Kanser jahat

Bila staf bagi whatsapp bagitahu dia kena breast cancer...
Down sekejap.
Tapi bak kata orang,
Berat mata memandang,
Berat lagi bahu yang memikul.


Kerani Mama Yan ni seorang ibu tunggal,
Anak 2 orang, 
Sorang di IPTA dan sorang lagi baru tingkatan 3...
Risau juga sebab sakit kanser ni tak mudah nak sembuh seperti sedia kala...
Bukannya buat pembedahan buang dan lepas tu sihat...
Kena kemoterapi lah..
Radioterapi lah...

Walaubagaimanapun,
Dengan kehadiran Ramadan ni...
Mama Yan doakan semoga beliau cepat sembuh dan bebas dari kanser secepat yang boleh.
Mudah mudahan segala urusan yang berkaitan dengan pembedahannya dipermudahkan...
Diberikan kesembuhan, dan kesihatan yang baik untuk membesarkan anak anak...
Aminnn


 

13 Comments

  1. Allahuakbar! semoga baik baik saja staff mamayan. memang kanser ni jahat! pakcik sha skrg pun tengah chemo sebab kanser pundi kencing hmm

    ReplyDelete
  2. Aamiin.
    Sistem perubatan kat Msia dah semakin maju, moga Allah berikan beliau keafiatan dan ringankan bebanannya.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, berat ujian Allah kepadanya. Mak saya meninggal pun sebab kanser rahim. 7 tahun berlawan, akhirnya pergi jua.

    ReplyDelete
  4. Semoga kerani kak yan tabah menghadapi ujian Allah, aamiin aamiin ya rabbal alamin.

    ReplyDelete
  5. Untung dia dapat boss yang baik
    Boss jangan lupa hulurkan sedikit RM tanda simpati

    ReplyDelete
  6. Allahu Akbar! Moga dikurniakan ketabahan untuk mengharungi dugaan ini. Memang betul, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. in shaa Allah, usaha dan tawakal kepada-Nya. Kita hanya mampu doakan kesembuhan kerani Mama Yan itu.

    ReplyDelete
  7. moga di beri kesembuhan dan dipermudahkan untuk operation kerani MY ni ya...
    kalau baca dari wassapnya tu, nampak dia seorang yang rilex dan tenang je. insyallah masih early stage moga semuanya selamat tak perlu buat kimo atau radioterapi

    ReplyDelete
  8. Semoga diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusannya. Untung dapat bos baik macam MY. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...

    ReplyDelete
  9. Allahu..semoga staf mamayan diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan..mudah-mudahan mamayan pun dapat pahala asbab ringankan beban staf, aamin

    ReplyDelete
  10. Allahuakbar. Kita sama-sama doakan. Semoga semua dilancarkan. Selepas pembedahan terus sembuh walau ambil masa.

    ReplyDelete
  11. Kanser memang jahat. Semoga dipermudahkan urusan beliau. Ayah saya pun kanser rawatan appointment doktor HSA dan HSI.

    ReplyDelete
  12. Kanser jahat ni memang tak pernah habis menyerang organ manusia

    ReplyDelete
  13. i am so scare of this.. my mom suka sakit kepala.. i am so scare sbb suh check dia tanak

    ReplyDelete

terima kasih, sila komen lagi :-)