ais tu, dia jadi kuat gila dan ada power memburu pemindah roh yang hilang kawalan. 
Semua pemindah roh yang dia berjaya bunuh, dia buat satu susunan batu seperti tugu. 
Putera Mahkata Go juga bagi Jang-uk hadiah 1000 nyang emas setiap kali dia tumpaskan pemindah roh.

Satu hari, ada satu pemindah roh yang lari ke kawasan Jinyowon. 
Jin Cho-yeon membuka pintu Jinyowon, tetapi tidak membenarkan sesiapa masuk. 
Jang-uk curi curi juga masuk. Ketika mencari pemindah roh di kawasan Jinyowon, 
Jang-uk bertemu dengan sebuah bilik rahsia yang menempatkan Jin Bu-yeon. 
Ni pertemuan pertama Jang-uk dan Jin Bu-yeon


Ibu Jin Bu-yeon mengurung anaknya dalam bilik itu untuk dikahwinkan dan melahirkan anak sulung dari keturunan keluarga Jin. 
Ini kerana, dalam tubuh Jin Bu-yeon, bukan roh Jin Bu-yeon, tetapi roh Cho-yeon (Naksu). 
Dia hanya memerlukan pewaris yang berdarah keturunannya. 
Oh ya,
dalam episod satu,
Naksu dalam tubuh Jin Bu-yeon yang masa tu pakai nama Mu-deok dah terjun dalam tasik lepas dia hilang kawalan,
Tapi, mak dia ambil semula dari tasik dan selamatkan dia dengan bantuan Master Lee.
Master Lee kata, 
tubuh je milik Jin Bu-yeon, roh milik Naksu.
Tapi masuk episod ke 8,
Master Lee cakap lain pulak,
Roh Naksu akan hilang kalau roh Jin Bu-yeon dapat semula kuasanya.

Tetapi, kemudian Jang-uk melarikan Jin Bu-yeon dan ini mendatangkan kemarahan kepada ibu Jin Bu-yeon. 
Haiyo..suka suka bawa anak lari anak dara orang di hari perkahwinan. 
Aje gila kalau betul betul ni. 
Dia bawa lari sebab Jin Bu-yeon je yang boleh tolong dia keluarkan kuasa batu ais dari badannya. 
Tapi, lama lama diorang betul betul jatuh cinta tanpa mengetahui roh dalam badan Jin Bu-yeon tu milik bekas kekasih dia, Naksu. 
Naksu pula betul betul tak boleh ingat siapa diri dia yang sebenar.

Seo Yul pula dah tahu rahsia roh Naksu dalam badan Jin Bu-yeon sebab So-i bagitahu dia. 
Tapi geram jugaklah kat Seo Yul ni, pentingkan diri dia je. 
Nasib baik dapat diselamatkan daripada cacing darah tu. 

Setakat episod 8 ni, Jin Bu-yeon dah ingat yang dia adalah Naksu. 
Dan dialah yang pernah bunuh Jang-uk semasa dirasuk. 
Dia pun melarikan diri dari Jang-uk kerana rasa bersalah. 
Tak tahulah kesudahannya nanti happy ending ke tidak. Tapi happy ending la kot. Letih orang tunggu tiap-tiap minggu tau.

Cerita ni boleh ditonton di Netflix.
Ada dua bahagian.
Sebelum tonton bahagian kedua,
Kena tonton bahagian pertama dahulu sebab dia bersambung,
Nanti tak faham jalan cerita.
Cuma yang penting,
semua pelakon termasuk supporting ada rupa menarik.
Ada beberapa orang penyanyi Kpop dalam tu.  
Watak maidservant pun punyalah lawo...
Permaisuri raja je tak lawa sebab dah kena tukar roh dengan bomoh hitam.

Yang dah baca tapi tak faham,
Sebenarnya kena tonton dulu drama mengarut ni,
Baru boleh faham...hahaha.
Walaupun mengarut,
MY suka sangat. 
Tak sabar tunggu malam kang...

2 comments:

  1. Memang kena tengok cite ni. Siri 1 pun ibu x tgk lg MY. Kena marathon lah ni jawabnya. ;)

    ReplyDelete
  2. NURUL SYUHADA ABDUL RASHIDJanuary 20, 2023 at 12:41 PM

    Cerita ni terlalu banyak persamaan dengan siri Laksamana Sunan.

    Terutama jalan hidup Naksu..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad