Roti Jala Yang Mudah dan Lembut - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, January 2, 2023

Roti Jala Yang Mudah dan Lembut


Masa kat kampung cuti sekolah hari tu,
Sempat la MY menjala dalam sekilo setengah tepung.
 Kalau buat kampung,
Boleh la makan sama sama dengan atoknya, makcik makciknya dan sepupunya juga.
Meriah sikit.
Bapa Mentua MY memang suka sangat makan roti jala cicah kari.
Kalau lempeng tu,
sekeping pun payah nak habis.
Kalau roti jala,
5 keping sekali jalan je.

Resipi Roti Jala 


1 kg tepung gandum
garam secukup rasa
1 senduk kecil Minyak masak
2 biji telur
1 penutup pewarna kuning
Air secukupnya.

Cara membuat:
Campur semua bahan tepung + garam + minyak + telur + pewarna kuning.
Masuk air sedikit demi sedikit sehingga mencapai kelikatan yang sesuai.
Kacau rata menggunakan whisk.
Tapis ke dalam jug besar.
Kemudian,
tuang kan kedalam botol roti jala.

MY pakai kuali non stick beli di shopee jenama Premier.
memang elok sangat kualinya.
Kalau kali pertama buat, 
mungkin kena try & error dulu tahap kelikatannya.
Kena la cuba barang sesenduk dua dulu masuk dalam botol tu.
Kemudian test atas kuali.
Kalau menjadi elok, senang dijala, tak putus putus,
Tak tersumbat sumbat, ngam la tu  


Bila semua dah bertukar warna, dah takde bahagian cair tu,
Kira dah masak la tu.
Tak payah dipalingkan lagi dah.
Terus je angkat dan gulungkan.
Buat buatlah tak nampak dinding yang berkerak tu ye.
MY dah tolong lapkan dah lepas masak roti jala hari tu. 
Maklumlah yang kat kampung tu dah warga oldies & goldies..
Tunggulah anak menantu yang masih muda belia ni balik untuk ambik job sental mental ni ya.

Alhamdulillah kerana dikurniakan anak bujang yang rajin. 
Suka menolong tapi kalau mak mak cerewet memang sanggup penat daripada sakit mata tengok macam macam saiz gulungan roti jala hahaha..
Tapi MY tak kisah..
Ajar je slow slow..
Lama lama okayla ..
Kita kita aje yang nak makan...
Lainlah kalau nak berjual.
Kena la buat cantik cantik seia sekata...

Okaylah selamat mencubalah ye ...




 

7 comments:

  1. lama tak buat roti jala, nak buat risau takut tangan keras dah hii

    ReplyDelete
  2. Boleh cuba ni ibu dah lama teringin nak menjala mkn plak dgn kari ayam kan.. Tapi tahap M ibu tu terlalu lah tinggi. Kena buang jauh2 ni dh masuk 2023. Hihihi! Nanti kalau dah jadi nanti ibu share di blog tau.. Hihihi! Ibu pun sama mcm MY. Tak kisahlah kemas ke tidak kerja tangan anak bujang asalkan dia nak tlg buat. Ibu selalu cakap buat jer mcm mana Aqil bukan kita masuk pertandingan pun. Hahahaha!

    ReplyDelete
  3. Lama sgt dh x menjala ni.. sedap mkn ramai2 kan

    ReplyDelete
  4. aduhai, baca entri ni, rindu plak kat mak.
    kalau nak menjala ni, mak mesti suruh aida.
    tak la pakar, tapi sabar berdiri menjala :)
    kakak-kakak or adik tak begitu sabar, mamYan ha ha ha ha...
    resipi pun maintain resipi mak aje. best!

    kat rumah sendiri, lama dah tak menjala!
    malas nyer lah hai... ntah bila nak dtg kerajinan tu.

    ReplyDelete
  5. suka roti jala ni tapi tak rajin nak buatnya..hehe..

    ReplyDelete
  6. Selamat menjala roti
    Regukan dengan kari kambing tentu ngam

    ReplyDelete
  7. ammi tak rajin betul nak menjala...sebab kena berdiri. kalau boleh nak menjala sambil baring ahakss

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad