Kacang buncis tumis dengan udang - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, January 19, 2023

Kacang buncis tumis dengan udang

Memang masak makan malam suatu perkara yang memeningkan kepala MY.
Sampai buntu nak masak apa untuk makan malam.
Kadang tu,
Malas nak fikir,
goreng telur kicap dengan bilis goreng je.
Makan dengan nasi.
Bukan malas nak masak,
Tapi malas nak fikir.
Masak itu tak kena, 
Masak ini tak sesuai,
Masak tu tak cukup bahan.
Jadi masak apa yang ada di rumah je la.

Resipi Kacang buncis tumis dengan udang

Secekak kacang buncis
secekak cendawan putih
sedikit udang
1 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih 
2 biji Cili hijau besar
sedikit sos tiram
sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara memasak:

1. Bersihkan udang, buang kulit dan belah belakang.
2. Bersihkan kacang buncis dan potong ikut kesukaan.
3. Hiris bawang dan cili
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali
5. Tumis bawang dan cili
 6. Kemudian masukkan udang.
7. masukkan sos tiram dan garam, kacau rata.
8. masukkan kacang hijau dan cendawan.
9. Kacau kacau kacau... Siapp... Boleh lah tutup api.
10. Kalau nak hidang kat orang tua takde gigi, boleh la lembutkan sikit lagi...heheehe.


Boleh la kan untuk makan malam.
Anak anak bukannya makan sayur pun.
Mamanya yang kena makan sayur lebih.
Kalau tak makan sayur,
nanti kulit kering dan tak cantik.
Suka tak suka, kenalah makan sayur.
Tambah pulak lagi kalau ada kencing manis,
Kenalah kurangkan kuantiti nasi,
Dan tambah kuantiti sayuran.

MY pula memang peminat makanan laut.
Tapi anak anak tak berapa laju dengan makanan laut ni...
Diorang sukanya makan ayam, telur, ayam, telur...
Kalau masak makanan laut semata mata,
Selalu tak habis,
Tu yang selalu buat campuran dalam sayur, 
Campur dalam mi goreng,
Dalam spageti dan lain lain lagi..

Bila tengok gambar lauk MY ni,
Alahai...huduhnya la kualiti gambar dalam blog MY ni...
Hahaha...
Hadoiyai...
MY memang sejenia yang tak berapa rajin nak ambil gambar,
Nak letak dalam pinggan lawa...
Props gambar...
Setting pencahayaan..
Semua tu memerlukan effort dan juga skill
Dan MY tak memiliki segala jenis kerajinan atau bakat tersebut.
Sepatutnya, MY berusaha untuk tambah kemahiran tu semua,
 Barulah orang semakin tertariknak datang berkunjung.
Okay...esok MY nak beli ring light.
Demi menambah kualiti pada gambar gambar blog.
Doakan lah kerajinan Mama Yan ye...
Wassalam...


 

10 comments:

  1. Anak² sy pun suka ayam... kalau boleh hari² masak ayam... ibu pulak muak masak ayam hari² kalau dah buntuk mmg pilihan menu telur goreng, bilis goreng atau sardin.. hahaha... lebih kurang je kan?

    ReplyDelete
  2. sama la..anak2 MA pun mesti nak ada ayam....jemu sungguh. kadang2 tu masak utk diaorg je, MA masak lauk lain yg simple2 je....memang mencabar sungguh la nak pikir menu

    ReplyDelete
  3. Aiyan pun dulu tak reti makan udang asyik ayam je dah lama-lama baru tahu sedap udang tu, tapi itupun jarang-jarang ikut mood dia jugak kalau masakan lauk tu,. Kadang dia lebih suka makan nasi dengan kuah kosong je tanpa lauk apa-apa

    ReplyDelete
  4. Hi kak.. Lama tak singgah mengomen sini.. Sedap tu kacang buncis dgn udang.. Ratah saja pun sedap ni... Sesekali kita ni nak jugak menu selain ayam kn. Tp bdk2 mmg xleh tinggal ayam. macam tak jemu depa kn..

    ReplyDelete
  5. kak ana suka tumis buncis ni sedap ratah2 jer :)

    ReplyDelete
  6. PH ni kalau menu ayam tu sampai x reti nak masak apa dah...buntu huhu...

    ReplyDelete
  7. kegemaran saya kacang buncis ni, biasa masak dgn telur je pun dah sedap

    ReplyDelete
  8. masakan simple2 ni lagi laju tekak kan.

    ReplyDelete
  9. suka menu ni sbb simple dan mudah masak

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad