Monday, January 28, 2019

Selamat dah berbuka puasa

Buka puasa lauk nasi dengan lauk ni je petang tadi.
Alhamdulillah sangat sangat berjaya menghabiskan puasa sehari
Kihkihkih
Nak mula ganti puasa ni memang payah nak dapat tune dia
Hari ni berjaya juga akhirnya

Selalunya lepas ambil anak balik tadika pukul 12,
Mama Yan akan masak masak untuk anak anak balik sekolah pukul 1.10 petang,
Lepas tu bawak nasi dan lauk naik office
Makan dengan suami.
Tapi hari ni MY puasa, so tak bawa bekal la
Masak untuk anak anak pun bening kentang dengan fishball aje.

Masak petang tadi,
Kakak ipar Mama Yan yang masak.
Dia tanya, 
Nak berbuka apa?
Nak buat air apa?
Ya ampunnn...
Segan Mama Yan...
Hamba ni hanyalah adik ipar dia...
Tapi bila tau Mama Yan puasa,
Bersungguh sungguh dia nak masakkan.

Alah....takyah susah yang pelik pelik.
Buka puasa ganti je...
Masak yang simple simple aje udah.
Kita ni makan untuk hidup.
So, tak perlu berhabis masa, 
tenaga dan wang ringgit untuk makanan yang sedap dan mewah setiap hari. 
Cukuplah memenuhi lazat, berzat dan berkat.

So,
Ikan goreng dan sayur tauge + sawi.
Tauge ni...
Kalau dalam mi goreng ke, kueteow goreng ke,
Dalam bihun goreng ke...
Mama Yan sanggup jalankan operasi mencari dan menyelamat.
Asingkan tauge dari dalam makanan 
Tapi kalau buat lauk nasi..
Mama Yan ok je.
Pelik tak? 
Harap tak pelik lah..
Sebab terasa tauge tu mengganggu keenakan masakan masakan mi.
Kalau takde lagi syedap!

Hahaha...
Ok, daku tidak keseorangan rupanya.


Thursday, January 24, 2019

Semangat merudum la pulak

Semangat yang hari tu begitu berkobar kobar nak update blog setiap hari semakin merudum..
kah kah kah
ni la namanya "hangat hangat hahi hayam"
Letih juga ye nak maintain 1 hari 1 entry
lebih lebih lagi entry yang berkualiti
memang tak boleh pergi

Tambah pula anak nombor 4, 5, 6 demam.
Kerja kat ofis bertimpa-timpa,
Lagilah segala plan lari...
draft entry berlambak, 
tapi semuanya seolah olah tiada kesudahan gitu...



dah beli dah buku baru untuk menaikkan semangat tahun baru.
"University notes" lagi haaa...
Buku log lama tu,
kulitnya dah tertanggal dari isi,
eh..ke isi tanggal dari kulit...
tak kisah la siapa yang tanggal.
tapi tengok pun sakit mata.
Manalah tahu,
Dengan adanya buku baru,
Semangat sikit nak buat perancangan kerja
Dan juga ada masa nak update blog bila semuanya berjalan lancar.
Insyaallah..



Wednesday, January 23, 2019

WW : Gambar pasport pertama - utk daftar tadika

Lupa buat report

Memo meeting dah keluar dari minggu lepas,
tapi boleh lupa pulak.
mendapat la buat kerja last minit.
Gambar site pun lupa suruh budak site tolong ambikkan

Dah pukul 4 lebih semalam baru teringat report belum buat.
Mampu ber huhuhu je laaa.
Mi kari Secret Recipe pun terasa tak sedap bila sedar ada kerja tak siap.
Siap siap makan...sampai opis balik pukul 5.
Haha...macam kartun buat kerja.
Pakai je gambar 2 minggu lepas..lantak situ.

Sedang beratur untuk distapler
Begitula kalau kerja sendiri...
Kerani dah balik  pukul 5.30 ptg. 
Ni siap print pukul 7.30 malam.
Berenti solat kejap.
Pastu sambung stapler & selotape
Biasanya siapkan master copy je...
Kerani fotostat dan binding.

Pagi ni meeting pukul 10..
Kalau meeting petang tak kalut sangat. 
Inilah akibatnya jika suka menangguhkan kerja.
Lama lama terlupa terus.

Ambil pengajaran hari ini untuk perancangan masa hadapan yang lebih baik.

Pengajaran untuk hari ini:
1. Jangan bertangguh
2. Mark date penting dan agenda kat planner
3. Pergi beli planner/buku log baru ⇨ buat top up semangat baru.






Monday, January 21, 2019

Photobook vs Cuci Gambar


Berjaya juga akhirnya susun gambar yang beratus ratus keping
Masuk dalam album.
Dah lama cuci...
Tapi takde kerajinan nak masuk album.
Cuci punya lah banyak
Sebab masa tu ada promosi kat Pixajoy
Murah gila
Tapi tu la...
Cuci gambar keping2 ni,
Nak beli album lagi...
Nak beli kerajinan masuk album lagi...
Nak beli masa bersendiri lagi...
Kalau tak anak anak turut serta...
Adoiii...
Serabut mama nak oiii...

Lepas ni nak buat photobook aje.
Kat Pixajoy murah2 je...
Hari tu siap dapat free photobook. 
Bayar postage aje
Sbb tolong Vote pixajoy utk peraduan apa entah...
Setakat ni Mama Yan ada 3 photobook kecik2...
2 lagi Beli time promo...hehehe..
Dasar cheapskate.

Buat photobook pixajoy ni senang
Download apps,
Lepas tu susun susun je gambar kat komputer
Eh..kat henpon pun boleh juga.
Lepas tu upload 
Lepas tu bayar online
Biasa dalam seminggu la sampai produk.

Ni tengah menanti offer dan promo sempena CNY..
Confirm ada yang murah murah
So...apalagi..
Jom la log in beramai ramai


Friday, January 18, 2019

Bahaya batu hot fix

halamakk..
boleh masuk telinga menda alah blink blink ni ye..
ni yang risau ni..
tudung dan baju2 Mama Yan memang banyak yang pakai batu hot fix ni..
yang murah kan gamnya senang tertanggal
nak pakai yang swarovski belum ada kekuatan 

Tapi bila baca berita macam ni...
seram pulakk..
tapi budak2 ni semua benda pun dia nak test masuk lubang hidung dan lubang telinga.






Anak kedua Mama Yan..
Pernah masukkan manik mutiara tasbih tu dalam lubang hidung.
Makin dikorek,
Makin ke dalam.
Licin pulak manik tu tak boleh disepit.
Mama Yan suruh dia tarik nafas,
Lepas tu, tutup mulut dan sebelah hidung dia.
Suruh dia hembus kuat kuat,
Mujurlah boleh keluar.
Lepas tu tak pakai tasbih dah..
Pakai jari je sudah.

Anak no 5 yang kembar lelaki tu pulak...
Sumbat kentang inti karipap dalam idung.
Adoih...
Gigih menyuluh apa benda la dia sumbat dlm idung ni..
Sebab masa tu dia belum pandai bercakap
Asyik tunjuk hidung je....
Mama Yan gunakan teknik yang sama macam kat abang dia...
Mujurla dah faham arahan suruh hembus.
Lepas tu,
Terkeluarla...
Seketul kentang yang telah dipotong kiub.
Alahai anak omak!
Macam macam korang ye. 

Lawak selingan

Wednesday, January 16, 2019

Dried Pigs???


Terkejut Mama Yan mula mula skroll IG Ustaz Syed Norhisyam.
Lepas tu..
Tengok betul betul dan baca komen...
Oooo...
Figs rupanya.
Label tu typo kot...

Figs tu buah tin dalam bahasa omputih...
Mama Yan taktauu...
Maklumla...
Duduk negara J lama sangat...
Hahaha...
  

Siapa yang kena reman sebenarnya?

Sekali baca..
Memang keliru.
Suami belasah isteri tapi dah kenapa bapa mentua yang kena reman?

Rupanya...
Suami tu belasah isteri dan bapa mentuanya...
Lepas tu...kena reman.

Ish...wartawan metro ni...
Bikin confuse aje.


Tuesday, January 15, 2019

Jurutera Siswazah

Selepas 12 tahun bergelar siswazah...
Barulah berjaya mendaftar sebagai 'jurutera siswazah'
Lepas beberapa tahun kerja..
Dan beberapa tahun bergelar surirumah...
Lepas tu kerja semula...
Baru la bersungguh sungguh nak daftar...
Daftar nama aje pun...
Bukannya nak ambil exam professional engineer...
Yang tu tak mungkin la kot...
Buat masa sekarang, exam sekolah anak anak lebih penting dari exam mama.


Padahal step nak daftar bukan la susah sangat pun.
Tapi tu la...
Hormon M tu tebal sangat...
Tinggal nak pos hardcopy ke BEM pun malas...
Tu yang tertangguh selama berbelas tahun tu...

Para jurutera yang baru grad,
sila lah daftar ke'jurutera'an kamu ye.
boleh klik link kat bawah ni..


boleh baca manual dekat bahagian 'graduate engineer' tu,
Pada borang A1 tu,
kena ada tandatangan dan cop seorang Profesional Engineer ye.
Pada salinan ijazah pun kena ada signature dan cop PE.
kalau tak,
permohonan tak sah.
dah buang data je.
Lepas dah isi borang secara online,
From A1 dan salinan skroll degree tu nak kena pos ke BEM okay
Jangan buat buat lupa pula...
Selagi tak terima salinan tu..
tak dapat la kita punya sijil pendaftaran tu...

Nanti kalau dah daftar..
nak pergi interview jadi engineer,
mesti ada soalan ni
'Dah berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia?'
kalau dah kan best sikit nak jawab...
Ye dak? Ye dak?
jangan jadi macam Mama Yan...
dah tua baru nak daftar..kihkihkih


sekian, wassalam






Monday, January 14, 2019

Carian Trending Malaysia - 2018

Dah 2 minggu dah kita meninggalkan tahun 2018.
Jom jengah apabenda yang dicari orang Malaysia sepanjang 2018


Carian
1) World Cup
2) SPR
3) Astro Awani
4) Lafazkan Kalimah Cintamu
5) 延 禧 攻略 (Story of Yanxi Palace)
6) BR1M
7) Kekasih Paksa Rela
8) Najib
9) Jangan Benci Cintaku
10) Mahathir




Orang
1) Najib Razak
2) Mahathir Mohamad
3) Syed Saddiq
4) Rosmah Mansor
5) Meghan Markle
6) Anwar Ibrahim
7) Mat Sabu
8) Farid Kamil
9) Alexis Sanchez
10) Nurul Izzah



Berita & Peristiwa
1) PRU 14
2) Momo Challenge
3) ICERD
4) Lion Air
5) 11.11 Sale
6) BR1M
7) Thai cave rescue
8) Budget 2019
9) Matta Fair
10) SST



Filem
1) Black Panther
2) The Nun
3) Venom
4) Avengers Infinity War
5) The Meg
6) Deadpool 2
7) Hantu Kak Limah
8) Rampage
9) A Quiet Place
10) Jurassic World




Muzik
1) Baby Shark (Pinkfong)
2) Perfect (Ed Sheeran)
3) Bobo Dimana (Aliff Syukri)
4) Di Matamu (Sufian Suhaimi)
5) Lagi Syantik (Siti Badriah)
6) You Are The Reason (Calum Scott)
7) Havana (Camila Cabelo)
8) Thank U, Next (Ariana Grande)
9) Hikayat Benladin (Ben Ladin)
10) Anta Permana (Siti Nurhaliza)



TV
1) Lafazkan Kalimah Cintamu
2) 延 禧 攻略 (Story of Yanxi Palace)
3) Kekasih Paksa Rela
4) Jangan Benci Cintaku
5) Bigg Boss Tamil
6) Tiada Arah Jodoh Kita
7) Tak Ada Cinta Sepertimu
8) Isteri Untuk Diiktiraf
9) Mr Grey
10) Rahsia Hati Perempuan

Sate Padang, Aku rindu.

MY kekanda sedang menikmati sate padang di pasar minggu Temerloh.

Close up sikit.
First time Mama Yan makan sate padang ni masa datang rumah adik kat Temerloh
Masa tu kami adik beradik acah acah buat family day

Kali pertama makan tu...
Rasa sedap yang teramat sangat sangat...
Tak tau la rasa sedap tu hadir sebab lapar ke...
Sebab makan ramai2 dengan adik beradik ke...
Tapi...memang tak cukup sebungkus masa tu.
Faktor pregnant kan si Mirzan agaknya...

Beza sate padang dengan sate biasa...
Sate yang biasa kita makan tu layan dengan kuah kacang yang kadang kadang  manis macam tumpah gula...
Tapi..
Sate padang dimakan dengan kuah pekat yang agak pedas.
Kuah dia ni kalau tak silap campur tepung sebagai bahan pemekat.
Tapi MY tak sure pula pakai tepung apa...
Belum sempat google resepi.

Sate padang ni makanan tradisi masyarakat Minangkabau.
Sebab adik ipar orang Minang, 
Dia la yang kenalkan dengan sate padang ni.. 
Macam terasa rasa nak makan lagi...
Tapi suami tak suka pula sate padang..
Dia suka sate Labis.
Hahaha...



Saturday, January 12, 2019

Makanan Glamer kat Johor

Mama Yan suka makan mi bandung.
tapi memang tak rajinlah nak masak.
so, kalau gi kedai makan, selalu juga order mi bandung.

kadang kadang sedap..
kadang kadang No komen.

Orang kata, mi bandung paling sedap kat Muar.
Tengah ada projek kat Muar ni, tapi...
tak pernah sempat nak cari kedai mi bandung Muar.
tengok gambar kat FB..ada mi bandung udang galah..
Fuyyohh...
pasti enak bangat tu.

tapi kelmarin pergi angsana johor,
order mi bandung kat gerai atas tu,...
yummyyy...
boleh tahan la rasa dia.
harga RM6. 



lagi satu makanan yang glamer kat Johor ni adalah kacang pool.
kacang pool kat JB ni dihidangkan lengkap bersama roti bakar,
 dan kuah pekat gabungan kacang Pool dan daging cincang serta telur mata goyang.
Turut disertakan hirisan bawang dan lada hijau.
Perahkan pula limau kasturi jika suka...

Mama Yan pernah sekali dua la makan.
tapi untuk pedal besar macam MY ni..
Tak cukup mengenyangkan.
kahkahkah.
masih nak pekena benda lain pulak.
kalau datang JB,
elokla rasa kalau sempat cari....
Restorannya kat Larkin

tapi kat Medan selera Angsana pun ada juga...
gerai kecil sebelah gerai Mi bandung tempat MY pergi tu Gerai jual Kacang Pool,
Cawangan Angsana katanya...



Lagi satu yang Mama Yan suka kalau pergi medan selera Angsana ni..
Rojak Asma.
yummyy..
terbayang nayang pulak kuah rojak tu..
Aishh..
takleh jadi ni...
dah makan lebar dan tebal pun masih fikir pasal makannnnn aje.
matilanakkkk


Friday, January 11, 2019

Cara-cara buat surat beranak yang hilang

Semalam,
Pagi pagi Mama Yan dan suami pergi UTC, Galleria Kota Raya, JB.
Tujuan utamanya,
Nak buat surat beranak baru.
Surat beranak suami hilang tertinggal kat office lama agaknya.
Office lama pula,
Dah dikosongkan. 
Confirm dah kena humban.

Pagi pagi lagi parking dah penuh...
So parking la kat tingkat atas sekali ni.. 

Lepas tu terus menuju ke Jabatan Pendaftatan Negara, JPN.
Pergi kat kaunter,
Suami cakap nak buat surat beranak baru
Sebab yang lama hilang.
So, pegawai di kaunter bagi borang untuk diisi,
Dan minta fotostat kad pengenalan.
Suami pergi fotostat,
So Mama Yan tolong isikan borangnya.

Senang je nak isi borangnya
Sebab ada contoh kat situ




Sampai kat ruangan no kad pengenalan bapa,
Mama Yan jammed.
Suami call mak dan abah untuk minta No KP,
Lepas dah lengkapkan borang, 
Ambil no giliran di kaunter.

Duduk tak sampai 2 minit,
Dah panggil no untuk serahan borang.
Lepas tu, kenala tunggu lagi untuk cetakan.

Orang pun tak ramai mana pagi ni...
Menunggu pun tak lama mana..
Tak sampai 10 minit rasanya.
Kaunter serahan dah panggil nama suami.

Dah siap surat beranak baru.
Tak payah angkat sumpah,
Tak payah report polis pun.

Semua maklumat lengkap seperti asal.
Zaman dah moden.
Semua ada dalam simpanan data JPN.

So, siapa siapa yang surat beranak dia dah hilang, 
Dah rosak,
Dah dimakan usia,
Dah dimakan kekiak,
Jom la kita buat yang baru.
Tak lama pun rupanya....

Bawa salinan kad pengenalan pemilik, 
Salin siap siap no IC mak abah,
Confirmkan tempat lahir..

Kalau surat beranak anak yang hilang,
Mak bapak la yang tolong buatkan yang baru,
Next week pun Mama Yan nak pergi lagi sekali 
Baru teringat surat beranak mok dah rosak,
Tulisannya melekat pada plastik folder

Tapi sila ambil perhatian ye...
Waktu operasi JPN, UTC
Sampai pukul 7 malam aje sekarang.

Ok...sampai sini dulu kisahnya...
Nanti Mama Yan sambung,
Sebab lepas settle buat surat beranak suami,
Kami pergi Menara Ansar pula,
Untuk tukar jenis perniagaan pada SSM.

Next entry pula tulis pasal SSM
Wassalam




Thursday, January 10, 2019

Belon Udara Panas Lakukan Pendaratan Cemas

Sempena Hot Air Balloon Fiesta yang akan diadakan pada
 9 dan 10 Februari 2019 di Padang Polo, Pulau pinang,
Sekumpulan para pengamal media termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang Yeoh Soon Hin dan seorang pembantunya telah dibawa menaiki belon udara panas bagi merasai pengalaman dan tujuan promosi.

Walaubagaimanapun,
Mereka terpaksa menempuh detik detik yang mendebarkan dan cemas apabila belon panas yang dinaiki terpaksa melakukan pendaratan kecemasan kerana faktor angin.

Mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku.







Terus padam keinginan nak berromantika di atas belon udara panas di Cappadocia macam 
Fazura dgn Shaheizy Sam dalam filem 'Manisnya Cinta di Cappadocia' tu.
Seram pula MY

Hukum Mewarnakan Rambut


Ohhh....gitu...
Selesai satu kekeliruan.
Buat masa ni, maknanya belum ada keperluan lah untuk mewarnakan rambut.
Tapi...
Manalah tahu satu hari nanti...
Suami teringin nak tengok bini dia jadi Britney Spears ke...
Avril Lavigne ke...
Boleh la Mama Yan dye rambut...

Masa bujang dan jahil dulu sebenarnya...
Pernah juga buat kerja ni...
Buat sendiri je ...
Beli yang dalam kotak tu...jenama Shurah...
Duduk kat bilik air sorang sorang...
Padahal takde keperluan pun nak warna rambut masa tu...
Pergi kuliah pakai tudung...
Pergi pasar, pergi kedai makan semua pakai tudung...
Duduk rumah je tak pakai tudung.
Tapi sibuk nak warna rambut.
Feeling vogue dr vass sangat.
Dosa woi...
Semoga Allah mengampuni dosa hambanya ini...



Wednesday, January 9, 2019

Mekap Natural bukan mekap simple

Ada beberapa screenshot dari MUA yang Mama Yan jumpa kat Google Image.

Aduhai...
Patah hati mak andam. Harga Mekap bukannya murah. 
Memang la beli sebotol bukannya habis semua kat sorang,
Tapi alat mekap ni ada expire date.

Kadang tu..tak dan habis tapi dah kena buang.
Kadang2...
Tak cukup2...
Client kat Malaysia ni ada banyak skin tone,
Ada yang gelap, ada yang cerah, ada yang sedang sedang aja...
Jadi nak kena ada banyak tone utk sesuaikan dengan client.

Kalau pelanggan ni kira berapa gram nak tepek kat muka dia...
Parah la jurumekap.
Bukan parah lagi dah...bungkus terus.



Mekap Simple bagi Mama Yan adalah:
Pakai Cozuma CC cream, bedak kompak, sapu Cozuma lips gloss.

Mekap bagi Mama Yan adalah:
Pakai CC Cream, pakai bedak kompak, pakai maskara, pakai celak kening, pakai lipstik.

Sebab Mama Yan memang tak rajin dan rak reti nak mekap mekap.
Mekap beria masa sanding je...
13 tahun sudah berlalu.

Hah..2k?
Mati tak mekap la....
Hahaha...

Mekap macam Elfira ni...
Kalau dapat harga RM400 pun dah kira murah tauu...

Haaa....
Make up artist dah bunyi...
"This is not simple actually"
Memang...bukan simple.
Ia natural.
Menggunakan warna warna asal kejadian manusia
Takde la kelopak mata merah, biru, hijau, kuning
Bulu mata boleh buat penyapu,
Kening tajam halus boleh luka,
Bibir warna merah meletop macam makan asam buah kana...
Tapi MY dulu...eyeshadow kaler hijau..
Hahaha...

Zaman sekarang,
Memang trend mekap nikah nampak natural tapi berseri
Ke semua yang nak bernikah ni mmg nampak berseri?
Maklumlah..
Nak dirikan masjid

Ummi Nazeera punya mekap pun nampak sangat natural.
Tapi....
Nampak manis dan berseri seri..
Naik betul aura pengantin nya tu kann...

Bukan dalam soal mekap je...
Geng geng tailor pun pernah mengadu perkara yang hampir sama.
Bawa gambar Che Ta pakai gaun peplum kepok kepok 3 lapis,
Tapi bawak kain 4 meter, 
Minta upah RM50.
Nak kira ukuran peplum aje dah tak cukup upah RM50 tu tau.
Nak fikir,
Nak gayakan kain, 
Nak ukur,
Nak buat pola,
Nak potong,
Nak macam macam lagi
Huihh...penat!

Kesimpulan dia sekarang ni...
nak cantik, nak bergaya kena jadi kaya tauu..
Kalau tak, gasakla pakai baju kurung pesak macam Mama Yan nih.
Pergilah kerja dengan muka selebet
Sapu bedak ala kadar dgn lipstik
Takde siapa nak ambik kisah.







Tuesday, January 8, 2019

Begedil Kentang + Ayam


Masa zaman kanak-kanak di Pahang,
Mama Yan tak pernah jumpa pun makanan yang bernama begedil ni.
lepas datang Johor masuk UTM baru la jumpa
Masa tu ingat kuih cekodok
hahaha

Kalau masa buat kenduri tahlil'/Yasinan,
begedil ni memang tak tinggal,
sebab begedil ni antara lauk tambah dalam Nasi Ambeng
tapi sebagai menantu muda dalam keluarga suami, 
biasanya Mama Yan ambil bahagian kemas rumah dan basuh pinggan
jarang la nak duduk di celahan jiran jiran MIL
Dah la diorang ngomong Jowo..
hishhh...tak sesuwei nak join venture diorang membawang tau..
  
oleh kerana tak pernah tengok oarang masak,
percubaan pertama Yan buat begedil,
hancur lebur sebaik sahaja dimasukkan dalam kuali.
tergelak suami Mama Yan,
laaa..kenapa tak telefon mak?
aishh...malas laaa..
benda senang ni pun takkan nak call kan
Rupanya..
kentang kena goreng, 
bukan rebus ok.


Gambar ni kejadian lepas dah usha usha makcik bawang kat kampung MIL buat.
oohhho
senang aje kaedahnya....
Tengok gambar post kat IG tu....
Tarikhnya bulan November 2017,
Punya la lama punya resepi...
Hari ni baru nak karang
Ngehngehngehhh...

Resepi Begedil Ayam Segera

 Bahan bahannya:
 4 biji ubi kentang sederhana besar - kupas, bersihkan, potong 6 dan goreng 
  5 ke 6 ketul nugget ayam- goreng 
1 tangkai daun sup - hiris
Bawang goreng sikit
2 biji telur ayam - asing kuning dan putih  
 Garam sikit kalau suka

Cara caranya adalah:
Tumbuk kentang yang telah digoreng sehingga lumat. 
Tumbuk masa panas-panas ye. 
Lepas tu tumbuk pulak nugget yang telah digoreng tadi

Kemudian,
Gaulkan kentang dan nugget yang telah ditumbuk tadi.
Masukkan hirisan daun sup, bawang goreng dan telur kuning dari 1 biji sahaja.
Kalu nak letak garam, masa ni la
Telur kuning tu nak bagi lebih senang dibentuk.
Macam jadi bahan perekat dia la..

Lepas dah gaul sebati,
Bentukkan begedil bulat dan leperkan.
Lepas tu, bahagian telur putih yang dah diasingkan tadi, tambah lagi sebiji telur.
Pukul2 sikit bagi rata.
Ambik begedil yang sudah dibentuk, celup dan goreng dalam minyak panas.
Pastikan minyak panas ya...
Kalau tak, 
nanti dia serap minyak dan akhirnya terkulai layu hancur berderai dalam kuali.
Bila dah masuk kuali, 
Biar yang bahagian bawah tu dah agak kekuningan, 
Baru boleh dibalikkan. 

Lepas dah kuning keperangan, angkat.
Kalau boleh,
Dap dap sikit dengan tissu dapur tu.
Sebab begedil ni berminyak sangat.
Kentang digoreng...
Nuget digoreng...
Dan akhirnya...celup telur..goreng lagi...

Mama Yan tak letak lada sulah, atau bahan penambah perisa lain sebab,
Mama Yan dah gunakan nuget ayam tak habis masa sarapan pagi tu.
Dalam nuget tu dah cukup dah segala bahan penambah perisa.

Alhamdulillah...
Dapat la lebih kurang 18 biji
Cukupla buat lauk.
Kalau rajin boleh cuba...
Serius Sedap!



Monday, January 7, 2019

Pantang Larang Seorang Abah

Lelaki pertama di hati dan selamanya di jiwa
*susah nak bergambar

Abah Mama Yan memang penuh dengan pantang larang dan petua.
Biasalah... orang lama kan...
Pantang larang paling banyak waktu berdepan dengan rezeki.
Macam macam ada...
Hahaha

Antara yang masih diingati dan ada yang dipatuhi hingga kini adalah:-

1. Jangan goyang2 kaki atau ketik2 kaki waktu makan.
Takde alasan..tp tak baik je katanya

2. Jangan makan berbunyi / memecap. Bunyi waktu makan chuk chak chuk chak tu.



3. Of kos la jangan makan kat tempat tidur, jangan makan sambil baring ataupun meniarap.
Walaupun sekadar makan kacang2 ke..kuaci ke..
Walaupun dalam pantang bersalin,
tetap kena duduk makan kat dapur/ruang makan.

4. Waktu makan jangan tongkat dagu/ tongkat kepala/ tongkat siku semua tu.
Pantang betul. Ada yang kena ketuk nanti.
"Suruh makan pun malas, apalagi suruh bekerja"

5. Jangan bermain main waktu makan.
Kalau nak suap nasi tu, nasi kat tangan jangan ditimbang timbang.
Nanti nasi merajuk...disamakan dengan batu seremban.

6. Jangan menyanyi /bersiul depan makanan. Takde sebab spesifik...
Cuma macam takde adab je.

7. Makan jangan berpindah randah.
Nanti kawen cerai kawen cerai, anak bersepah macam nasi ko juga.
Duduk setempat sampai habis makan dan kemas.

