Sarapan di Old Town White Coffee - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, January 9, 2023

Sarapan di Old Town White Coffee

Pagi kelmarin MY naik pejabat kejap sebab ada dokumen yang nak ditandatangani.
Lepas selesai urusan dokumen,
Kami keluar pejabat.
MY minta suami bawa ke kedai alat tulis.
Nak top up pensel dan plastisin.

Hari tu, kelas Sarah,
Esok nak pakai plastisin,
Hari ni baru bagitahu.
Mujurlah ada lagi sekotak dalam simpanan.
Jadi kena la top up lagi plastisin untuk kegunaan pembelajaran anak-anak.

Lepas tu, minta hantar ke Watson yang baru dibuka di Taman Universiti pula.
Cari Panadol dan handyplast.
Tapi panadol belum ada stok.
Baru buka kann...

Perut dah lapar sebab belum makan apa-apa,
Singgah la Old Town White Coffee di Taman Universiti.
Sebenarnya teringin nak makan nasi lemak kat Pasar Awam Taman U.. tapi, orang terlalu ramai.
Malas la nak bersesak-sesak.
Tu yang kami menuju ke Old Town White Coffee.
Aman sikit.
Tak ramai orang,
Nak berbual pun lebih selesa.


Mi kari
Mama Yan memilih untuk makan bihun kari dan kopi o beng je.
Mama Yan memang suka makan mi kari.
Kedai kedai Melayu,
Susah betul nak jumpa mi kari. 
Memang kalau teringjn mi kari tu, kena cari kat OTWC.


Ni pula pilihan suami.
Bihun goreng dan teh o lemon panas.
Suruh makan nasi taknak,
Dia nak makan bihun goreng aje. 

Habis semangkuk mi kari Mama Yan. 
Lapar weh..
Dah pukul 11 lebih dah masa tu.
Memang laju aje la makan..
Dengan belum sarapannya.
Suami MY kata sign document aje..
Sekali..
Ehh... banyak pula menda dia nak usik.
Nak scan BQ lah,
Nak email orang QS dulu,
Nak cari harga...
Tu yang lajak tu.
Kita ni dah menggeletat je nak balik sebab anak nak pereksa esok.

Lepas makan,
Kami terus la balik rumah.
Anak anak kat rumah pun baru siap makan juga.
Lepastu,
Barulah teman anak anak ulangkaji sebab penilaian tahunan minggu ni...
Semoga brjaya anak anak




 

5 comments:

  1. Kalau kat Johor ni memnag kurang orang melayu jual mee kari. Tapi, kalau kat Ipoh, banyak betul jumpa, sarapan kat warung2 pun ada mee kari.

    ReplyDelete
  2. lama dah tak layan mee kari kat OTWC sedap tu.... yelah kadang kalau tempat sesak sangat jadi malas nak pergi kan

    ReplyDelete
  3. Seronoknya, lama juga dah tak pekena OTWC

    ReplyDelete
  4. Betul kan mmg susah nk jumpa org jual mee kari... kat sini pun sama... anak² sy pun exam jugak mgu ni... sorg je mgu dpn... semoga dipermudahkan urusan anak² kita

    ReplyDelete
  5. aida biasa dating dgn anak2 bertiga kat otwc ni jumaat tghari, MY.
    amik diorang bertiga dari sekolah memasing and lunch situ.
    kebetulan dekat dgn ofis.
    abis makan, semua naik ofis aida :) ha ha ha ha...
    malas nak anto balik rumah.
    dah upah lunch kat otwc, tiga-tiga no complaint la.

    memang sedap.
    nasi lemaknya, mee karinya, wantan nyer, roti bakar nyer.
    semua la. still my favourite lah otwc ni.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad