Drama Korea The Glory - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, January 4, 2023

Drama Korea The Glory

Dah lama tak tulis review drama dan movie. 
Malas. lagi senang buat entry masak dan makan.
Letak je gambar makanan,
Lepas tu cerita pasal makanan.
Nampak tak pemalasnya tebal amat di situ.

Tajuk Drama: 
The Glory

Penulis : 
Kim Eun-sook

Pengarah : 
Ahn Gil-ho

Penerbit : 
Yoon Ha-rim & Kim Young-kyu

Produksi : 
Hwa & Dam Picture

Edaran : 
Netflix

Jumlah Episod : 
8 (Bahagian 1)

Negara : 
Korea Selatan

Bahasa : 
Korea


Pelakon : 

💗Song Hye-kyo sebagai Moon Dong-eun (anak orang miskin, mangsa buli masa sekolah, Kemudian jadi cikgu)

💗Lee Do-hyun sebagai Ju Yeo-jeong ( anak pengarah hospital, Jatuh cinta pada Dong-eun)

💗Lim Ji-yeon sebagai Park Yeon-jin (anak orang kaya, jadi TV host, ada suami dan seoarang anak)

💗Yeom Hye-ran sebagai Kang Hyeon-nam (pengintip upahan Dong-eun)

💗Park Sung-hoon sebagai Jeon Jae-joon ( geng pembuli, skandal Yeon-jin, pewaris businees padang golf, buta warna)

💗Jung Sung -ill sebagai Ha Do-yeong (Suami Yeon-Jin, kaya gila)

💗Cha Joo-young sebagai Choi Hye-jeong (geng pembuli, pramugari)

💗Kim Hi-eora sebagai Lee Sa-ra (Geng pembuli, pelukis, penagih dadah)

💗Kim Gun-woo sebagai Son Myeong-oh (Geng pembuli, budak upahan Jae-joon)



Sinopsis :

Moon Dong-eun ni anak orang miskin masa sekolah. Dia menjadi mangsa buli secara mental dan fizikal oleh sekumpulan pelajar anak orang kaya. Walaupun setelah membuat laporan polis dan guru, Dong-eun tetap tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Malahan dipukul oleh gurunya dengan teruk. 
Ibu Dong-eun menandatangani surat berhenti sekolah Dong-eun dengan alasan "tidak dapat menyesuaikan diri"

Jururawat di pusat kesihatan sekolah turut diberhentikan kerana sering membantu merawat luka luka Dong-eun. Dong-eun berasa sangat tertekan dan akhirnya berhenti sekolah. Tetapi kerana dendam yang sangat membara kepada kumpulan pembulinya, Dong-eun berkerja sambil belajar dan mengambil peperiksaan secara persendirian. Walaupun bercita cita menjadi arkitek, tetapi kerana ingin melunasi dendam, dia mengubah haluan hidupnya dengan mengambil jurusan perguruan. Sambil belajar, Dong-eun juga mengajar tuisyen kepada anak anak orang kaya untuk mengumpul duit. Malahan mengikat perut sehingga kekurangan nutrisi.

Setelah tamat belajar, Dong-eun mencari jalan untuk mengugut pengerusi sekolah tempat anak Yeon-Jin belajar agar dia diberi tempat mengajar kelas anak Yeon-jin. Semasa sedang menyelongkar tong sampah, ada seorang perempuan yang bernama Kang Hyeong-nam nampak dan merakam segala perbuatan Dong-eun. Tapi lepas tu diorang deal untuk bekerjasama sebagai rakan subahat. Maka bermulalah tugas Hyeong-nam sebagai pengintip upahan. Macam-macam penyamaran yang makcik tu jadi. 

Dong-eun juga bekerjasama dengan Myeong-oh untuk mengugut Yeon-jin, tapi separuh jalan je sebab Son Myeong-oh tiba tiba tak dapat dihubungi. Mungkin mati dibunuh orang upahan mak Yeon-jin. Dong-eun juga berjaya mendapat bukti Lee Sa-ra mengambil dadah, jadi dia ugut Sa-ra untuk bagi dia sejumlah wang. Kat Korea bukan macam kat Malaysia. Keluar masuk pusat pemulihan dadah pun masih diterima dan dirindui peminat. Kalau kat Korea, terlibat dengan dadah, memang habislah tergolek terguling.

Hye-jeong pula dah nak kahwin, tapi Dong-eun acah-acah rapat dengan bakal mak mentua Hye-jeong. Hye-jeong takut kalau Dong-eun bagitahu rahsia dia membuli sebab bakal mak mentua dia sangat demand. Siap kena buat ujian HIV, penyakit kelamin, check akaun bank bagai. Dong-eun ugut kalau nak selamat kahwin dengan lelaki kaya tu, pergi report polis pasal kehilangan Myeong-oh.

Cerita ni ada dua bahagian. Bahagian kedua akan keluar pada bulan Mac 2023 nanti. Jadi buat masa ni cerita ni akan sedikit tergantung dan menyakitkan hati. Kesudahannya setakat bahagian 1 ni, suami Yeon-jin jumpa Yeon-jin yang memecah masuk unit pangsapuri Moon Dong-eun yang terletak bertentangan dengan rumah mereka. Tapi, suami dia belum tahu lagi anak diorang tu hasil persundalan Yeon Jin dengan Jae-joon. Dan anak diorang mewarisi masalah buta warna Jae-joon. Hero cerita ni pun tak berkembang dengan baik. Mungkin lebih banyak dialog dan watak yang lebih berkesan dalam bahagian dua nanti.

Cerita ni, sebaiknya jangan ditonton bersama anak anak kerana mengandungi aksi lucah dan keganasan. Ada pembunuhan, penderaan, keganasan rumah tangga, pengabaian kanak-kanak & bunuh diri, yang dewasa ni tengok pun boleh trauma. Nak gambarkan betapa teruknya keadaan Dong-eun tu, dia dengar bunyi daging kena panggang atas kuali pun dia boleh diserang panik.

Secara keseluruhan, jalan cerita ni best. Masa tu terfikir, ada ke orang membuli sampai melecur teruk macam tu. Eh ada... kat Malaysia... Arwah Zulfarhan Osman. Ditekap dengan seterika dan tidak menerima rawatan dengan baik sehingga luka dijangkiti kuman yang mengakibatkannya maut. Keseronokan membuli ni, takde faedah pun.
Silap silap, balasan yang diterima tidak setimpal dengan kesoronokan yang dicari.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan para syuhada. 







 

7 comments:

  1. Al-fatihah utk arwah zulfarhan... mmg tragis kisah dia dlu kan? mmg xde hati perut langsung pembuli²nya mmg x ingat balasan Allah kot

    Betul kan agak susah buat review... sy ni lg la jarang nk follow cerita/drama lagilah jarang nk buat review.. hehehe

    ReplyDelete
  2. sama la citer kita, cuma MA review simple2 jer.. x sabar tunggu part 2 mac ni
    al fatihah buat arwah, moga tenang & damai di sana...aamiin

    ReplyDelete
  3. bagus tau MY ni kalau buat review drama korea memang detail, dana takde bakat nak tulis gini secara detail. Menarik jalan cerita tapi takut sakit hati lak tengok drama yang sedih, dan penuh ganas gini. Sekarang tengah layan drama missing the other side 2

    ReplyDelete
  4. Kita pun tengok cerita ni teringat Arwah Farhan.

    ReplyDelete
  5. Ye... Malaysia pun ada kejadian seumpama tu....

    ReplyDelete
  6. sana sini orang dok cerita pasal cerita The Glory ni...

    Al-Fatihah buat arwah Zulfarhan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad