Immortal Song TV3 - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, September 8, 2020

Immortal Song TV3

 Semalam ada kawan share Naim Daniel nyanyi lagi Ella, Sepi Sekuntum Mawar Merah kat rancangan Immortal Song. Dalam rancangan ni, lagu lagu lama diberi rentak baru. Best gila kot Naim Daniel nyanyi lagu Ella yang diberi rentak joget + zapin. Walaupun ada part kedengaran sikit janggal, tapi oklahh... enjoy

So malam tadi, Mama Yan tengok la full konsert Immortal Song tu kat Youtube. Pengacara atas pentas Ain Edruce, manakala pengacara belakang pentas Fad Bocey dan Amy Mastura . Entah apa la fungi Amy Mastura tu kat sebelah Fad. Tak berapa perasan...hahaha..

BARISAN PENYANYI & LAGENDA MENGIKUT EPISOD

Episod 1 Tarikh Siaran : 30 Ogos 2020 Lagenda : Ning Baizura Artis : Wany Hasrita, Akim & The Majistret, Hael Husaini, NEETA, Ippo Hafiz & Syafiq Farhain Episod 2 Tarikh Siaran : 6 September 2020 Lagenda : Ella Artis : Naim Danial, Sarah Suhairi, Aman Aziz, Insomniacks, Kaka Azraff & Naqiu Episod 3 Tarikh Siaran : 13 September 2020 Lagenda : Fauzi Marzuki Artis : Luqman Faiz, Kugiran Masdo, Amir Masdi, Fieya Julia, Azmi Saat & Tajul Arif Episod 4 Tarikh Siaran : 20 September 2020 Lagenda : Dato M Nasir Artis : Sufian Suhaimi, Yonny Boi, Stacy, Shiha Zikir, Zizi Kirana & Haikal Farid Episod 5 Tarikh Siaran : 27 September 2020 Lagenda : Dato Khatijah Ibrahim Artis : Muna Shahirah, Daniesh Suffian, De Fam, Aina Abdul, Ariff Bahran, & Irfan Haris Episod 6 Tarikh Siaran : 4 Oktober 2020 Lagenda : Jeffrydin Artis : Haqiem Rusli, Kucaimars, Floor 88, Aiman Tino, Sharul & Indah Ruhaila Episod 7 Tarikh Siaran : 11 Oktober 2020 Lagenda : Fauziah Latif Artis : Khai Bahar, Ernie Zakri, Syamel, Adzrin Ameruddin, Adira & Layla Sania

Immortal Song Episod 2


Dah lama tak tengok rancangan nyanyi nyanyi.. dalam kereta pun selalu dengar MP3 je. Tak buka radio pun...tu yang tak berapa kenal dengan suara suara baru. Tapi malam tadi semua OK la...

Kumpulan Imsoniacs dengan Aman Aziz tu... ampun dikk... akak tak kenal engkorang. Tapi persembahan dan suara mengkagumkan la juga.. korang datang dari rancangan realiti TV yang mana? Tak sempat nak Google...hahaha...

Gambar capture dari Youtube aje...janji ado..



7 comments:

  1. Juju pun suka layan channel Immortal ni, hari tu layan lagu Ning Baizura. Power kan penyanyi2 bawa lagu lama2 ni...terimbau kenangan hehehe

    ReplyDelete
  2. tak pernah layan... tapi macam menarik je tu

    ReplyDelete
  3. Ruby pun suka lagu ella yang sepi sekuntum Mawar Merah tu.

    Mesti sedap ni Naim nyanyi dengan versi joget zapin

    ReplyDelete
  4. Tak pernah tengok Show ni tapi ada tertengok Naim Danial perform. Okaylah not bad.

    ReplyDelete
  5. ada tertengok sikit part sarah suhairi menyanyi pastu malas nak tengok..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  6. sha tak sabar nak tengok episod 6.. Lagu-lagu Jeffrydin tu..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad