Mi kari daging Noxxa - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, January 15, 2023

Mi kari daging Noxxa


Mi kari ni Mama Yan buat simple simple je untuk layan tekak anak anak ni.
Jadi takdelah bahan banyak banyak
Takde sawi, takde taugeh, takde cili merah hiris, takde telur rebus, takde kerang.
Tak lengkap, tapi anak anak suka aje.
Kalau tak suka masakan mak sendiri,
Nak suka masakan siapa lagi?
Bini belum ada...

Masa MY kecik kecik dulu,
Mak masak kari kalau ada apa apa keraian macam hari jadi...
Kalau takde apa apa,
Jarang la nak masak mi kari saja saja..
Dia jadi macam satu hidangan spesel la untuk anak beranak.

Hari ni MY tak berniat nak up resipi penuh,
sebab banyak lagi blog resipi yang hebat hebat tunjuk cara masak mi kari,
Kita ni masak tak cukup bahan,
Tak cukup ramuan,
Awas awas nya semua takde,
Kang orang tiru kang,
Jadi berganda ganda derhaka kepada resipi asal mi kari kang...hahaha
Ni MY tunjuk cara MY masakkan anak anak je...
Guna periuk Noxxa sebab nak cepat empukkan daging.

Cara masak kari daging guna Noxxa


Mula mula masukkan minyak dalam periuk Noxxa 
dan tekan butang stir fry,
Lepas tu, MY tumis daun kari,
 rempah 4 sekawan dalam minyak tu.


Lepas tu, letak pulak bawang putih, 
Bawang merah dan halia 
yang telah dikisar.
Masak sehingga bahan kisar tu kering airnya,


Lepas tu, 
Masukkan serbuk kari dan setengah cawan air.
Kacau kacau kacau guna senduk kayu.
Tak boleh tinggal tau...
Kacau sampai minyak timbul di permukaan tumisan tu.
Masa ni bau dia....harummm...


Lepas tu,
Masukkan daging.
Kacau rata rata dengan setting stir fry lagi.
Sampai air daging tu keluar dan mendidih blup blup blup...
Bila air daging tu macam nak kering dah,
Tambah air 2 cawan.
Masukkan garam.
Kemudian, tutup periuk Noxxa
setkan High Pressure selama 20 minit 


Lepas berakhir 20 minit ,
Buka periuk tekanan dengan melepaskan wapnya terlebih dahulu.
Hati hati ya.. panas.
Setkan semula periuk kepada Stir Fry.
Masukkan sekotak santan segera.
Biarkan santan mendidih.
Kalau nak cair sikit lagi, boleh tambah air lagi secawan.
Masak sehingga santan mendidih.
Masukkan juga fishball, fishcake, steamboat frozen, 
tauhu dan apa apa lah yang ada dalam fridge.

Lepas kari dah mendidih,
Kira dah masak dah tu. 
Boleh matikan suis atau nak biar keep warm pun boleh.
Bebola tu semua tak ambil masa yang lama untuk masak.
Tapi jangan la campak masuk yang keras kelkung dari dalam freezer tu,
Defrost dulu bagi lembut,
Pastu potong potong,
Baru masuk dalam kuah,

Lepas tu, 
boleh lah ceduk masuk dalam mangkuk 
bersama sama dengan mi kuning yang telah dicelur terlebih dahulu,
Kalau rajin,
Boleh rebus telur, celur sawi, celur taugeh, goreng bawang 
sebagai condiments.
Tapi MY kan tak rajin,
Jadi takdelah semua tu.
Lagipun anak - anak bukannya makan sayur pun.

Sekianlah sahaja cara Mama Yan buat mi kari untuk anak -anak.
Simple je,,
yang penting anak suka...





8 comments:

  1. Simple2 pun ibu tgk terliur MY.. Anak2 kita ni msk lah apapun semua sedap kata deme kan?! Kembang kejap hati bonda.. ;)

    ReplyDelete
  2. Sy baru sekali jer buat mee kari. Tapi tu la, nak makannya tiga mangkuk, masak macam nak makan 10 org, hehehe.

    ReplyDelete
  3. Semua benda pun boleh masak pakai noxxa ni yer. Canggih2 semua peralatan sekarang, boleh mudahkan kerja ibu2.

    ReplyDelete
  4. Betul, janji anak2 suka & kenyang makannya... Kdg geram je tgk segala sayur-mayur diketepikan gitu je...

    ReplyDelete
  5. senang ada noxxa ni. campak jee siappp

    ReplyDelete
  6. Anak² mmg suka mee tanpa byk rencah ni MY... lagi x nmpk sayur x nmpk bawang goreng lg diorang suka

    ReplyDelete
  7. Sebut pasal Noxxa, Noxxa kita dah rosak...eh x rosak..Pak Zain jatuhkan Inner dia...so dah tak leh tutup rapat dah...sedih tau....ntah bila la nak pi cari inner baru atau repair, ada orang cakap x leh repair kalau jatuh kan...

    ReplyDelete
  8. hahah..mak goreng telur mata pun sedap. bukan buat apa pun, basuh telur, pecah telur, angkat tp tetap sedap

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad