Sambal ketuk mudah dengan ubi kayu godok

Kelmarin, Kawan suami ada bagi ubi kayu seplastik, 
Banyak juga la...
Jadinya, Pagi semalam rebus la ubi kayu tu.
Nak buat sambal tumis merah tu lambat pula prosesnya.
Nak cepat dimasak, 
sedap dimakan kan...
Kenalah buat ikhtiar lain selain dari Maggi.
MY pun ke dapur lah buat sambal ketuk yang senang dan cepat ni,
Ni sebenarnya lauk kami makan malam time time balik lambat sebab sibuk kerja,
Tapi gaji ciputs nak makan kat luar.
Lawankan pulak dengan telur goreng,
Dah cukup nikmat dah masa tu.

Sambal ketuk ni ada banyak versi.
ada yang letak tomato,
ada yang letak air asam limau,
ada yang letak belacan,
Tapi yang penting,
Jangan tak letak cili lah ye,
Kalau takde cili,
Hilanglah ciri utama sambal tu,
makanya dia tidak layak lagi digelar sambal.

Tapi kali ni, MY tumbuk tak cukup lumut,
boleh nampak kat gambar tu,
Bersepah lagi kasar bahan-bahannya..
Lantak situ.
Tangan kanan tengah sakit ni sebab salah tidur malam kelmarin.


Resipi membuat sambal ketuk:


Bahan-bahan:

2 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 tangkai cili hijau besar
4 tangkai cili hijau kecil
1 genggam ikan bilis
sedikit garam


Cara cara membuat sambal ketuk:

1. Kupas bawang dan bawang putih. Bersihkan. Kemudian potong kasar.
2. Gorengkan semua bahan bahan secara berasingan. Goreng sehingga sedikit layu je, bukan jadi kerepek terus. Cuma ikan bilis je goreng garing
3. Tumbuk semua bahan bahan yang telah digoreng tadi. Mulakan dengan menumbuk cili dahulu.
Kemudian masukkan bawang dan bilis. Jangan lupa letak garam sikit masa menumbuk.
4. Siap untuk dimakan


dapatlah sepiring.
Anak anak mana nak makan macam ni.
Ada ke ubi rebus makan dangan dengan gula pasir.
Tapi MY buat ni tak pedas sangat.
Korang kalau suka yang kaw kaw punya pedas,
Boleh la tambah lagi kuantiti cilinya.
Kalau suka manis,
Boleh juga tambah gula, Tambah MSG bagai..
Semua boleh.
Tapi MY tak berapa suka lauk manis manis.
Bagi MY, kalau manis tu patutnya duduk kat area dessert lah.
Jangan duduk kat bahagian lauk pauk dan sambal.


Memang ngamlah dinikmati ketika hari hujan.
Dihidangkan juga dengan kopi o panas berasap..
Fuhh...Mak mentua lalu lupa nak pelawa...hahaha...
jangan buat eh..tak pelawa mentua makan ni.
Habis satu suku kaum belah mentua tahu nanti...hahaha...

 

8 Comments

  1. Makan ubi rebus hangat dengan sambal, memang regu terbaik ni Yan.

    ReplyDelete
  2. oh begitu rupa sambal ketuk ni...goreng2 semua, baru tumbuk ek..

    ReplyDelete
  3. ubi kayu memangg sedapp fuhh layann ujan2 ni
    gebuss je tu

    ReplyDelete
  4. Macam sambal gesek NS...sama maybe panggilan lain kot..cuma part NS bahan cuma ikan bilis mentah tumbuk dengan cili and perah limau kasturi..

    ReplyDelete
  5. bestnya buat kudapan petang2 layankan dengan kopi gebres

    ReplyDelete
  6. Mcm2 nama ye sambal ni..MA panggil sambal gesek.
    Memang layan la ngan ubi kayu rebus kannn... dapp

    ReplyDelete
  7. Sambal ketuk ini tambah tempoyak pun sedap.. memang habis duapinggan nasi..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)