Staycation Johor Bahru 2021

Kali terakhir Mama Yan dan keluarga pergi bercuti bulan September tahun 2020. Percutian tu bukan saja kali terakhir, malahan juga kali pertama Mama Yan dan suami berpeluang bawa semua anak-anak ke hotel untuk tidur dan mandi manda. Suami Mama Yan ni jenis tak suka berjalan kalau takde kepentingan, dia suka berkebun.... huhu..

Tapi lepas bawa anak-anak tidur hotel tahun lepas, dia rasa seronok pula bila tengok anak seronok. Asyik tanya Mama Yan bila agaknya boleh bawa anak-anak tidur dan beriadah di hotel? Eh eh... tunggu la lepas raya... kan bulan puasa ni... Lepas tu asyik suruh Mama Yan survey hotel-hotel yang ada di sekitar Johor ni. Laju-laju la Mama Yan godek pakcik Google cari Johor Bahru Hotel. Survey harga dan kemudahan yang ada je dulu.

Ye.. kami memang cari yang tempat percutian sekitar Johor Bahru je... Sebab pertama, reban ayam dan kolam ikan kami tak boleh ditinggalkan lama-lama dan jauh-jauh. Sebab kedua, suami malas nak drive jarak jauh. Sebab kami ada tapak projek kat JB sekarang. Kalau berpergian jauh jauh, susah nak tengok site kalau kecemasan di tapak pembinaan. Sebab ketiga, sekarang kan kita masih dalam PKP, tak tahu bila boleh rentas negeri. Baiklah cari tempat bercuti yang dalam negeri je. Sebab seterusnya, percutian pendek tak boleh pergi jauh-jauh, rugi masa perjalanan.... kihkihkih

Boleh bayang la dia punya havoc camne dengan anak kecik² seramai 6 orang ni


Macam MY yang memiliki keluarga yang agak besar, 3 dewasa dan 6 kanak-kanak, mestilah kami mahukan tempat penginapan dan percutian yang sesuai dengan keluarga kami. Tempat yang mesra keluarga, mesra kanak-kanak, mesra makanan dan juga mesra harga. Oh ya... sekarang orang dah gunakan istilah 'staycation' lah. Hasil gabungan perkataan stay (penginapan) dan vacation (percutian). Macam mana nak dapatkan guidance atau panduan bagi staycation yang diinginkan? Alahai senang sangat. Semuanya di hujung jari sahaja zaman sekarang ni. Google aje Staycation.

Dengan kemudahan pencarian maklumat berkaitan dengan hotel untuk staycation, makin rajinlah suami MY bawa kami satu keluarga berstaycation harap harapnya. Selama ni kami tak berani nak guna mana mana website untuk menempah tempat bermalam. Hari tu ada kawan yang jual pakej percutian. Tapi lecehla guna orang tengah. Baik buat sendiri je. Nak nak kalau ada website yang senang digunakan. Boleh diakses secara atas talian dari mana mana. Taip aje nak cari hotel. Hah... keluar la pilihan pilihan hotel yang menarik.

Nak lagi best dan mudah digunakan, download aje Traveloka ni di handphone. Nak cari tempat ber staycation, Mula-mula masukkan lokasi penginapan yang diinginkan di ruangan Select Destination tu. Oh ya... boleh tukar bahasa ye... kalau tak pandai guna English macam Mama Yan ni, guna sahaja Bahasa Melayu. 

Staycation

Memang baguslah website ni... semua orang boleh gunakan. Nggak fasih berbahasa Melayu... ngak apa apa dong. Boleh juga gunakan Bahasa Indonesia. Malahan mata uangnya juga boleh dipilih dari Rupiah Indonesia, Ringgit Malaysia, Dolar Singapura, Dolar AS, Euro, Thai Bath, Vietnamese Dong, Philipine Peso, Australian Dolar dan juga British Poun Sterling. Bagus banget bukan? Lohh...kok guna Bahasa Indonesia pula...ehhemmm... okay dah betulkan semula tune.

Okay kembali kepada cara pilih hotel tempat Mama Yan nak ber staycation lepas raya nanti. Lepas pilih Destinasi... Pilih tarikh dan tempoh penginapan. Macam Mama Yan, rasanya dua malam cukuplah. Lepas tu masukkan bilangan guest dan bilangan bilik. 

Staycation

hahaha..... yang paling sesuai untuk kami sefamily ni adalah KSL Hotel & Resort.  So Mama Yan tengok tengoklah apa yang ada di KSL ni... 


Staycation

Oh ya... Sebelum kita teruskan dengan proses tempahan, wajib kita lihat review review dan rate yang diberikan oleh pengunjung tardahulu. Paparan rate dan review oleh website Traveloka ni memang mudah dilihat. Jelas dan terang. Oohhh... hotel KSL ni agak impressive nampaknya. Ok... dah pass satu bahagian.



Staycation
Rasanya inilah pakej yang paling sesuai untuk kami sekeluarga. Ada 4 buah bilik. Walaupun anak anak Mama Yan tu berusia kanak kanak, tapi hanya dua orang je kenit. Lagi 4 orang boleh tahan debab. Jadi tak sesuailah kalau nak diorang berhimpit himpit. Biarlah diorang tidur dengan selesa. Memang nak bagi reward kat anak anak kerana mereka sangat semangat berpuasa. Sikit tak merungut penat atau lapar.


Staycation



Godek godek, Ternampak pulak tulisan...,

Cheaper if you book through app now.


Ehh... mana boleh jadi ni... Haruslah Mama Yan download apps nya... Siapa tak suka dapat penjimatan kannn? Wahh... memang mudah dan murah gunakan apps ni. Rugi sebenarnya jadi katak bawah tempurung macam Mama Yan ni. Tak suka jalan-jalan dan tak ambil kisah pun pun pasal website/apps yang ada. Tapi bila dah tersuka makan angin... teringin nak ber staycation... Barulah terkial kial nak menggodek website. Mujurlah jumpa website yang mesra pengguna. Mudah difahami dan ada banyak pilihan. Bukan setakat pilihan hotel rupanya... ada juga pilihan untuk flight, airport transfer & car rental.

Insyaallah...kalau dah boleh merentas negeri... Covid dah reda... Nampaknya boleh la kami menempah perjalanan dan penginapan ke negeri di bawah bayu dengan menggunakan aplikasi Traveloka ni. Dah lama sangat teringin nak makan seafood di Sabah...hihihi... Mudah mudahan dipermudahkan...Aminnn...





8 Comments

  1. Enjoy budak2 kan.. Dpt kuar dr rumah.. Naik kete pusing2 pun drg dh hepi heehe

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...seronok diaorang ye. Ayu pun dah booked utk raya ni... harap2 semua nya ok la. tau je time2 pkp ni...mcm2 kan.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah memang happy lah anak anak kak yan kannn.
    Ramai hero ye anak kak yan hehehe, nampak heroin seorang je :D

    ReplyDelete
  4. Dekat dekat pun takpe, janji dapat staycation dan release stress happykan anak anak kejap.

    ReplyDelete
  5. bagus apps traveloka ni..best bila dapat penjimatan macam tu...rindu jugak nak travel ke luar negeri dan negara...huhu

    ReplyDelete
  6. johor banyak tempat best. ena pon tak habis pusing.hehe

    ReplyDelete
  7. huaaa!!! teringin gila nak p Johor one day

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)