8. Jangan sesekali makan bertatang.
Maksudnya jangan tatang pinggan nasi kita tu.
Takut nanti anak mati masa kecik.
Ajal maut kan di tangan Allah
Yang sebenarnya...kalau ditatang sebelah tangan kan mudah tumpah..mudah jatuh...



9. Jangan habiskan beras dalam tong beras tu.
Letak barang makanan yang kering dalam bekas beras supaya beras tak putus.
Dlm erti kata lain tak putus rezeki,
Sebab beras kan simbolik rezeki...
Kena letak lada kering ke, kulit kayu manis ke...
Sebenarnya...
Tak bg beras bau hapak dan tak bagi bubuk berkunjung dlm tong beras kita.
Tapi yang ni Mama Yan dan suami follow.
Agak2 beras nak habis, terus gi beli.
Kalau tgh kesempitan,
Agak2 beras nak habis...
Masaklah bubur dulu ye...

Pakai Rice Smart. Boleh nampak beras nak habis. ada indicator...hahaha
Tapi harga dia, boleh beli 6 kampit beras 10kg.


10. Lepas makan basuh mulut bersih2 dan lap.
Jangan ada tinggal sisa nasi kat pipi,
Nanti menikah dengan janda/duda dan ber anak tiri.
Hahaha..sebab yang ni tokleh pakai langsung.
Padahal, kot kang tidur dengan mulut comot,
Ada yang kena hurung dengan semut / lipas karang.

11. Lepas makan terus basuh tangan.
Jangan biar makanan kering kat tangan.
Nanti mak mertua tak sayang katanya.

12. Lepas makan, letak air sikit dalam pinggan.
Jangan biar kering..
Supaya rezeki tak putus.
Mama Yan rasa..lebih pd nak mudahkan orang yang basuh pinggan.

13. Jangan cekut lauk pakai jari...mesti pakai sudu.
Nanti lauk cepat basi.

14. Lepas makan tak boleh baring..apalagi tido.
Nanti makanan naik semula kat leher.
Boleh jadi beguk.
Kah kah kah....
Fatwa pantang abah koi ni kadang2...
Menggelikan hati.
Tapi...
Memang la tak molek lepas makan terus baring baring
Tapi itulah yang paling sedap dibuat.

15. Tiup makanan.
Abah memang tak suka anak anaknya tiup air atau makanan panas.
Kalau air panas, Dituangkan air dari cawan ke dalam piring bagi cepat sejuk...
Ataupun buat macam teh tarik.
Kalau makanan panas...dicarik carik atau digunting gunting...
Potongan yang kecil lebih cepat sejuk.
Tapi bukanlah tak boleh tiup langsung...
Tiup sikit sikit slow slow tu boleh...
Tiup sampai mercik ailio tu yang bakal kena tengkuh tu...
Hahaha...
Ni ayat keramat yang bakal menyumbat telinga kalau tiup makanan sambil mengomel makanan tu panas
"Panas...panas!! Panas lagi mencarinya tahu?"

"Apabila kalian (sedang) minum, 
maka jangan bernapas di dalam gelas, dan saat membuang hajat, maka jangan sentuh kemaluan menggunakan tangan kanan. - Hadis Riwayat Bukhori



********
Sekianlah 15 pantang larang seorang abah.
Sebenarnya banyak lagi...
Tapi kita fokus tang pantang larang berkaitan hidangan dan makanan aje..
Mungkin lepas ni boleh tulis pasal pantang larang lain pula.

Pantang larang ni biasanya bersebab dan banyak berkaitan dengan adab, tapi...
nak takut-takutkan anak lebih sikit..
tu yang alasannya jadi sedikit tak masuk akal bila dah dewasa ni.
Masa kecik percaya aje..
bila besar gelak ajelah bila ingat balik.
hahahadoii...
Tapi...tak kisah la berapa banyak pantang larang sekalipun..
"we love you abah"


Sekian, wassalam







Klik! Klik!

Post Terhangat