Selamat Tahun Baru 2023 - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, January 1, 2023

Selamat Tahun Baru 2023


Masa MY tahun satu di UTM, Johor,
Pernah la tercuti tanpa sengaja.
Memang masa tu kami semua kawan kawan yang rapat,
Bukan orang Johor.
Jadi memang tak tahu yang Johor langsung tak sambut tahun baru 1 Januari.

Lepas tu,
Esoknya datang kelas,
Dengan selamba pensyarah berkata,
"Seperti yang saya janjikan semalam,
Hari ni ada kuiz ya"
Ahahaha... meroyan jap. 
Walaupun kuiz tu kadang kadang setakat satu ke dua markah je setiap kali,
Kadang kadang setengah markah je,
tapi itulah carry mark kita..
Penting tu..

Lepas tu,
ada lagi kejadian.
Kami ni teringin nak tengok sambutan Tahun baru,
Sewa lah kereta. 
Sebab ada housemate yang ada lesen kereta,
Pergi dataran Johor Bahru, sebab esoknya tu memang cuti hujung minggu.
Tapi...
Hahaha...
Senyap sunyi seperti dilanggar garuda itu dataran.
Masa tu peniaga van luton masih di Pantai Lido lagi.
Sayangnya takde ambil ambil gambar.
Kamera pun takde masa tu.
ada kamera takde standby kodak nya pula.

Lepas tu,
Fahamlah MY bahawa,
Tahun baru hanyalah hari biasa di bumi jauhar.

Apapun..
Selamat tahun baru 2023 kepada semua pembaca blog Mama Yan ni.
Semoga 364 hari yang bakal kita lalui nanti lebir bersinar dari hari hari sebelum ini...
InsyaAllah
 

5 comments:

  1. Selamat tahun baru MY.. Semoga baik2 semuanya ya.. Ibu pun baru tau ni Johor x sambut tahun baru.. Maknanya hari ni sesi persekolahan bermulalah disana ye.. ;)

    ReplyDelete
  2. Samalah dgn Kedah, tak cuti juga new year. Tapi, bila dah berkelana di Lembah Klang mmg cuti ajelah PH setiap kali new year :D
    Selamat Tahun Baru MY!

    ReplyDelete
  3. Selamat Tahun Baru! Ha ah, sini tak cuti kan.. Aamin doanya...

    ReplyDelete
  4. Selamat tahun baru 2023..kat Terengganu ni pun sama. Malam tahun baru tak ada makna..hihi, anak-anak pun dah bersekolah hari ni.

    ReplyDelete
  5. selamat thn baru utk mamaYan sekeluarga.
    aida pernah la sambut 1.1.2010 di JB.
    first stesen lepas lapor diri sebagai penjawat kerajaan.
    sib baik masa tu sedar yg johor tak amik cuti new year.
    if not, tertuang jugak le keje sehari.
    alasan bakal bagi ke bos - tak tau johor tak cuti :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad